Pampasan Rm50 000 Untuk Kesan Sampingan Vaksin



© Provided by Free Malaysia Today Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin akan…
PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin dengan dana permulaan RM10 juta bagi tujuan pampasan untuk individu yang mungkin mengalami kesan sampingan selepas imunisasi.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius sehingga terpaksa dirawat di hospital boleh mendapat sehingga RM50,000.
Sementara itu, mereka yang mengalami kecacatan kekal atau kematian pula boleh mendapat RM500,000.
Dana itu akan diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
“Ini adalah langkah praktikal diambil oleh kerajaan untuk berdepan kemungkinan kesan sampingan akibat vaksin Covid-19. Ini akan membantu membiayai keperluan mereka yang mungkin terjejas,” kata Adham pada sidang media hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang turut hadir berkata, ini juga menunjukkan keyakinan kerajaan terhadap vaksin berkenaan.
Khairy mengumumkan perjanjian ditandatangani pagi tadi untuk mendapatkan 12 juta dos lagi vaksin Sinovac, yang akan diisi dan disiapkan oleh Pharmaniaga. Ini berbeza daripada dos lengkap yang diterima terus dari China.
Katanya, kira-kira 100,000 lagi dos lengkap vaksin itu tiba di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan dos lengkap vaksin Sinovac sebanyak 200,000.
Selain itu, beliau dan Adham akan membincangkan tarikh pelancaran fasa kedua Program Vaksinasi Kebangsaan Covid-19 dengan jawatankuasa khas, dan dijangka membuat pengumuman minggu depan.
Disoal mengenai dakwaan Majlis Ulama Indonesia bahawa vaksin AstraZeneca adalah “haram tapi harus”, Khairy berkata agensi relevan akan meneliti komponen vaksin itu dan mengumumkan keputusan mereka.
Katanya, AstraZeneca juga akan membentangkan jadual penghantaran vaksin kepadanya dalam masa seminggu.
Pada Jumaat, majlis ulama Indonesia berkata vaksin itu haram kerana proses pembuatannya menggunakan “tripsin dari pankreas babi”.
Bagaimanapun, majlis itu membenarkan penggunaan vaksin berkenaan memandangkan berlaku pandemik.
Khairy turut mengumumkan 6,155,213 atau 25.4% populasi mendaftar untuk vaksin itu menerusi aplikasi MySejahtera.
Sejumlah 412,342 orang menerima dos pertama, manakala 16,368 sudah disuntik kali kedua.
‘Rekaan semata-mata’, bekas ADUN nafi cabul isteri rakan baik

The post Pampasan RM50,000 untuk kesan sampingan vaksin appeared first on My NEWS ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-news.online/2021/03/22/pampasan-rm50000-untuk-kesan-sampingan-vaksin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Kesan Sampingan Vaksinasi Sehingga Rm500 000

Bantuan Khas Kesan Sampingan Vaksinasi Sehingga Rm500 000

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 374 hits
Bantuan Khas Kesan Sampingan Vaksinasi Sehingga RM500 000 ini merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan khas kepada penerima suntikan vaksin di Malaysia yang mengalami kesan sampingan Kesan sampingan yang dimaksudkan ada...
Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 398 hits
Memasuki hari ke 19 pelaksanaan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Feb lepas seramai 292 104 individu menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumka...
Pemkot Solo Kembali Terima 30 000 Dosis Vaksin Sinovac

Pemkot Solo Kembali Terima 30 000 Dosis Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 236 hits
Vaksin Sinovac tersebut sebagian telah disuntikkan kepada ratusan pengemudi ojek online di Pendapi Gede Balai Kota hari ini Vaksin juga akan diberikan untuk kelompok pelayan publik lainnya
Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 499 hits
PUTRAJAYA Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid 19 sebanyak RM500 000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba b...
Madu Centauri Termahal Di Dunia Dijual Rm50 000 Sekilogram

Madu Centauri Termahal Di Dunia Dijual Rm50 000 Sekilogram

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 399 hits
Sekali imbas Madu Centauri sama seperti madu lebah lain yang pernah kita lihat Namun mungkin tidak ramai yang mengetahui madu yang dihasilkan di Turki madu paling mahal di dunia Guinness World Records melaporkan Selasa lalu madu itu memecah...
Indonesia Telah Amankan 329 5 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Di Tahun Ini

Indonesia Telah Amankan 329 5 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Di Tahun Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 277 hits
Honesti melanjutkan pihaknya akan terus meningkatkan suplai vaksin agar dapat memenuhi target 426 juta dosis Sebagian besar usaha peningkatan tersebut dilakukan di tahun ini
Vaksin Covid 19 Pfizer Lindungi Diri Lindungi Semua

Vaksin Covid 19 Pfizer Lindungi Diri Lindungi Semua

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 467 hits
Assalamualaikum semua APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19 Vaksin COVID 19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID 19 Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya ...
Thailand Tolak Kemungkinan Vaksin Covid 19 Punca Kematian Seorang Pesakit

Thailand Tolak Kemungkinan Vaksin Covid 19 Punca Kematian Seorang Pesakit

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 348 hits
Thailand tolak kemungkinan vaksin Covid 19 punca kematian seorang pesakit Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Ma
Perdana Vaksin Astrazeneca Disuntik Ke 3 700 Prajurit Tni Di Ntt

Perdana Vaksin Astrazeneca Disuntik Ke 3 700 Prajurit Tni Di Ntt

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 280 hits
Agus mengatakan bahwa vaksin AstraZeneca yang baru divaksinkan ke sejumlah prajurit TNI AD wilayah Korem 161 Wirasakti Kupang mempunyai khasiat yang sama dengan vaksin Sinovac yang selama ini sudah digunakan
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Afiq Adnan Hancur Chord

Blacktop Brawler A Custom Indian Chieftain For A Ufc Fighter

Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad