Pameran Interaktif Di Bank Negara Malaysia Museum Art Gallery


Pameran Interaktif di Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery | Jika anda sedang berada di Kuala Lumpur dan ada beberapa jam masa terluang atau ibu bapa yang sedang mencari aktiviti agar anak-anak tidak mengira waktu menunggu Maghrib di bulan puasa ni, saya cadangkan anda untuk ke sebuah muzium moden yang menceritakan sejarah sistem kewangan negara serta kesenian.

Sejarah penubuhan Muzium & Galeri Seni Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Akta BNM 1958 ini telah digantikan dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009 berkuatkuasa 25 November 2009. Bank Negara Malaysia (Bank) merupakan badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Bank bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia pula ditubuhkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam, dan perancangan kewangan bersama-sama Bank Negara yang memainkan peranan penting dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa hadapan. Galeri Seni disini mempamerkan koleksi-koleksi seni Bank Negara dari bumi Asia Tenggara dan Malaysia dan diperolehi sejak tahun 1962

Bangun muzium ini direkabentuk moden tetapi tidak mewah dan masuk pula percuma. Walaupun free entrance tetapi bahan pamerannya bukan lekeh ye... bertema, ineraktif dan impresif! Instagram worthy too. The most interesting is the nautilus staircase! Tangga berlingkar di tengah lobi bersambung ke setiap tingkat. Dengan gembira sekali aku naik tangga tu hahaha... Cantik giler bergambar kat sini

"The nautilus staircase" ini berinspirasikan ikon grafik utama yang digunakan di keseluruhan bahan komunikasi Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery. Ia memberi makna keiinginan untuk menimba ilmu yang tidak pernah padam. Lingkaran dalam bentuk grafik ini menggambarkan perasaan ingin tahu dan minda yang sentiasa bertanya kenapa mengapa bagaimana di mana? Curiousity


The Nautilus staircase. Foto @alifsatar
Muzium empat tingkat ini terbahagi kepada LIMA galeri pameran iaitu:

Tingkat Bawah
Galeri Kanak-Kanak

Tingkat 1
Galeri Bank Negara Malaysia
Galeri Kewangan Islam
Galeri Ekonomi

Tingkat 2
Galeri Numismatik
Galeri Pameran Sementara

Tingkat 3
Galeri Seni utara dan selatan

Kedai muzium di tingkat bawah juga menjual barangan cenderahati yang menarik dan unik. Buku terbitan BNM pun ada, sesuai untuk bacaan sendiri atau hadiah kepada kenalan. Berbaloi sangat bagi buku kepada orang yang suka membaca. Kalau bukan bulan Ramadan bolehlah kita makan minum di kate kat tingkat bawah. Sedap


Lawatan berfaedah Geng Bas SekolahOleh kerana kami menginap di Sofitel Damansara waktu itu, perjalanan ke sini sangat dekat dan mudah. Kelebihan membuat lawatan ke sini kita juga boleh melawat beberapa lagi tarikan pelancongan menarik di sekitarnya yang berjarak dalam 2km sahaja. Paling dekat Memorial Tun Hussein Onn kalau tak silap, dekat betul. Nanti ai cerita satu persatu since bulan Ramdan ni mereput je kat rumah 😃😃 hmm... kalau dapat gi shopping kat Bandung ke Bangkok ke sebelum raya ni best juga kan? Pergi Banda Aceh pun best juga. Meriah beb masjid kat sana. Kalau lah..

We went there during weekend so as expected kawasan tu memang lengang ler. Simpan beg di locker (deposit RM5) dan terus ke Galeri Kanak-kanak

Bebudak suka ke sini sebab ia bukan seperti muzium yang tipikal. Sila peruntukkan sekurang-kurangnya dua jam di sini ya. Aku rasa itupun tak cukup sebab banyak sangat yang hendak dilihat dan dibaca. Bahan pameran menunjukkan kemajuan Malaysia dekad demi dekad terutamanya tentang wang dan ekonomi. 
Galeri kanak-kanak sangat menarik. Aku merancang ke sini selepas melawat booth BNM sempena sambutan Hari Muzium Malaysia di Melaka tahun lepas. Menarik pula terowong duit tu. Duit kertas itu adalah koleksi Ringgit Malaysia sejak diperkenalkan di Malaysia. Memana not kertas yang dah tak dicetak lagi boleh tengok kat situ. Rasa tua benar bila nampak duit tu hahah...duit zaman aku sekolah kot

Foto Harian Metro

Ingat lagi kita belajar menekap gambar dulu? 


Sebahagian bahan pameran:
Mesin cetak duit
  
Barang-barang yang digunakan untuk "barter trade" sebelum penggunaan mata wang rasmi

 1. Gelang perak daripada tempat simpanan masyarakat kuno Mesir digunakan pada abd ke-14 sebelum masehi. Pembayaran dibuat berdasarkan berat logam dan bukannya rupa

2. Rantai manik - pada zaman Borneo hingga kini rantai manik dan barang hiasn digunakan untuk menunjukkan kekayaan seseorang

3. Pemberat gangsa dari Myanmar (dulu Burma) - pemberat gangsa berbentuk haiwan seperti gajah, burung, lembu dan singa digunakan untuk menentukan berat barangan di pasar harian

4. Songket dan syiling - duit syiling dijahit pada kain tenunan sebagai simbol kekayaan pengantin perempuan bagi suku kaum di Borneo
  Not RM1000 yang tidak dicetak lagi. Pemberhentian pengeluaran wang kertas RM500 dan RM1000 berkuatkuasa pada 1 Julai 1999. 


Muzium ini juga menyediakan lawatan berpandu (guided tour) setiap hari pada pukul 10 pagi dan 3 petang pada Khamis. 
"Ayah, adik teringin nak pergi Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery", bisik anak


Cara untuk ke Sasana Kijang dengan pengangkutan awam:KTM – Stesen Bank Negara
LRT – Stesen Bandaraya

Parkir juga disediakan di LG4 and LG5 dengan kadar:RM5 sekali masuk
Hujung minggu dan cuti umum PERCUMA
PengumumanUntuk makluman semua, waktu operasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia & Kedai Muzium akan diawalkan dalam bulan Ramadhan 1440 Hijrah/2019 seperti berikut:
Isnin, 6 Mei sehingga Selasa, 4 Jun 2019
9:00 pagi - 5:00 petang
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia & Kedai Muzium akan ditutup bermula dari hari: 
Rabu sehingga Jumaat, 5 Jun hingga 7 Jun 2019
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia & Kedai Muzium akan meneruskan operasi seperti biasa (10:00 pagi - 6:00 petang) pada hari Sabtu, 8 Jun 2019 dan seterusnya. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!

Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery
Sasana Kijang2, Jalan Dato Onn50480 Kuala Lumpurwww.museumbnm.gov.my
E-mel: [email protected]
Tel: +603 9179 2784
Faks: +603 9179 2161
Waktu beroperasi: 10 pagi hingga 6 petang setiap hari
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/05/pameran-interaktif-di-bank-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Short Term Rates Remain Stable On Bank Negara Intervention

Short Term Rates Remain Stable On Bank Negara Intervention

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 284 hits
Short term interbank rates remained stable on Bank Negara s operations to absorb surplus liquidity from the financial system The surplus in the conventional system was reduced to RM22 43 billion from RM29 37 billion this morning while in th...
Bank Negara Aiming To Aid Growth Makes 1st Rate Cut Since 2016

Bank Negara Aiming To Aid Growth Makes 1st Rate Cut Since 2016

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 330 hits
Bank Negara Malaysia became the first in Southeast Asia to cut its key interest rate this year moving to support its economy at a time of concern about global growth It cut its overnight policy rate by 25 basis points to 3 00 percent The ce...
Malaysia Terima Pemindahan Pertama Rm236 Juta Dari As Peguam Negara

Malaysia Terima Pemindahan Pertama Rm236 Juta Dari As Peguam Negara

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 427 hits
Malaysia sudah menerima pemindahan pertama dana 1Malaysia Development Berhad sebanyak AS 57 juta dari Amerika Syarikat yang disita daripada Red Granite Pictures Red Granite Pictures adalah syarikat pembikinan filem berpangkalan di AS yang d...
Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 456 hits
Uma Devi pegawai AmBank yang memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak hari ini Foto Daily Express Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara Mahkamah Tinggi diberitahu hari...
Hutang Negara Meningkat Mahu Percaya Menteri Kewayangan Atau Bank Negara

Hutang Negara Meningkat Mahu Percaya Menteri Kewayangan Atau Bank Negara

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 381 hits
Guan Eng nak nafikan lagi Hari ini BNM telah update data mereka selepas mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK untuk suku pertama tahun 2019 Data baru ini MEMBUKTIKAN hutang rasmi negara telah naik ke RM776 bilion pada akhir bulan Mac 2019 berb...
Bank Negara Opens Up Dynamic Hedging For Trust Banks

Bank Negara Opens Up Dynamic Hedging For Trust Banks

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 289 hits
Bank Negara is opening up a dynamic hedging programme for trust banks and global custodians on behalf of their clients effective immediately Governor Nor Shamsiah Mohd Yunus said the initiative is part of the central bank s efforts to impro...
The Economic Storm Is Coming Bank Negara Cuts Key Rate By 25 Bps To 3 The First Time After Nearly 3 Years

The Economic Storm Is Coming Bank Negara Cuts Key Rate By 25 Bps To 3 The First Time After Nearly 3 Years

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR The Monetary Policy Committee of Bank Negara Malaysia decided to reduce the Overnight Policy Rate to 3 at its meeting on Tuesday This was the first time since July 2016 It said the ceiling and floor rates of the corridor for th...
Pameran Seni Interaktif Sisi Bunyi Di Seri Iskandar

Pameran Seni Interaktif Sisi Bunyi Di Seri Iskandar

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 383 hits
Sisi Bunyi merupakan pameran seni pertama penulis secara solo Ia merupakan pameran seni interaktif yang terdiri dari 6 buah karya seni interaktif Pameran ini diadakan di Kapallorek Artspace Seri Iskandar dari 13 12 2018 ke 20 01 2019 dibawa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023