Pandang Pertama Vivo V19 Tiada Cahaya Tiada Masalah Kerana Swafoto Kekal Berkualiti


Sudah lama Vivo senyap sahaja di Malaysia. Di luar negara, sudah ada banyak peranti dilancarkan termasuk Vivo NEX 3s dan akan datang Vivo S6 5G. Peranti Vivo pertama di Malaysia adalah Vivo V19. Ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan premium yang memfokuskan swafoto. Jadi, bagi mereka yang gemar berswafoto ini akan menjadi peranti pilihan terbaik. Kenapa?
Pada Vivo V19, Vivo telah memfokuskan kepada kemampuan fotografi swafoto. Ia menyokong mod malam dengan teknologi kecerdasan buatan tersendiri. Kebiasaannya, mod malam hanya akan cantik dan hebat pada kamera belakang sahaja. Vivo menggunakan strategi yang ramai pengeluar peranti tidak begitu memberi fokus. Ini adalah artikel pandang pertama Vivo V19. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kami telah menguji peranti ini dari segi kemampuan fotografi, kualiti skrin dan juga prestasi. Adakah benar dakwaan Vivo ini? Jom baca sehingga akhir perenggan.
Spesifikasi
Vivo V19 menggunakan skrin bersaiz 6.44-inci dengan paparan FHD+ Super AMOLED. Rekaan skrin yang digunakan adalah dwi-lubang untuk memuatkan dua lensa kamera swafoto. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 712 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan 128GB UFS 2.1 storan dalaman. Bateri ynag dimuatkan pula adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 2.0 33W.
Ini juga adalah peranti Vivo pertama di Malaysia yang menjalankan Funtouch OS 10 berasaskan Android 10. Sistem penyejukan turut terbina pada peranti ini agar boleh bermain permua dengan suhu yang terkawal. Kamera yang digunakan adalah 32+8 Megapixel untuk swafoto dan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP untuk kamera utama.
Pengalaman PenggunaanSkrin peranti ini menyokong paparan HDR. Di YouTube ia memperlihatkan warna yang amat tajam, cukup cerah, nilai dynamic range yang mencukupi untuk peranti dalam kelasnya. Butiran kelihatan jitu dan amat memuaskan. Menonton video di YouTube akan memberikan pengalaman yang mengasyikkan. Kandungan warna hitam juga cukup gelap, jelas panel OLED adalah yang berkualiti. Panel Super AMOLED Ultra O skrin berlubang untuk lensa swafoto adalah tidak kemas. Ia ada kesan pantulan cahaya, dan pelindung lensa itu jelas kelihatan. Disebabkan itu, walaupun ia adalah OLED – ia tidak menyembunyikan lensa itu di sebalik warna hitam OLED seperti peranti pesaing.

Pembesar suara mono yang kurang memuaskan. Ini kerana apabila arasa suara ditetapkan pada tahap yang maksima, ia menghasilkan bunyi yang bingit. Tetapan bawah 70% walau bagaimanapun agak baik dan boleh diterima – tetapi terlampau perlahan. Bukan itu sahaja, kualiti audio juga tidak mempunyai bass yang mencukupi dan hasil audionya terlampau flat. Syukur, port bicu audio 3.5mm disertakan agar pengguna boleh sahaja menggunakan mana-mana set fon telinga berkualiti.
Prestasi dalam percubaan yang ringkas adalah amat lancar. Malah lebih lancar dari peranti pesaing seperti Redmi Note 9S yang dijana Snapdragon 720G. Mungkin disebabkan Vivo mempunyai jumlah memori yang besar, jadi Snapdragon 712 sudah memadai. Animasi pada setiap tatalan, buka/tutup aplikasi, tukar aplikasi dan sebagainya juga baik. Sungguh lancar dan pantas. Sepanjang penggunaan tidak ada rasa lengah masa atau microlag. Skor tanda aras juga boleh diterima. AnTuTu menerima skor 238273, manakala Geekbench 5 skor satu teras adalah 412 dan skor multi-teras pula adalah 1522.

Untuk bermain permua, Vivo V19 turut menyertakan sokongan Multi-Turbo 3.0 bagi meningkatkan tahap sensitiviti sentuhan agar lebih pantas. Kemudian, turut disertakan adalah Ultra Game Mode serba baharu dengan kemampuan tangkapan dan rakaman skrin yang mudah, kesan getaran ketika bermain permua, pengubah suara, dan fungsi kira detik.
Untuk sekuriti, Vivo menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal. Mempelajari dari Vivo S1, menyahkunci peranti adalah amat pantas. Vivo turut sertakan gabungan nyahkunci serentak dengan imbasan wajah dan cap jari sebagai sekuriti tambahan.
Antaramuka
Sistem operasi yang digunakan adalah Funtouch OS 10 berasaskan Android 10. Ia adalah baru untuk peranti Vivo. Walaupun tidak banyak perubahan, jika anda sudah biasa menggunakan peranti Vivo anda akan perasan perubahan dari animasi, rekaan ikon dan visual keseluruhan. Ia akan memberikan satu pengalaman baru. Antara fungsi dan ciri bagi kami menarik adalah;
Dynamic Effect – Kustomasi notifikasi pada Always-On Display, animasi pada pelancar, animasi pengimbas cap jari, animasi pengecasan dan lain-lain.
Face beauty for video call – Mod penuras kecantikan apabila membuat panggilan video.
Jovi Smart Scene – Hab pengguna bagi memaparkan gaya penggunaan peranti, perlindungan mata, widget markah daru pasukan sukan kegemaran, nasihat minum air, dan sistem penjejakan pengguna untuk berlari/berjalan.
Multi-Turbo – Sistem kecerdasan buatan memastikan peranti sentiasa mempunyai prestasi yang baik.
Smart Camera – Kemampuan mencadangkan posisi subjek ketika mengambil gambar kekal dalam bingkai, mengesan gambar yang ingin diambil seperti bangunan, pokok, makanan dan sebagainya, mod potret kecerdasan buatan yang akan menambah penuras mengikut individu dalam bingkai.
vivoshare – Fungsi memindahkan fail ke komputer riba secara nirwayar
Kamera
Disebabkan peranti ini memfokuskan swafoto, kita mulakan dengan kamera swafoto. Lensa yang digunakan adalah gabungan 32MP lensa utama dan 8MP lensa sudut ultra lebar dengan sudut pandangan 105 darjah. Untuk pengoptimasian swafoto di waktu malam, aplikasi kamera pada peranti menyokong flash dengan menyalakan kecerahan skrin pada tahap maksima. Tetapi bukan keseluruhan skrin, hanya bahagian wajah pengguna sahaja tidak agar ada kesan seakan cahaya lampu dari studio.

Tambahan lagi, dengan algoritma baharu pada penuras kecantikan dan fungsi AI Night Selfie mereka, ia boleh membuat proses mencantikkan subjek secara lapisan demi lapisan, menggunakan AI untuk pastikan subjek dalam bingkai dan juga membuang hingar spatial. Untuk videom Ultra Stable Selfie Video disertakan, untuk merakam video swafoto dalam keadaan yang stabil.

Kamera utama menggunakan empat lensa 48MP lensa utama, 8MP lensa sudut ultra lebar, 2MP lensa makro dan 2MP lensa bokeh. Seperti kemampuan swafoto, kamera belakang turut memfokuskan kemampuan fotografi di waktu malam. Pengguna boleh mengambil gambar potret di waktu malam tanpa masalah. Rakaman video juga akan menjanjikan pengalaman yang baik sekali. Lihat beberapa sampel di bawah yang mempunyai hasil yang agak memuaskan.
Rekaan
Peranti ini menggunakan panel belakang yang diperbuat dari kaca melengkung 3D. Unit ulasan yang kami gunakan ini adalah berwarna Sleek Silver. Ia mempunyai permukaan yang licin, mudah menangkap kesan cap jari dan minyak. Walaupun begitu, apabila disentuh ia terasa lembut dan tampak premium. Rekaan seperti ini kelihatan futuristik dengan warna krom yang seakan cermin. Logo Vivo jelas terpapar di bawah, dan modul kamera seakan segi empat di atas. Pada bahagian hadapan adalah satu gangguan oleh entiti dua lubang yang memantulkan cahaya, iaitu lesa kamera. Nasib baik, bezel hampir sekata, kelihatan kemas dan cantik. Cuma, dagunya sedikit tebal.

Sisi kanan adalah butang aras suara dan butang kuasa dan sisi kiri adalah slot kad SIM. Kedua-dua sisi turut ada corak garisan yang tenggelam ke dalam, memberi nilai estetik yang akan memuaskan pandangan mata pengguna. Atas pula hanya ada mikrofon dan bawah adalah kekisi pembesar suara, mikrofon, port USB-C, dan port bicu audio 3.5mm. Rekaan sebegini adalah amat selesa. Peranti ini apabila berada di tangan, seakan memegang sebuah peranti yang mahal.
KonklusiJika anda adalah seorang pengguna yang gemar berswafoto, tidak dinafikan lagi ini adalah peranti yang patut anda miliki. Dari kemampuan potret, swafoto di waktu malam, semuanya cantik belaka. Dengan kemampuan penstabilan imej kecerdasan buatan, tidak kira rakaman video dari kamera mana ia akan kekal stabil. Turut jelas di sini adalah, Vivo V19 dicipta untuk penggunaan ringan, gaya hidup dan media sosial. Tidak dinafikan yang peranti ini turut boleh menjadi alat untuk membuat kandungan di TikTok.

Disebabkan cip yang digunakan sedikit ketinggalan, iaitu Snapdragon 712. Pengalaman bermain permua mungkin akan kurang memuaskan. Sungguhpun begitu, memori besar disertakan akan membantu mengoptimasikan prestasi peranti ini. Tidak lupa juga yang, banyak fungsi kecerdasan buatan disertakan untuk memastikan peranti masih boleh mengendali permua dengan grafik tinggi.
Tarikh pelancaran dan harga jualan di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi, anda teruskan sahaja ikuti kami di Amanz untuk berita mengenai peranti ini dan ulasan penuh kelak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/04/pandang-pertama-vivo-v19-tiada-cahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Upcoming Vivo Flagship V19 Tipped To Offer 33w Flashcharge Technology

Upcoming Vivo Flagship V19 Tipped To Offer 33w Flashcharge Technology

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 268 hits
Hi Everyone Recently vivo Malaysia has announced to unveil its V series V19 in Malaysia soon Given that the vivo V19 will be featuring a 32MP Dual Front Camera which is once again set to impress the public with the V series high resolution ...
Vivo V19 Dilancarkan Dengan Snapdragon 712 Dan Kuad Kamera

Vivo V19 Dilancarkan Dengan Snapdragon 712 Dan Kuad Kamera

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 216 hits
Selepas beberapa bulan diacah menerusi laman media sosial Vivo V19 akhirnya dilancarkan secara rasmi semalam Ia adalah peranti kelas pertengahan permulaan yang dilengkapi skrin 6 44 SAMOLED FHD dijana cip Snapdragon 712 memori sebesar 8GB R...
Upcoming Vivo V Series How Is V19 Different From The Vs

Upcoming Vivo V Series How Is V19 Different From The Vs

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 297 hits
Hi Everyone Since its first inception to the market the V series have been played as one of the vivo s model specialising in high resolution cameras positioned as their mid range mobilegraphy smartphone Following the launch of V17 Pro and V...
Spesifikasi Penuh Vivo V19 Diperlihatkan Melalui Laman Rasmi Vivo Malaysia

Spesifikasi Penuh Vivo V19 Diperlihatkan Melalui Laman Rasmi Vivo Malaysia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 264 hits
Vivo Malaysia kini telah sekaligus turut menambah produk baru yang dinantikan ramai iaitu Vivo V19 Kemaskini ini memaparkan gambaran jelas peranti berkenaan selain turut menunjukkan spesifikasi penuh yang bakal dibawakan olehnya Daripada ap...
Dayah Bakar Kongsi Berita Gembira Kini Hamil Setelah Bertahun Sabar Menanti Cahaya Mata Pertama

Dayah Bakar Kongsi Berita Gembira Kini Hamil Setelah Bertahun Sabar Menanti Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 431 hits
Dalam setiap perkahwinan dikurniakan cahaya mata pastinya berita yang ditunggu tunggu oleh pasangan yang berumah tangga Begitulah juga dengan Dayah Bakar dan pasangannya yang bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lag...
Pandang Pertama Redmi Note 9s Dari Catatan Nota Ke Kamera

Pandang Pertama Redmi Note 9s Dari Catatan Nota Ke Kamera

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 341 hits
Nama Note pada sesebuah telefon pintar dipopularkan oleh Samsung Ini kerana ia kena dengan temanya iaitu nota Peranti Samsung mempunyai S Pen untuk mencatat nota atau juga melukis Bagi pengeluar lain mereka terjemah peranti siri note ini se...
Kelebihan Sabun Birdnest Merawat Segala Masalah Kulit Di Muka

Kelebihan Sabun Birdnest Merawat Segala Masalah Kulit Di Muka

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 771 hits
Bila dah duk berkurung kat rumah ni mula lah rajin menelek muka sendiri kan Siapa macam k fiezz kita geng Sebelum mula PKP ni k fiezz baru mencuba satu sabun baru ni Nama panjang dia Birdnest Propolis Collagen Soap atau nama pena dia Sabun ...
Jangan Pendam Masalah

Jangan Pendam Masalah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 996 hits
Assalamualaikum Aq rasa macam baru je aq update blog Tapi rupanya tu tahun lepas punya Kejap je masa berlalu Sekarang kalau nak update kena tunggu anak tido la Sekarang isu penyakit COVID 19 Tapi aq bukan nak cakap pasal tu Aq nak cakap pas...
Atasi Masalah Dengkur Dengan Rawatan Laser Di Toscana Medi Clinic

Atasi Masalah Dengkur Dengan Rawatan Laser Di Toscana Medi Clinic

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 483 hits
Sebelum PKP tempohari Eyza sempat la ke program Bicara Kecantikan dan Kesihatan yang dianjurkan Oleh Toscana Medi Clinic di Hotel Swiss Garden Genting Highlands Toscana Medi Clinic merupakan pusat untuk kesihatan kulit pusat estetik dan kes...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya