Pandang Pertama Samsung Galaxy S20 20 Kamera Padu Di Abad Baru


https://ift.tt/2uvusLX Samsung baru sahaja melancarkan barisan peranti mercu mereka tahun 2020, iaitu siri Galaxy S20. Terdapat tiga model, Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Ketiga-tiga peranti ini menawarkan spesifikasi yang hebat, rekaan serba baharu, bateri yang lebih besar dan juga seperti biasa kekal padat dengan pelbagai fungsi dan ciri menarik. Tahun ini, Samsung telah melangkau nama S11 dan terus lompat ke S20 – mungkin agar selari dengan tahun 2020 iaitu dekad baharu. Fokus utama Samsung pada tahun ini jelas sekali adalah pada bahagian kamera.

Adakah kamera peranti baharu Samsung ini akan mengubah persepsi peminat jenama Samsung? Adakah Samsung berjaya kalahkan kehebatan kamera Pixel dalam penggunaan dunia nyata? Kami di Amanz, berpeluang mencuba peranti ini sedikit lebih awal dan dalam artikel ini – ia adalah pandang pertama kami mengenai peranti ini.
SpesifikasiSamsung Galaxy S20/S20+Skrin6.2″/6.7″, QHD+
Dynamic AMOLED 2x HDR10+PemprosesExynos 990 (7nm+)Cip2×2.73 GHz Mongoose M5
2×2.60 GHz Cortex-A76
4×2.0 GHz Cortex-A55Cip GrafikMali-G77 MP11RAM8 Gigabyte LPDDR5Muatan Dalaman128 Gigabyte
(mikro SD sehingga 1TB)Kamera UtamaS20 – 12 (utama) + 64 (telefoto) + 12 (sudut ultra lebar) Megapixel
12 (sudut ultra lebar) Megapixel
f/1.8+f/2.0+f/2.2, OIS, HDR
S20+ – 12 (utama) + 64 (telefoto) + 12 (sudut ultra lebar) Megapixel
12 (sudut ultra lebar) + 0.3 (ToF) Megapixel
f/1.8+f/2.0+f/2.2+, OIS, HDRKamera Depan10 Megapixel f/2.2Bateri4000/4500mAh – Pengecasan pantas 25W
(Nirwayar 15W + Nirwayar Berbalik 9W)SIM/TelefoniDwi SIM Nano (Talam Hibrid)NFCYaInfra MerahTiadaKalis AirIP68Sistem ImbasanCap jari terbina dalam skrin – UltrasonikHarga JualanS20 RM3,599/S20+ RM3,999Samsung Galaxy S20 hadir dengan skrin 6.2-inci QHD+ Dynamic AMOLED 2x dan tidak lagi melengkung kedua-dua belah sisi seperti Galaxy S10. Skrin pada peranti ini sedikit rata, tetapi masih mengekalkan rekaan skrin berlubang Infinity-O dengan pengiktirafan HDR10+. Pembaharuan yang paling menarik pada Galaxy S20 adalah sokongan kadar segar semula tinggi 120Hz. Resolusi pada peranti ini adalah QHD+, namun hanya terhad kepada 60Hz sahaja. Menggunakan mod 120Hz, resolusi akan terhad kepada FHD+.
Untuk Galaxy S20+ pula, saiz skrin adalah 6.7-inci dan mengekalkan ciri dan rekaan yang sama. HDR10+, QHD+, 120Hz semuanya kekal dan bezanya adalah saiz. Begitu juga dengan rekaan Infinity-O dan panel jenis Dynamic AMOLED 2x. Sedikit tambahan untuk paparan kedua-dua S20 dan S20+, ia menggunakan teknologi Touch Sensing 240Hz. Secara tidak langsung kadar tindak balas menyentuh skrin akan lebih responsif dan pantas. Dengan bantuan One UI 2.1 yang dibina berasaskan Android 10, animasi juga telah diubahsuai agar lebih ringkas dan rasa lebih laju.

Dari segi kualiti, skrinnya adalah cerah, mempunyai nilai dynamic range yang tinggi dan mempunyai pengalaman penggunaan yang lebih mengasyikkan. Butiran adalah baik, dan ia adalah standard bagi sebuah peranti Samsung yang mempunyai kualiti skrin yang hebat.
Peranti ini dijana dengan cip Exynos 990 dan dipadankan pula dengan memori 8GB RAM sahaja dengan storan dalaman berasaskan UFS 3.0 128GB. Untuk rangkaian, versi di Malaysia hanya versi 4G sahaja yang akan dijual. Prestasi pada peranti ini adalah bagus dan pantas. Namun, ujian ringkas tadi adalah terhad dan Samsung beri kami uji dalam mod demo sahaja – jadi ada banyak isu dan fungsi terhad. Contohnya, bertukar-tukar antara aplikasi akan terasa sedikit perlahan dan ada lengah masa. Tetapi, dengan adanya skrin 120Hz lengah masa itu hampir tidak terasa.

Sedikit masalah apabila peranti mudah memanas dan kurang selesa dipegang dalam jangka masa yang panjang. Menatal skrin, buka/tutup aplikasi dan menerokai One UI 2.1 adalah menarik dan puas. One UI 2.1 sedikit berbeza dengan One UI 2.0, seperti antaramuka dan penambahan fungsi dan ciri.
Agak sukar untuk kami ceritakan prestasi peranti ini, kerana ujian tanda aras tidak boleh dijalankan pada peranti ini. Tetapi, menurut wakil Samsung – segala lengah masa dan masalah yang dilihat adalah kerana mod demo yang sedang dijalankan. Unit untuk pembeli kelak dikatakan adalah lebih baik.
Kamera
Samsung Galaxy S20 menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 64MP, sementara kamera swafoto 10MP. Untuk Galaxy S20+, semuanya adalah sama kecuali ia mempunyai lensa tambahan ToF 0.3MP untuk mengambil gambar mod potret lebih baik dan juga setiap hasil gambar akan mempunyai butiran yang lebih jitu. Prestasi kamera pada peranti ini adalah seperti mana-mana kebanyakan peranti Samsung atau Android, yang mana pertukaran antara lensa akan mengubah warna, kualiti dan juga fokus subjek. Setakat ini tiada peranti Android yang boleh lakukan pertukaran lensa sehebat iPhone 11.

Disebabkan kawasan ujian kami tadi terhad, agal sukar untuk menguji sampel gambar. Kami dapat mengambil beberapa gambar, dan untuk percubaan masa yang singkat – dapat kami katakan hasil gambar adalah satu perkara yang Samsung berjaya hasilkan dengan sangat cemerlang. Apa yang dapat saya katakan, Samsung bijak menggabungkan perisian dan perkakasan dengan baik. Ia bukannya yang sempurna, tetapi cukup baik.
Pertama sekali adalah kemampuan zum. S20 dan S20+ mempunyai 3x zum hibrid optikal dan Space Zoom sehingga 30x. Apa yang menarik dengan zum pada peranti ini adalah, antaramuka dalam kameranya. Ketika zum pada 30x akan ada viewfinder kecil muncul dalam viewfinder utama memaparkan kawasan subjek yang sedang dizum dan fokus. Hasil pula, di dalam viewfinder penuh dengan hingar – tetapi degan kehebatan pasca-proses Samsung hasil gambar menjadi lembut dan boleh diterima untuk zum tiga puluh kali. Peralihan antara zum juga akan mengubah sedikit warna dan bergoyang, jadi perlu berhati-hati ketika menggunakan mod ini.

Kamera lain pula, seperti Live Focus adalah biasa-biasa sahaja dan pada pendapat kami tidak ada perubahan yang drastik. Hasil gambar biasa pula tidak dapat kami uji dengan baik. Tetapi, untuk lensa utama dan sudut ultra lebar – ia adalah memuaskan, penuh dengan butiran, warna yang hidup dan menyerlah serta mempunyai nilai HDR yang mencukupi. Lain-lain pada kamera adalah lebih kepada fungsi dan ciri pintar sahaja. Contohnya, kini terdapat kemampuan membuat penuras sendiri.

Penuras ini akan menggunakan butiran gambar sedia ada seperti ISO, kecerahan, bukaan lensa dan lain-lain dan apabila mengambil gambar baharu – pengguna boleh kekal menggunakan butiran yang sama untuk rakaman baharu. Seterusnya adalah pada bahagian video, Single Take. Ia adalah mod rakaman video 10 saat pintar yang menggunakan kecerdasan buatan. Ia akan sediakan beberapa hasil berbeza, seperti gambar, video pendek, video hitam putih dan banyak lagi. Pengguna boleh terus pilih yang terbaik untuk kongsi di media sosial dan padamkan yang lain.
Untuk ujian kamera yang lain, nantikan sahaja ulasan penuh kami kelak.
RekaanSeperti yang kami katakan tadi, skrin pada peranti tidak lagi melengkung kedua-dua sisi. Tetapi ia juga tidak benar-benar rata. Pembandingan yang boleh kami berikan adalah, Galaxy S20 lebih mirip dengan Pixel 2XL. Di hadapan skrin hanya ada kamera berlubang 10MP, dagu yang amat nipis, dan sudah tentu bezel yang hampir tidak kelihatan. Kedudukan earpiece pula berada di bahagian atas, kawasan dahi.

Beralih ke bahagian bawah, hanya ada port USB-C, kekisi pembesar suara dan mikrofon. Bahagian atas juga tiada apa-apa dan sisi kiri juga adalah kosong dan suci. Di bahagian kanan adalah butang-butang utama, iaitu butang kuasa yang turut berfungsi sebagai butang seru Bixby dan butang aras suara.
Pada bahagian belakang, Galaxy S20 dan S20+ kelihatan sama sahaja. Membezakan kedua-dua ini adalah pada modul kamera sahaja. Pada S20 ada tiga lensa dan S20+ empat lensa. Saiz modul kamera juga tidak begitu besar, tetapi masih dikira sebagai bonjol. Rekaan bonjol kamera ini pula adalah segi empat dan selari dengan kebanyakan peranti Samsung pada tahun ini. Akhir sekali pada bahagian bawah peranti di belakang adalah logo Samsung.

Panel belakang peranti ini terasa sedikit “murah” dan amat ringan. Panel yang digunakan adalah kaca Gorilla Glass 6 dan bukannya Glasstic. Tetapi mungkin sebab sudah tidak melengkung dan tidak begitu berat, ia terasa sedikit murah. Walau bagaimanapun, di tangan terasa selesa dan kecil untuk sebuah peranti bersaiz 6.2-inci. Untuk S20+ pula, ia adalah sedikit lebih berat dari S10+ – tetapi selesa sahaja di tangan. Menjadikan S20 dan S20+ ini kelihatan seksi adalah di bahagian hadapan, kerana di bahagian belakang adalah klise untuk peranti Samsung.
KonklusiSepanjang penggunaan beberapa jam tadi, apa yang saya boleh katakan untuk Samsung Galaxy S20 dan S20+ adalah – ia adalah satu permulaan baru untuk Samsung. Bermulanya abad baru 2020 ini, Samsung telah mula sedar yang mereka perlu berubah dan tidak terkejar-kejar meniru atau ketinggalan di belakang. Amat jelas, fokus Samsung kali ini adalah pada kamera dan kemudian pada skrin.

Jika anda gemarkan fotografi pada telefon pintar, ia adalah sebuah peranti yang baik. Oh ya, siri Galaxy S20 juga menyokong rakaman video pro – yang mana membenarkan pengguna membuat kawalan manual.
Tidak dinafikan siri S20 adalah peranti yang baik. Namun, masih banyak perkara yang perlu diuji untuk menentukan sama ada adalah Galaxy S20 dan S20+ ini berbaloi untuk dibeli. Ini kerana, Galaxy S20 dijual di Malaysia pada harga RM3,599 dan Galaxy S20+ pula adalah RM3,999. Memori pula adalah 8/128 GB sahaja, yang mana amat mahal dan untuk pandang pertama ini – ia masih mahal dan pada kami tidak begitu berbaloi. Teruskan ikuti Amanz untuk ulasan peranti-peranti S20 akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/02/pandang-pertama-samsung-galaxy-s2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandang Pertama Samsung Galaxy S20 Ultra Peranti Dengan Kemampuan Zum Angkasa 100x

Pandang Pertama Samsung Galaxy S20 Ultra Peranti Dengan Kemampuan Zum Angkasa 100x

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 280 hits
Samsung Galaxy S20 S20 dan S20 Ultra dilancarkan secara rasmi sebentar tadi Model kemas kini untuk empat model S10 tahun lalu ini membawakan lebih banyak penambahbaikan yang telah lama diminta oleh pengguna Di antara ketiga tiga model yang ...
Lihat Dunia Dengan Kamera Macro Baru Samsung Galaxy A51 Dan A71

Lihat Dunia Dengan Kamera Macro Baru Samsung Galaxy A51 Dan A71

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 297 hits
Samsung Malaysia baru baru ini telah menawarkan dua telefon pintar dibawah siri Galaxy A iaitu Galaxy A51 dan juga Galaxy A71 Melalui kedua dua peranti ini ia menyertakan sokongan kamera yang baik termasuk kebolehan rakaman makro Pada video...
Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 313 hits
https ift tt eA8V8J Samsung hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan boleh lipat sekaligus mempopularkan semula telefon pintar berbentuk clamshell yang popular suatu ketika dahulu Ia menawarkan rekaan skrin yang boleh ...
Rakaman 8k Pada Samsung Galaxy S20 Mengambil Ruangan Sebanyak 600mb Untuk Seminit

Rakaman 8k Pada Samsung Galaxy S20 Mengambil Ruangan Sebanyak 600mb Untuk Seminit

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 274 hits
Samsung telah pun melancarkan Galaxy S20 secara rasminya semalam dan salah satu ciri baru yang turut disertakan adalah sokongan rakaman video 8K Dengan keupayaan rakaman video pada resolusi tinggi semestinya ramai tertanya akan ruangan stor...
Perbandingan Samsung Galaxy S20 Ultra Galaxy S20 Dan Galaxy S20

Perbandingan Samsung Galaxy S20 Ultra Galaxy S20 Dan Galaxy S20

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 410 hits
https ift tt 2SnKtwx dilancarkan awal pagi tadi dengan beberapa penambahbaikan besar berbanding Galaxy S10 tahun lalu Dengan tiga model berbeza pasti ada pembaca Amanz yang ingin mengetahui perbezaan di antara ketiga tiga model ini Oleh itu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa