Palmeiras Chelsea Ulangi Permusuhan


Palmeiras, Chelsea ulangi permusuhan
PEMAIN Chelsea menjalani sesi latihan di Universiti Barry, Miami, semalam. FOTO AFP Philadelphia: Perlawanan suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA antara Chelsea dari England dan Palmeiras dari Brazil di Philadelphia pagi esok mengulangi pertarungan silam.
Ia pertemuan pertama antara kedua-dua kelab sejak Chelsea menewaskan Palmeiras 2-1 dalam masa tambahan pada final Piala Intercontinental 2021, versi terdahulu Piala Dunia Kelab.
Palmeiras masih mempunyai lima pemain utama daripada perlawanan itu, termasuk penjaga gol Weverton. Chelsea pula hanya mengekalkan dua pemain, tetapi Reece James dan Trevoh Chalobah tidak beraksi ketika itu.
Apa yang menarik dalam perlawanan ini ialah Palmeiras mempunyai seorang pemain Brazil yang akan menyertai Chelsea selepas kejohanan ini, manakala Chelsea pula menandatangani seorang pemain Brazil yang tidak berada dalam skuad semasa kejohanan bermula.
Chelsea kelmarin mengesahkan pembelian penyerang Joao Pedro dari Brighton & Hove Albion dalam Liga Perdana Inggeris. Dia layak bermain kerana FIFA membenarkan jendela perpindahan khas di luar tempoh perpindahan musim panas biasa untuk semua pasukan yang menyertai Piala Dunia Kelab
Pedro menjaringkan 10 gol dan mencatat enam bantuan jaringan untuk Brighton musim lepas.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan Game Over Kepada Ahmad Terrirudin Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

“Mereka mempunyai pemain yang hebat dahulu dan masih ada yang hebat sekarang,” kata Pedro dalam satu kenyataan. “Jadi, saya teruja untuk menyertai dan anda tahu apabila anda menjadi pemain Chelsea, anda harus fikir satu perkara iaitu menang.”
Jika dia bermain, Pedro mungkin akan berhadapan dengan rakan sepasukan selepas ini, Estevao Willian yang baru berusia 17 tahun apabila dia mencapai persetujuan lisan dengan Chelsea pada Mei 2024.
Dia tidak boleh berpindah ke England secara sah sehingga selepas hari jadinya ke-18 pada 24 April, jadi perpindahannya tidak dapat disahkan sehingga kini dan dilaporkan Chelsea tidak menghalang dia untuk terus bersama Palmeiras sepanjang kempen Piala Dunia Kelab mereka.
“Saya perlu fokus di sini, saya perlu bekerja, tetapi ia bukan mudah,” kata Estevao sebelum ini dalam kejohanan. “Semakin hampir, semakin rasa cemas itu datang. Tapi saya cuba fokus di sini, untuk tinggalkan (Palmeiras) dengan cara yang betul.”
Kenyataan itu mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan media dan peminat Brazil yang merasakan kesetiaan Estevao tidak lagi bersama kelabnya sekarang.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Ayuh Malaysia, Kita Merajuk Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993 Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Chelsea akan kehilangan khidmat pemain tengah Moises Caicedo (pengumpulan kad kuning) manakala Palmeiras akan kehilangan pertahanan dan kapten mereka Gustavo Gomez (kad merah).
Dalam pada itu, jurulatih Palmeiras, Abel Ferreira, berharap Estevao dapat mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong pasukan Brazil itu dengan menghasilkan persembahan terpuji dan membantu mereka menewaskan bakal majikannya, Chelsea.
Pasukan dari São Paulo itu berharap pertemuan dengan kelab masa depannya akan memberikan motivasi tambahan kepada Estevao untuk menyerlah di Lincoln Financial Field di Philadelphia.
“Saya tidak berbual dengannya (mengenai perpindahan itu), tetapi dia tahu apa yang perlu dia lakukan esok dan saya harap dia memberikan yang terbaik untuk pemilik Chelsea,” kata Ferreira kepada wartawan.
“Mereka melihatnya sebagai seorang pemain berpotensi dengan segala kualiti dimilikinya. Ini akan menjadi peluang untuk dia menunjukkan betapa hebatnya dia, jadi apa yang saya harapkan daripadanya ialah memberikan sepenuhnya menyerang, bertahan, dan mungkin menjaringkan satu gol sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyokong kami.”
Pemenang antara Palmeiras dan Chelsea akan berdepan sama ada satu lagi kelab Brazil Fluminense atau Al Hilal dari Arab Saudi pada separuh akhir di East Rutherford, New Jersey, Rabu ini.
Palmeiras, Chelsea ulangi permusuhan  
DISYORKAN UNTUK ANDA : Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 
The post Palmeiras, Chelsea ulangi permusuhan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2025/07/04/palmeiras-chelsea-ulangi-permusuhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Tiada Ruang Ulangi Kegagalan Sama Rakyat Tuntut Tindakan Bukan Alasan Pm Anwar

Kita Tiada Ruang Ulangi Kegagalan Sama Rakyat Tuntut Tindakan Bukan Alasan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 122 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak boleh lagi membiarkan kelewatan pelaksanaan projek dan kerenah pentadbiran yang telah lama membelenggu sejak era 1980 an terus berlaku Beliau berkata demikian selepas mempen...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville