Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya



Antara individu dinamakan dalam Kertas Pandora ialah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
Bagaimanapun mereka sebelum ini berkata akaun mereka tidak digunakan untuk urusan yang sah.
Anwar ketika menjadi ketua pembangkang pada 2021 mengusulkan supaya perkara itu dibahaskan di parlimen tetapi ditolak oleh speaker Azhar Azizan Harun.
Oleh itu siasatan tidak berlaku di era kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob..
Setelah Anwar Ibrahim dah jadi perdana menteri, barulah SPRM mula untuk siasat isu Kertas Pandora.
Apa itu Pandora Papers?
Pandora Papers merupakan pendedahan kira-kira 12 juta dokumen rahsia melibatkan urusan simpanan wang dan harta oleh golongan elit dan kaya dunia. Sebahagian urusan tersebut terkait dengan amalan salah guna kuasa dan melanggar etika.
Nama Pandora Papers diambil dari mitos Kotak Pandora. Dalam mitos itu, apabila kotak tersebut dibuka, ia melepaskan pelbagai hal buruk termasuk penyakit, kematian dan kejahatan lain.
Golongan yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin negara dunia, ahli politik, ahli korporat, selebriti dan hartawan.
Menurut organisasi yang mendedahkan dokumen-dokumen tersebut, Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), Pandora Papers mendedahkan pemilikan syarikat luar pesisir, akaun bank samaran, pesawat peribadi, kapal layar, rumah agam dan karya seni terunggul oleh golongan terkaya dunia.
Sebahagian daripada mereka yang terlibat menggunakan helah kewangan bagi menyembunyikan kekayaan dan mengelak cukai. Mereka mencipta sistem yang dikenali sebagai ekonomi bayangan dalam skala yang sangat besar.
Bagaimana Pandora Papers didedahkan?
ICIJ bekerjasama dengan lebih 600 wartawan dari 91 organisasi media dalam 117 negara untuk menjalankan penyiasatan Pandora Papers. Penyiasatan tersebut mengambil masa selama dua tahun.
Siapa yang terlibat?
Menurut ICIJ, fail-fail tersebut mendedahkan rahsia kewangan 35 bekas pemimpin dunia dan semasa. Jumlah keseluruhan ahli politik yang terlibat ialah 330, termasuk pegawai tinggi dari 91 negara dan wilayah.
Selain itu, Pandora Papers turut mendedahkan rahsia kewangan pelarian jenayah dan pembunuh.
Antara nama besar yang terlibat ialah Raja Jordan, Presiden Ukraine, Kenya dan Ecuador serta bekas Perdana Menteri Britain.
Antara selebriti yang terlibat pula ialah jaguh kriket, Sachin Tendulkar; penyanyi, Shakira dan model, Claudia Schiffer.
Apa kepentingannya kepada dunia?
Januari lalu, Oxfam International mendedahkan dapatan bahawa 63 peratus kekayaan baharu yang dicipta pada Disember 2019 hingga Disember 2021 dibolot oleh golongan satu peratus paling kaya dalam dunia.
Menurut Oxfam, sejak 2020, kekayaan para bilionair meningkat AS$2.7 bilion (RM11.66 bilion) setiap hari.
Jurang kekayaan antara golongan superkaya dengan miskin di dunia semakin melebar dan ini hanya mengambil kira kekayaan ‘rasmi’ mereka.
Sebahagian golongan kaya menggunakan sistem kewangan yang rumit untuk menyembunyikan kekayaan mereka. Sistem ini juga digunakan untuk mengelak cukai yang sepatutnya dimanfaatkan untuk golongan berpendapatan rendah.
Antara dapatan dari Pandora Papers adalah dakwaan pengelakan cukai oleh keluarga diraja Qatar berjumlah 18.5 juta pound (RM98.29 juta) untuk pembelian hartanah di United Kingdom (UK).
Jumlah yang besar itu sepatutnya boleh digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan dan perlindungan sosial di UK yang kini dalam krisis. Malangnya, ia disembunyikan dari pengetahuan umum.
Apa kaitannya dengan Malaysia?
Individu dari Malaysia juga tidak ketinggalan terlibat dalam kontroversi Pandora Papers. Ketika awal pendedahan tersebut dibuat, terdapat 10 individu dari Malaysia dikatakan menyimpan kekayaan di luar negara.
Ini termasuk bekas pemimpin kerajaan, ahli politik dan ahli korporat. Walau bagaimanapun, belum ada apa-apa pengesahan yang dibuat berkenaan penglibatan mereka.
Siasatan sedang dilakukan oleh SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM). Harapnya, tidak ada kerugian besar yang ditanggung negara akibat penglibatan individu-individu tersebut dalam ekonomi bayangan.
Awal bulan lalu, Bank Dunia menggesa Malaysia untuk mencari sumber pendapatan baharu memandangkan pendapatan kerajaan telah berkurang sejak 2012.
Malaysia sendiri berhadapan dengan krisis perkhidmatan awam yang serius, baik dalam sektor kesihatan, pengangkutan mahupun pendidikan. Sumber pendapatan seperti cukai sangat penting untuk negara.
Jika kekayaan yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat dan perkhidmatan awam hilang disebabkan ekonomi bayangan, setiap individu yang terlibat mempunyai hutang besar dengan rakyat Malaysia. – RELEVAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/pandora-papers-itu-apa-sebenarnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Negara Irb Involved In Pandora Papers Probe Azalina

Bank Negara Irb Involved In Pandora Papers Probe Azalina

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 445 hits
PARLIAMENT Apart from the MACC Bank Negara Malaysia Inland Revenue Board and the police are also investigating the contents exposed in the Pandora Papers leak in 2021 According to Minister in the Prime Minister s Department Azalina Othman S...
Recap Pandora Papers Expos On Daim Sons Links To British Companies

Recap Pandora Papers Expos On Daim Sons Links To British Companies

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 262 hits
Former finance minister makes headlines as reports on MACC probe surface Reports have recently surfaced stating that the Malaysian Anti Corruption Commission has begun investigations against a former minister Various portals citing sources ...
Pandora Papers Siapa Bekas Menteri Yang Disiasat Sprm

Pandora Papers Siapa Bekas Menteri Yang Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 149 hits
Pandora Papers adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia termasuk Malaysia yang menyembunyikan kekayaan masing masing dengan menggunakan perkhidmatan offshore Offshore merujuk kepada syarikat berpangkalan...
Sebenarnya Motif Anak Papa Itu Apa

Sebenarnya Motif Anak Papa Itu Apa

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 157 hits
Sebelum ini nurul izzah dibanggakan Sebab dia berdiri mengajak rakyat menolak nepotisme menolak rasuah melawan umeno dan mengajak rakyat menentang kononnya kezalimann ekonomi Itu dulu Sebelum izzah kalah di tempat keramat Papa Sekarangnya C...
Pandora Papers Sprm Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

Pandora Papers Sprm Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 203 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara Satu sumber mendedahkan kepada Media kesemua aliran kewangan dan aset b...
Pis Itu Bukan Islam Islam Itu Bukan Pis Pisofobia Bukan Islamofobia Islamofobia Sebenarnya Pisofobia

Pis Itu Bukan Islam Islam Itu Bukan Pis Pisofobia Bukan Islamofobia Islamofobia Sebenarnya Pisofobia

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 89 hits
Pis Itu Bukan Islam Islam Itu Bukan Pis Pisofobia Bukan Islamofobia Islamofobia Pula Sebenarnya Pisofobia Parti Politik Bukan Islam Islam Bukan Parti Politik Presiden Parti Bukan IslamIslam Tiada PresidenTipu Bukan IslamIslam Bukan TipuThe ...
Saya Sokong Kerajaan Kerana Sprm Siasat Pandora Papers

Saya Sokong Kerajaan Kerana Sprm Siasat Pandora Papers

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 127 hits
Saya sokong kerajaan kerana SPRM siasat Pandora PapersPosted By on February 18 2023Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang kadang kala mengkritik prestasi Kerajaan Perpaduan bagaimanapun menyatakan beliau menyokong usaha Suruhanj...
Selepas Kena Kecam Mp Pas Kata Itu Perumpaan Korang Rasa

Selepas Kena Kecam Mp Pas Kata Itu Perumpaan Korang Rasa

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 165 hits
Isunya kalau perempuan tu pakai tak senonoh tak boleh masuk untuk buat report polis Kena pakai pakaian yang sopan Then berlaku kes excident dan mangsa dalam kejadiaan tu maybe pakai sexy Tak boleh masuk buat report Jadilah isu DAP mengataka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash