Pandai Pulak Ko Cakap Pos Mengeruh Keadaan Yang Ko Demk Jawi Tu Nak Bagi Istilah Apa


Pos Malaysia Berhad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya di Facebook berhubung kiriman ugutan terhadap pembantu khas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki.

Malah, penyedia perkhidmatan mel itu juga perlu memohon maaf secara terbuka terhadap mangsa dan ahli keluarganya kerana perkara yang dikaitkan dalam kenyataan Pos Malaysia itu kini sudah dimanipulasi oleh warganet hingga mengeruhkan keadaan.

Dalam satu sidang media hari ini, Siew Ki melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Pos Malaysia yang telah membuat kenyataan secara melulu apabila menafikan ugutan jenayah diterima pembantunya itu sedangkan polis masih lagi menyiasat perkara tersebut.

Katanya, Pos Malaysia sepatutnya membuat siasatan dalaman berkenaan perkara itu memandangkan ia merupakan satu ugutan melibatkan senjata berbahaya yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pihak kami menghormati bahawa kes ini dalam siasatan polis dan kami berasa pihak Pos Malaysia juga perlu peka dengan situasi semasa sebelum mengeluarkan kenyataan yang akhirnya telah dimanipulasi oleh banyak pihak, seakan-akan pihak kami telah membuat laporan palsu.

“Pihak Pos Malaysia sepatutnya meneliti dahulu isu dan keadaan semasa sebelum mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi apabila siasatan polis sedang dijalankan,” katanya pada sidang media itu.

Menurut Siew Ki lagi, Pos Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan apa-apa jua kenyataan atau cuba menolak tanggungjawab sebelum mereka sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan siasatan secara dalaman.

Meskipun memberi kenyataan balas daripada komen yang diutarakan oleh netizen namun, ia merupakan satu tindakan tidak adil kepada mangsa.

Siew Ki menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pos Malaysia sekiranya pihak terbabit mengabaikan permintaan mereka sehingga tempoh yang diberi Isnin ini.

Sementara itu mangsa Lee Khai Ming pada sidang media sama berkata, beliau turut berasa kesal dengan sikap Pos Malaysia yang telah menjawab pertanyaan netizen di laman sosial itu seolah-olah memberi gambaran bahawa laporan polis yang dibuat olehnya adalah rekaan semata-mata.

Katanya, beliau bimbang jawapan yang diberikan oleh Pos Malaysia itu akan mengundang pula tanggapan pihak lain hingga boleh menimbulkan isu perkauman.

“Saya ada bukti terhadap kiriman yang diterima oleh isteri saya berdasarkan rakaman CCTV di rumah menunjukkan sampul surat berisi keris diterima daripada posmen yang menghantarnya pada hari kejadian.

“Saya sudah serahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan tetapi apa yang dilakukan oleh Pos Malaysia dengan membuat kenyataan balas terhadap komen di Facebook, ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili mangsa Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar menegaskan: “Sepatutnya Pos Malaysia yang memberikan perkhidmatan berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada orang awam. Sebab maklum balas yang diberikan adalah respon daripada pertanyaan orang awam disatu link berita.

“Pos Malaysia ataupun admin group itu perlu menilai keadaan semasa sebelum meberi apa-apa jawapan.

“Kita faham ini satu standard jawapan, tapi dalam masa sama sebelum beri apa-apa jawapan lebih-lebih lagi kes ini dalam siasatan polis mereka perlu berhati-hati dan tidak boleh beri kenyataan mudah sebegitu sebab mereka perlu peka dan boleh baca keadaan semasa,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Pembantu Politik ADUN Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali, disyaki ada kaitan dengan kempen membantah tulisan jawi.

Lelaki berusia 42 tahun itu dilapor menerima sampul berkenaan pada pukul 5.15 petang pada Selasa yang dialamatkan ke rumahnya di Kajang.

Pembantu ADUN itu tidak pasti atau mengenali individu yang menghantar sampul surat itu kerana tidak pernah menerima sebarang ugutan

MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/08/pandai-pulak-ko-cakap-pos-mengeruh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Istilah Honeymoon Berdua Nak Bercuti Isteri Lagi Suka Bawa Semua Anak

Tak Ada Istilah Honeymoon Berdua Nak Bercuti Isteri Lagi Suka Bawa Semua Anak

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 618 hits
Pelakon Memey Suhaiza terpaksa menolak ajakan suaminya Norman Hakim yang mahu bercuti berdua sahaja sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka bulan hadapan Menurut Memey ia tidak mungkin terjadi kerana anak bongsunya Mikayla Delisha ...
Memandai Pulak Nak Suruh Sumbat Anak Orang Individu Dikecam Syor Tips Tak Masuk Akal Khuatir Pengaruh Ibu Muda

Memandai Pulak Nak Suruh Sumbat Anak Orang Individu Dikecam Syor Tips Tak Masuk Akal Khuatir Pengaruh Ibu Muda

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 297 hits
Bayi yang baru dilahirkan sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi daripada kedua dua ibu bapanya Pelbagai aspek perlu diteliti supaya bayi yang baru dilahirkan tidak mengalami sebarang masalah Begitu juga bagi aspek pemakanan bayi ibu ba...
Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 474 hits
Ego seorang suami Kita cakap kita sayang isteri kita tapi kita sendiri susah nak turunkan ego kita sebagai seorang suami Bila gaduh tak pernah nak mengalah suka tinggikan suara suka guna perkataan yang kesat hina dia maki dia ugut dia ungki...
Selalu Teman Daddy Mengaji Yusuf Iskandar Dah Pandai Huruf Jawi

Selalu Teman Daddy Mengaji Yusuf Iskandar Dah Pandai Huruf Jawi

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 450 hits
Cara didikan dan teguran pelakon Hanis Zalikha terhadap anak anaknya sering menjadi perhatian ramai di laman media sosial Terbaru wanita berusia 29 tahun itu memuat naik sebuah video di laman Instagram berkongsi telatah anak sulungnya Yusuf...
Nak Memandu Ke Nak Bunuh Orang

Nak Memandu Ke Nak Bunuh Orang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 149 hits
The ReporterSeorang pengguna jalan raya nyaris kemalangan gara gara tindakan pemandu kereta BMW berwarna kelabu yang memandu secara berbahaya Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 36 petang hari ini video dashcam menunjukkan pemandu BMW da...
Bidan Setan Jepun Bunuh Lebih 100 Bayi Sebab Tak Nak Dorang Hidup Susah

Bidan Setan Jepun Bunuh Lebih 100 Bayi Sebab Tak Nak Dorang Hidup Susah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 461 hits
Harini admin nak cerita pasal Miyuki Ishikawa juga dikenali sebagai bidan setan yang membunuh sekurang kurangnya 103 bayi baru lahir dengan alasan untuk selamatkan dorang daripada kesengsaraan dan kemiskinan Zaman kesusahan Jepun Pada tahun...
Saya Tak Faham Kenapa Ada Orang Tak Boleh Nak Hormat Ruhainies Naik Angin Kerana Hal Ini

Saya Tak Faham Kenapa Ada Orang Tak Boleh Nak Hormat Ruhainies Naik Angin Kerana Hal Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 1147 hits
Pelakon Ruhainies berang apabila sekeping foto mendedahkan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Elf Johan disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab di laman sosial baru baru ini Saya Tak Faham Kenapa Ada Orang Tak Boleh Nak Hormat R...
Nak Cuba Ke Tak Jus Minuman Herba Jamu Puteri Viral

Nak Cuba Ke Tak Jus Minuman Herba Jamu Puteri Viral

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 708 hits
Nak cuba ke tak Jus Minuman Herba Jamu Puteri Viral Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa yang kat sini mengamalkan jamu untuk kesihatan kecantikan luar dan dalam setiap hari Best tak rasa dan apa kesannya Positif atau biasa bia...
Terfikir Nak Tambah Zuriat Tapi Anak Orang Tua Yang Jaga Itu Tandanya Anda Belum Layak

Terfikir Nak Tambah Zuriat Tapi Anak Orang Tua Yang Jaga Itu Tandanya Anda Belum Layak

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 419 hits
Tak salah niat nak tambah zuriat tetapi jika anak yang ada sekarang pun masih lagi orang tua sendiri yang jaga itu tandanya hanya akan menyusahkan orang lain kerana nafsu anda suami isteri Janganlah hanya pentingkan diri sendiri sampai memb...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage