Pandu Puteri Tunas Visi Misi Sejarah Pakaian Seragam Lagu Dll


Pandu Puteri Tunas: Visi, Misi, Sejarah, Pakaian Seragam, Lagu, DLL
Pandu Puteri Tunas adalah salah satu cabang pergerakan Pandu Puteri yang ditujukan khusus untuk kanak-kanak perempuan berusia 9 hingga 12 tahun. Organisasi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: PBSM (Pertubuhan Bulan Sabit Merah) : Sejarah Penubuhan, Peranan, Logo, DLL
Pandu Puteri Tunas Dasar Program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan menguasai asas Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan  hingga 12 tahun. 
Seorang kanak-kanak perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga berumur  12 tahun.  Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas. 
Visi Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan.
Misi PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.
Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tunas telah wujud sejak awal abad ke-20 sebagai sebahagian daripada pergerakan Pandu Puteri di seluruh dunia. 
Di Malaysia, Pandu Puteri Tunas mula diperkenalkan untuk membantu kanak-kanak perempuan mengembangkan potensi diri mereka dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan. 
Pergerakan ini telah berkembang dengan pesat dan kini menjadi salah satu organisasi yang dihormati di negara ini.
Syarat Penubuhan Pasukan  Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang.  Satu pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada  melebihi daripada 36 orang ahli.  Setiap pasukan mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Siti Setia.  Setiap pasukan hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan secepat mungkin.   Borang Pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia berserta dengan yuran pendaftarannya.  Yuran pendaftaran pasukan hanya dibayar sekali dan disertakan dengan Sijil Pendaftaran pasukan berkenaan.   Sijil pendaftaran ialah hak milik pasukan di sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti.  Setiap pasukan dikehendaki mengemaskinikan bilangan  ahlinya dan memperbaharu pendaftaran keahlian dalam talian di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (https://www.panduputeri.org.my/) sebelum 31 Mac setiap tahun.  Yuran keahlian perlu dihantar ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan sebelum 31 Mac setiap tahun.  Pasukan didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama  daerah, nama sekolah dan nama cawangan.  Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Jawatankuasa terdiri daripada: Ketua Pasukan Ketua Berenam Penolong Ketua Berenam Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong pengerusi dalam Pow-Wow.  Pasukan memilih secara undi sulit seorang ketua pasukan dalam kalangan ahlinya. Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri, manakala Penolong Ketua Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya.  Pakaian Seragam Pakaian seragam ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merujuk Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari Pusat Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 
Ahli baharu dibenarkan memakai pakaian seragam dengan skaf perang tanpa Lencana Pelantikan.  Ahli baharu dibenarkan memakai Lencana Dunia, lambang kumpulan dan tag nama. Pakaian seragam lengkap dipakai oleh Ahli Baharu selepas dilantik.  Memakai tag nama berwarna hitam bertulisan putih yang berukuran 1.7 cm X 6.7 cm di atas lambang kumpulannya. Ahli  memakai lambang kumpulannya di bahagian atas poket kiri pakaian seragam.  Ketua Pasukan memakai tiga jalur putih di poket kiri blausnya. Ketua Kumpulan Berenam memakai dua jalur putih di poket  kiri blausnya. Penolong Ketua Kumpulan Berenam memakai satu jalur putih  di tengah poket  kiri blausnya. Ahli yang telah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada: 
perjumpaan pasukan; majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas;  majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan dan kebangsaan;  majlis rasmi anjuran pihak lain.  Pelantikan Pandu Puteri Tunas  Seseorang ahli baharu mestilah  lulus ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas sebelum dilantik. Istiadat Pelantikan dirancang  oleh Kakak Setia untuk semua ahli baharu sebaik sahaja mereka lulus ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas. Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.   Istiadat  Pelantikan Pandu Puteri Tunas dijalankan dalam formasi Lingkungan Pandu Puteri Tunas.  Persetiaan, Undang-Undang, Cogan Kata Pandu Puteri Tunas, Isyarat Dan Hormat, Berjabat Tangan, Dan Khidmat  Persetiaan Pandu Puteri   Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya;
menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia;  menolong orang setiap masa; dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri.    Undang-undang Pandu Puteri Tunas   Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai.  Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain.  Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain.  Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Cogan Kata Pandu Puteri Tunas Tolong Orang Selalu (TOS) 
Isyarat Pandu Puteri  Tiga jari tangan kanan ditegakkan, ibu jari diletakkan menindih jari kelengkeng yang bermaksud yang kuat menolong yang lemah. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. 
Hormat  Memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat Pandu Puteri pada paras bahu dalam keadaan sedia. 
Berjabat Tangan  Berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli Pandu Puteri yang lain.  Pandu Puteri Tunas menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan ahli. 
Khidmat  Memberikan khidmat dengan cara menolong orang setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah. 
Logo Lagu Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan informasi terkini mengenai Pandu Puteri Tunas, sila layari laman web rasmi Pandu Puteri Tunas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pandu-puteri-tunas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pandu-puteri-tunas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Pandu Puteri Sejarah Bendera Lagu Lencana

Persatuan Pandu Puteri Sejarah Bendera Lagu Lencana

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 146 hits
Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Girl Guides Association Malaysia merupakan salah satu badan beruniform yang boleh disertai oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah Persat...
Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 137 hits
Selain Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Pergerakan Puteri Islam Malaysia atau singkatannya PPIM merupakn satu lagi pilihan unit badan beruniform yang ditawarkan di sekolah rendah Malah PPIM juga biasanya wujud di kebanyakan sekolah m...
Pengakap Sekolah Sejarah Uniform Logo Lagu Lencana

Pengakap Sekolah Sejarah Uniform Logo Lagu Lencana

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 154 hits
Pengakap merupakan salah satu unit badan beruniform yang popular di sekolah dan badan beruniform ini biasanya wujud di sekolah rendah dan sekolah menengah Kebiasaanya pengakap lebih popular berbanding pasukan unit beruniform yang lain meman...
Lirik Lagu Datanglah Sang Puteri Naki

Lirik Lagu Datanglah Sang Puteri Naki

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 207 hits
Naki adalah seorang singer songwriter daripada Miri Sarawak Malaysia Oh sang puteriDengarkanlahCoretanku iniKarya nan abadiAyu durjamuBak candra malamAtma berpawanaTawa senandikaKu dipenjaraAsmaralokaAngut dirikuApakala bersamamuDaif tubuhk...
Lirik Lagu Sebenar Puteri Khareeza

Lirik Lagu Sebenar Puteri Khareeza

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 147 hits
Lirik lagu Sebenar Puteri Khareeza VERSEAku ada ku dan diaSeutuh hanya sekukuh hanyaJanji kitaSatu satunya di jiwaKita bina bahagia hingga ke syurgaPRE CHORUSDestinasi sudah sempurnaTuk bersamaNamun destinasiku dipatah arahCHORUSKerana kau ...
Pbsm Sejarah Penubuhan Peranan Logo Dll

Pbsm Sejarah Penubuhan Peranan Logo Dll

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 95 hits
PBSM Sejarah Penubuhan Peranan Logo DLL PBSM Pertubuhan Bulan Sabit Merah adalah sebuah organisasi sukarelawan yang berfungsi untuk memberikan bantuan kemanusiaan bantuan bencana dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Ia juga dikenali...
Lirik Lagu Semangat Wira Ziana Zain

Lirik Lagu Semangat Wira Ziana Zain

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 184 hits
GALAKSI VIRAL Diva Pop Malaysia Ziana Zain kini muncul dengan single terbaru tahun 2024 dengan judul Semangat Wira Lagu Power Vocal ini memang best hebat dan sedap Video muzik pun terbaik Jom kita hayati lirik dan dengar lagu ini di bawah A...
Youtube Muzik Membolehkan Anda Mencari Lagu Dengan Menghentak Atau Bersiul

Youtube Muzik Membolehkan Anda Mencari Lagu Dengan Menghentak Atau Bersiul

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 91 hits
Jika anda memerlukan bantuan untuk mengenal pasti lagu yang sedang dimainkan di latar belakang biasanya anda akan menggunakan aplikasi telefon Shazam Tetapi ramai yang telah mencuba tanpa berjaya akan memberitahu anda bahawa anda tidak bole...
Lirik Lagu Mengapa Kau Menghilangkan Diri Apit

Lirik Lagu Mengapa Kau Menghilangkan Diri Apit

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 167 hits
Mengapa Kau Melarikan DirimuKu Rasa SayupKu Ingin Kau DisampingkuSeperti Waktu DahuluKe mana Kau Menghilangkankan DirimuKu Rasa RinduKu MencarimuDi SinggahsanaDan AkuHilang Tempat BermanjaKau PulaBersuka RiaKe Mana Kau Menghilangkan DiriKu ...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur