Pandemik Covid 19 Sepatutnya Menginsafkan Para Pemimpin Sultan Perak


 

August 21, 2021 Pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi harus menginsafkan pemimpin diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakukan penetapan semula perkara perlu diutamakan dalam urus tadbir negara berteraskan prinsip keadilan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah prinsip keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menyerahkan amanah kepada mereka yang pakar dalam bidangnya.
Baginda bertitah, bahawa ahli falsafah Islam Ibnu Khaldun dalam mukadimah yang dihasilkannya 800 tahun lalu mengaitkan bencana dengan perubahan sosial yang membentuk lima fasa.
“Fasa pertama, suatu kaum bersandarkan semangat asabiyah bergerak membentuk identiti politik; fasa kedua bermulanya perluasan kuasa, pengaruh dan wilayah; fasa ketiga kerajaan melalui zaman kemewahan dan kesenangan hasil pemerintah sebelumnya.
“Seterusnya, fasa keempat fasa kelalaian dan berpuas hati dengan pencapaian dan terakhir fasa kejatuhan dan kehancuran sesebuah identiti politik dan kerajaan,” titah baginda.
Sehubungan itu, titah baginda Ibnu Khaldun memberikan peringatan bahawa lima fasa itu akan berulang pada setiap tamadun dan setiap identiti politik akan menghadapinya dalam kitaran sejarah.
“Manusia, pada saat menghadapi bencana berat yang sedang melanda ini, wajib mendalami lubuk hati, menyelami daya fikir, agar dapat menginsafi tentang kemungkinan jatuhnya sesebuah identiti politik, kerajaan, negara dan tamadun, jika sesebuah negara tidak memiliki cukup persediaan dan kekuatan.
“Ibnu Khaldun turut memberikan peringatan bahawa sesebuah tamadun akan runtuh apabila pemerintahan gagal melaksanakan keadilan,” titah baginda.
Di samping itu, baginda bertitah, berdasarkan ‘trend’ yang sedang berlaku, rakyat terpaksa menerima realiti Covid-19 ialah sebahagian kewujudan alam dan akan sentiasa berada dalam kehidupan manusia.
“Sehingga manusia berjaya menemui penawar mujarab, manusia hendaklah menggunakan akal fikiran melakukan perubahan, penyesuaian dan penghijrahan daripada norma hidup sebelum ini dengan memiliki pandangan alam yang bijaksana.
“Pada zaman silam ulama mentafsirkan apabila sesuatu bencana diturunkan, menandakan kemurkaan Ilahi terhadap perbuatan dosa dan kezaliman manusia.
“Oleh itu, di samping usaha begitu gigih yang diterokai untuk mencari formula mengatasi wabak, manusia wajib meneguhkan iman, menerima sesuatu bencana sebagai qadar yang telah ditentukan Ilahi dan berusaha mencari rahsia yang terkandung di sebalik bencana yang diturunkan,” titah baginda.
Baginda yang juga Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen universiti itu kali ke-13 yang berlangsung secara maya, hari ini.
Titah baginda dibacakan oleh Pro-Canselor USAS, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.
Pada majlis Istiadat Konvokesyen berkenaan, seramai 1,292 graduan dianugerahkan ijazah dan diploma, dengan dua penerima ijazah Doktor Falsafah, 59 orang penerima ijazah Sarjana, 288 orang ijazah Sarjana Muda dan 923 orang diploma..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/pandemik-covid-19-sepatutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandemik Covid 19 Peringatan Kepada Kesihatan Awam

Pandemik Covid 19 Peringatan Kepada Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 275 hits
Perubahan perlu dilakukan sekarang untuk elak bencana KUALA LUMPUR Pandemik COVID 19 merupakan satu peringatan kepada sistem kesihatan awam dan perubahan segera yang perlu dilakukan sekarang untuk mengelak bencana seperti pandemik ini kata ...
Insaflah Wahai Pemimpin Sultan Johor Kecewa Perebutan Kuasa Ketika Rakyat Dalam Kesusahan

Insaflah Wahai Pemimpin Sultan Johor Kecewa Perebutan Kuasa Ketika Rakyat Dalam Kesusahan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 252 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin yang berebut kuasa dan mengganggu kerajaan di saat rakyat dalam kesusahan berdepan wabak Covid 19 Baginda menyeru kepada semu...
Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 238 hits
Semua pemimpin parti politik termasuk pembangkang supaya bersama sama memikirkan kemaslahatan rakyat ketika ini yang lebih memerlukan perhatian ketika pendemik Selain itu pemimpin politik sepatutnya menghentikan segera pergeseran untuk mere...
Satgas Kita Sudah Sepatutnya Bersiap Diri Berdampingan Dengan Covid 19

Satgas Kita Sudah Sepatutnya Bersiap Diri Berdampingan Dengan Covid 19

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 203 hits
Sebagai upaya menjaga kasus Covid 19 tetap terkendali ia mengatakan setiap institusi maupun pengelola fasilitas publik perlu melakukan pengawasan dan bertanggung jawab atas penerapan protokol kesehatan di tempatnya masing masing
Tingkatkan Sistem Imun Ketika Pandemik Covid 19 Amalkan Lameeys Colla Genic With Pomegranate

Tingkatkan Sistem Imun Ketika Pandemik Covid 19 Amalkan Lameeys Colla Genic With Pomegranate

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 307 hits
Tingkatkan Sistem Imun Ketika Pandemik COVID 19 Amalkan LAMEEYS Colla genic with Pomegranate Assalammualaikum semua Buah delima adalah di antara buah yang sering diamalkan oleh masyarakat sejak berzaman dahulu lagi Manfaatnya kepada kesihat...
Pandemik Covid 19 Kesan Besar Yang Tak Akan Hilang

Pandemik Covid 19 Kesan Besar Yang Tak Akan Hilang

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 303 hits
Pandemik Covid 19 Adakah dunia akan kembali seperti biasa Itu merupakan soalan yang bermain dalam kepala saya minggu ni Untuk itu saya buat carian maklumat yang ditulis oleh pakar dari The post appeared first on
Lelaki Dakwa Dirinya Sebagai Sultan Melaka Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid 19

Lelaki Dakwa Dirinya Sebagai Sultan Melaka Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 310 hits
Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya Sultan Melaka Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID 19 Noor Jan 64 dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital...
Self Proclaimed Malacca Sultan Dies Of Covid 19

Self Proclaimed Malacca Sultan Dies Of Covid 19

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 237 hits
A businessperson who claimed to be the sultan of Malacca Noor Jan Tuah or better known as Raja Noor Jan Shah Raja Tuah was reported to have died believed to be due to Covid 19 He was 64 Noor Jan was reported to have died at Selayang Hospita...
Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 228 hits
Parti Warisan telah mengagihkan bakul bakul makanan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19 KENINGAU Misi bantuan bakul makanan Parti Warisan Sabah diteruskan di beberapa kampung sekitar Liawan dan Sook...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas