Palestin Menang Perang Budaya Pop


 

Memang sedikit senteng memikirkan bahawa salah satu kaedah untuk meyakin dan menyebarluaskan penderitaan rakyat Palestin di bawah pendudukan Palestina ialah dengan ‘hiburan’. Yang saya maksudkan dengan hiburan ialah seni muzik. Malah harus dikatakan, Palestin berjaya memacakkan bendera di wilayah ini, meninggalkan pesaingnya iaitu penjajah Zionis Israel dalam sektor yang sama.
Bukan itu sahaja, kejayaan Palestin melakukannya membolehkan Palestin menguasai pendapat umum Generasi Z yang sangat bergantung pada media sosial sebagai sumber pengetahuan. Inilah yang membuatkan Israel panik apabila kalah dalam perang propaganda sekarang.
Palestin mungkin perlu berterima kasih dengan penyanyi rap tiga bahasa iaitu Saint Levant. Sejak diperkenalkan oleh produser Haiti, Michaël Brun yang mengetengahkan beliau dalam lagunya “Sak Pase”, nama Saint Levant melesat menggila. Introduksi lagu “Sak Pase,” yang bermaksud “apa yang sedang berlaku” dalam bahasa kolokial Haiti itu dimulai dengan suara lunak lembut rapper Saint Levant yang fasih menyanyi dalam bahasa Inggeris, mengalih ke bahasa Perancis dan patah kembali ke bahasa Inggeris.
Nama sebenar Saint Levant adalah Marwan Abdelhamid dan dilahirkan di Baitul Maqdis. Bapa beliau berketurunan Arab Palestin-Serbia seorang pengusaha hotel, mengahwini ibunya seorang berbangsa Perancis dari Algeria. Ketika Intifada kedua, Marwan Abdelhamid menetap di Gaza sehingga serangan Israel pada 2007 membuatkan keluarganya memilih untuk berhijrah ke Amman, Jordan. Di usia 25 tahun, Marwan memilih nama Saint Levant untuk menggambarkan asal beliau iaitu dari daerah Syria, Jordan, Palestin, dan Lubnan. Usia remaja di Jordan membuatkan jiwanya galau dan kacau. Beliau mewarnakan kuku dan bertindik, dan mulai menumpu perhatian kepada muzik.
Sebenarnya Saint Levant baru sahaja bersemarak sebagai ahli muzik. Kira-kira setahun lalu, iaitu pada 18 November 2022, Marwan disambut hangat di TikTok apabila lagunya “Very Few Friends” mendapat perhatian dunia, dengan lebih 12 juta perkongsian sebaik sahaja dilancarkan. Video lagu beliau duduk mengenakan seluar longgar seraya mengangkang dan baju ketat putih, sambil mengenakan rantai emas milik bapanya tiba-tiba sahaja meributkan dan menjadi kegemaran. Dengan misai dan bulu dada, Generasi Z lekas nanarkan beliau.
Saint Levant dengan segera beroleh segala pusat perhatian di Barat. Khusus apabila “Very Few Friends” itu dimainkan 70 juta kali di Spotify. Di platform Tik Tok, pempengaruh terkenal bertaraf dunia seperti Dixie D’Amelio, Sabrina Carpenter, Zack Bia, dan Anastasia Karanikolaou menggunakan lagu ini sebagai latar untuk perkongsian status. Maka dengan cepat sekali Saint Levant berkuasa.
Dengan kuasa muzik datang kuasa fesyen, Saint Levant mulai diambil jenama mewah Dior dan menjadi Duta produk Adidas, muncul di atas pentas Paris Fashion Week dan muncul di televisyen kebangsaan Perancis. Pengaruhnya meledak-ledak.
Saint Levant tidak meletup tanpa sebab dan akibat atau kerana bernasib baik. Ini kerana sebelum itu, beliau lebih dikenali sebagai pempengaruh di Instagram dengan lagunya “Tourist,” mengisahkan bagaimana beliau rasa terasing di kota asalnya cepat mendapat perhatian elitis muzik. Beliau seterusnya melancarkan karier muziknya dengan “Jerusalem Freestyle,” “Haifa in Tesla,” “Nirvana in Gaza” dan “1001 nights.” Lagu-lagu beliau dinyanyikan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis dengan pengaruh irama Levant yang kuat, ketik gitar berhantu dan goncang perkusi membuatkan kita terbuai seperti berada di dalam Hikayat 1001 Malam.
Ketika di bulan-bulan awal kerjayanya Saint Levant mengikuti akaun Instagram dua pempengaruh Israel tersohor iaitu Adiel Cohen dan Hen Mazzig. Kedua-duanya Zionis yang sering mempersendakan Palestin. Cohen malah pernah mengatakan Israel berhak menduduki dan menyerang Gaza. Ramai beranggapan tindakan beliau mengekori mereka sebagai aneh.
Ini kerana pada 2020 dan 2021, Marwan Abdelhamid sering membincangkan tentang dasar Apartheid di Israel, penindasan yang dialami oleh rakyat Palestin, usaha mengikis jatidiri Palestin dan kepayahan hidup di Gaza. Beliau misalnya pernah mengeluh bagaimana Barat memberikan publisiti meluas kepada perang di Ukraine tetapi menidakkan keadaan di Palestin. Ramai peminat beliau di Lubnan misalnya mulai berwaspada kerana Marwan tidak dapat dianggap sebagai seorang Palestin yang boleh diharap seperti Edward Said atau Bella Hadid. Tambahan pula terdapat tanggapan beliau mulai berhati-hati meniti kerjaya memandangkan beliau kini sudah di Los Angelas.
Akan tetapi tanggapan adalah tanggapan.
Ini kerana sebetulnya jika dilihat dengan lebih rapi dan dekat, muzik Saint Levant menghantar perutusan politik yang kuat di sebalik irama R&B tahun 2000-an, alunan genre muzik trap Arab dan rap Franco-Arabic rap. Album pertama Saint Levant dengan lagu “From Gaza, With Love” misalnya menekankan identiti Gaza beliau yang kuat, dengan lirik bermakna; “I came from Gaza with love/ (But I’d feel like a tourist if I ever went back)”. Begitu lekas Saint Levant masyhur, muziknya mulai menjadi siulan di kem-kem pelarian di Palestin.
16 Oktober lalu apabila serangan ke atas Gaza menjadi-jadi, Saint Levant memilih untuk menghentikan tour konsertnya di Amerika Syarikat. Peminat muzik nampaknya tidak mengkritik atau hampa dengan tindakan beliau itu, sebaliknya memuji Marwan sebagai “a man of principle” di tengah genosid.
Saint Levant juga memperkenalkan sebuah pendanaan minda kreatif untuk warga Palestin dengan nama 2048 Fellowship, iaitu satu pendanaan finansial dan pementoran selama setahun untuk mana-mana anak Palestin yang berminat dalam bidang kreatif. Nama ‘2048’ dipilih untuk menggambarkan Palestin yang merdeka setelah dijajah oleh Zionis dalam tahun 1948. Kata Saint Levant, 2048 (dibaca 1948) itu menggambarkan Nakba, satu ingatan bagaimana Palestin dijajah oleh Inggeris, dan migran Yahudi dari Eropah yang berideologi Zionis. Ya, dengan harapan pada 2048 Palestin sudah merdeka.
Awal Disember 2023, sebaik dinamakan oleh GQ Men sebagai penerima anugerah majalah itu di Paris, Marwan atau Saint Levant diberi pesan supaya jangan bersuara mengenai Palestin dalam ucapannya. Ingkar akan permintaan daripada hos, Saint Levant memperihalkan penjajahan Israel terhadap Palestin selama 75 tahun, dan genosid di Gaza yang mengorbankan ramai kanak-kanak. Ucapan beliau itu yang tidak disangka diberi tepukan gemuruh.
Untuk kalian yang baru mengenbali Saint Levant, mungkin mulakan dengan lagu dan liriknya “Jerusalem Freestyle”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/palestin-menang-perang-budaya-pop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Dapur Suriamanda

Perang Dapur Suriamanda

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum Hi korang Tajuk entry tu saje je nak bikin gempak hari kedua MC SA tetap masak kesian kat Pak Zain lepas ni malam SA akan masak lauk siap2 supaya Pak Zain x perlu masak Pak Zain uruskan Mak Pah je lepas keluar ward ni Mak Pa...
Perang Cengkam Media Pun Bermula Di M Siaku

Perang Cengkam Media Pun Bermula Di M Siaku

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 148 hits
Ahmad Fadhli ShaariPadam kandungan Langkah ke arah cengkaman mediaPENGAKUAN daripada syarikat induk Facebook Meta dan TikTok dari China bahawa mereka menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar kandungan...
Judi Slot Online Cara Mudah Meningkatkan Peluang Menang Anda

Judi Slot Online Cara Mudah Meningkatkan Peluang Menang Anda

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 161 hits
Judi Slot Online Cara Mudah Meningkatkan Peluang Menang Anda Apakah Anda seorang penggemar judi slot online Jika iya maka Anda pasti ingin meningkatkan peluang menang Anda bukan Tidak perlu khawatir karena dalam artikel ini kami akan member...
Ganjar Mahfud Janji Buka 17 Juta Lapangan Kerja Baru Jika Menang Pilpres

Ganjar Mahfud Janji Buka 17 Juta Lapangan Kerja Baru Jika Menang Pilpres

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 167 hits
Menurut dia pasangan Ganjar Mahfud menyadari salah satu kekhawatiran generasi muda soal ketersediaan lapangan pekerjaan
Tips Ampuh Meningkatkan Peluang Menang Di Slot Gacor

Tips Ampuh Meningkatkan Peluang Menang Di Slot Gacor

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 151 hits
Tips Ampuh Meningkatkan Peluang Menang di Slot Gacor Siapa yang tidak suka mendapatkan kemenangan saat bermain slot Slot online atau yang sering disebut dengan slot gacor menjadi favorit para pemain judi online Namun tidak semua orang bisa ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life