Paling Tidak 6 Bulan Sekali
DUNGUN : Bercakap soal kesihatan, kita tak dapat lari dari pemakanan. Penyebab utama penyakit yang dialami berpunca dari makanan yang kita ambil. Jika tidak dikawal dengan baik maka badan kita mudah diserang pelbagai penyakit
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi paling tidak pun setiap enam bulan, sekali tu elok pergi berbekam. Bekam ni adalah sunnah. Buang darah kotor dalam badan. Alahai... jangan takut, mudah sahaja
Bagi mereka yang pernah berbekam pasti tahu kesannya bagaimana. Sangat menakjubkan. Tetapi kena ingat, kalau nak berbekam tu biarlah menyeluruh barulah ada kesan yang baik. Jangan satu cup dua cup sahaja, rasanya itu tidak berbaloi
Darah dalam badan kita memerlukan ruang untuk beredar dengan sempurna. Jika terdapat darah yang kotor sertak toksin dalam badan juga terlalu tinggi, maka pengalirannya tidak bagus. Pengaliran darah tidak lancar seringkali berpunca dari bekalan oksigen tidak sempurna. Salur darah tersumbat mengakibatkan kita sering lesu dan mudah diserang penyakit
Semua itu tak perlu risau selagi kita mengamalkan kehidupan sihat dan berbekam. Bukan hari-hari pun, tetapi paling tidak enam bulan sekali atau dua bulan sekali. Insya-Allah, kesannya sangat mengangumkan
Selain itu, urutan badan juga boleh dilakukan. Hal ini membantu rangsangan pada urat yang tegang supaya tidak mendapat tekanan yang tinggi. Kita akan lebih relaks dan tenang
Anda boleh merasai pengalaman bekam dan urut refleksologi ini bersama pakar Urut & Bekam berpengalaman iaitu Encik Padzi Hamid. Beliau banyak membantu mereka yang memerlukan. Disamping itu juga, bagi mereka yang mengalami masalah sakit tulang belakang, Insya-Allah... beliau akan membantu merawatnya
Hubungilah Encik Padzi untuk berbuat temu janji dengan beliau agar anda tidak ketinggalan mendapatkan rawatan alternatif ini
Lokasi premis : Gong Pasir
https://www.facebook.com/jamillahpadziterapiqun/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suaradungun.com/2018/11/paling-tidak-6-bulan-sekali.html