Pakw Kalkulator Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah memperkenalkan PAKW untuk menentukan berapa anggaran kos sesebuah isi rumah untuk menjalani kehidupan bermakna.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi secara detail maklumat berkaitan dengan cara pengiraan menggunakan kalkulator ini dengan betul dan kepentingannya untuk kehidupan anda.
Baca juga:
Kemaskini STR 2025 – Maklumat yang Perlu Dikemaskini & Caranya Kalendar Islam 2025 & Tarikh Penting Bulan Islam – JAKIM Pencen 2025: Tarikh / Jadual Bayaran Pencen, Kenaikan Pencen Apa itu PAKW ? PAKW adalah singkatan kepada Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar iaitu sebuah platform kalkulator yang dibangunkan secara sistematik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memberi satu nilaian kos kehidupan wajar.
Pembangunan PAKW ini bermula pada tahun 2018 lagi dengan mengambil kira corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah.
Pengiraan PAKW ini adalah berdasarkan kepada konsep dan panduan daripada A Methodology to Estimate the Needs of Workers and Their Families (2021) yang diterbitkan oleh International Labour Organization (ILO).
PAKW merujuk kepada amaun perbelanjaan penggunaan bulanan yang diperlukan oleh isi rumah/individu untuk menjalani kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
Nilai PAKW dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri-ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah. Justeru, nilai PAKW bagi setiap isi rumah adalah berbeza mengikut ciri demografi dan lokasi tempat tinggal isi rumah.
Kepentingan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar Bantu memahami dan menganggar perbelanjaan asas yang diperlukan bagi seseorang individu atau keluarga. Memberi asas yang kukuh bagi penentuan dasar dan inisiatif yang lebih tepat serta efisien, termasuk gaji minimum, bantuan kebajikan dan program pengurangan kemiskinan. Pembuat dasar dapat merangka pelan yang lebih terfokus. Tawarkan panduan yang lebih jelas kepada golongan pekerja dan majikan dalam menilai gaji yang berpatutan. Bantu majikan menilai kadar gaji minimum dan memahami kos hidup. Panduan untuk merancang bajet rumah tangga, mengurus kewangan peribadi serta menetapkan sasaran simpanan jangkan panjang. Hala Tuju PAKW Satu mekanisme maklum balas bagi indeks. Kos Sara Hidup yang membolehkan rakyat Malaysia memberikan input ke atas kos sara hidup di sesuatu kawasan dengan lebih tepat. Dapat meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia, pengukuran PAKW perlu ditambah baik secara berterusan. PAKW perlu dilengkapkan dengan dasar yang memberikan manfaat seperti perbezaan kos sara hidup dalam dan antara wilayah. Bagaimana PAKW Dikira ? 1. Saiz dan Ciri Isi Rumah
Berapakah bilangan ahli isi rumah? Berapakah umur dan jantina setiap ahli isi rumah? 2. Lokaliti
Apakah negeri dan daerah tempat kediaman? Adakah ia di bandar atau di luar bandar? 3. Kos Makanan
Kos makanan bahan mentah mengikuti nutrisi Kos tambahan masakan di rumah seperti gula, minyak, garam perasa, dan sebagainya (mengambil kira keperluan mikronutrien) Kos makan di luar 4. Kos Bukan Makanan
Pakaian & kasut Utiliti air & elektrik, gas & bahan api lain Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah Kesihatan Pengangkutan Maklumat & komunikasi Rekreasi, sukan & kebudayaan Pendidikan Restoran & perkhidmatan penginapan Insurans & perkhidmatan awam Penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan dan perkhidmatan Perbelanjaan bukan penggunaan isi rumah 5. Kos Perumahan
Cara Menggunakan Kalkulator PAKW Cara Menggunakan Kalkulator PAKW dari Apps MyPAKW
Muat turun aplikasi MyPAKW menerusi Google Play Store atau Apps Store. Masukkan bilangan ahli isi rumah. Masukkan negeri di mana anda menetap kini. Masukkan daerah. Masukkan lokaliti anda sama ada di bandar atau di luar bandar. Masukkan umur dan jantina ahli isi rumah anda termasuk ahli isi rumah yang lain. Nilai PAKW anda akan dikira! Cara Menggunakan Kalkulator PAKW dari Website MyPAKW
Layari laman web berikut : mypakw.dosm.gov.my Masukkan bilangan ahli isi rumah. Masukkan negeri di mana anda menetap kini. Masukkan daerah. Masukkan lokaliti anda sama ada di bandar atau di luar bandar. Masukkan umur dan jantina ahli isi rumah anda termasuk ahli isi rumah yang lain. Nilai PAKW anda akan dikira! @pakw.official Eksklusif! Simulasi Nilai PAKW! Ingin tahu bagaimana Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) berubah mengikut umur, jantina dan lokasi? 🤔 Sertai kami dalam penjelajahan interaktif yang mendedahkan perbezaan nilai PAKW antara pelbagai kumpulan umur dan jantina! Jom kita fahami bersama-sama…… #Mypakw #statistiksegalanyapasti #StatsMalaysia
♬ original sound – PAKW Official – PAKW Official Contoh Pengiraan CONTOH 1
Berikut adalah contoh pengiraan bagi individu yang mempunyai :
3 ahli isi rumah 18 – 29 tahun (Perempuan) Berumur lebih dari 60 tahun (Perempuan) Berumur lebih dari 60 tahun (Lelaki) Tinggal di Johor Bahru, Johor (Bandar) CONTOH 2
Berikut adalah contoh pengiraan bagi individu yang mempunyai :
3 ahli isi rumah 18 – 29 tahun (Perempuan) Berumur lebih dari 60 tahun (Perempuan) Berumur lebih dari 60 tahun (Lelaki) Tinggal di luar bandar, Hulu Terengganu Kesimpulannya, Mengambil CONTOH 1 dan CONTOH 2 di atas, sebuah keluarga dengan jumlah isi rumah 3 orang (suami, isteri, bersama 1 anak sudah bekerja).
Nilai PAKW untuk keluarga tersebut jauh bezanya sekiranya tinggal di bandar Johor, ketimbang mereka tinggal di Hulu Terengganu
Ini bermaksud, sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,851 di Hulu Terengganu sudah dapat hidup selesa, tetapi jika mereka tinggal di Johor Bahru mereka memerlukan tambahan hampir RM2,500 sebulan untuk keselesaan hidup yang setara.
Ini adalah kaedah baru yang akan digunakan Kerajaan secara meluas selepas ini untuk merangka dasar, memberikan bantuan, dan pelbagai gerak kerja lain berdasarkan kekuatan statistik dengan sasaran mengoptimumkan sumber negara.
Muat Turun Kalkulator PAKW Anda boleh muat turun secara percuma aplikasi kalkulator PAKW ke dalam telefon anda menerusi pautan berikut:
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.MyPAKW Apps Store: https://apps.apple.com/my/app/mypakw/id6737301329 @pakw.official Laporan HITS MyPAKW menunjukkan bahawa seramai 263,896 pengguna telah melayari dan memuat turun aplikasi MyPAKW setakat hari ini. Terima kasih kepada semua pengguna atas sokongan anda dalam menggunakan aplikasi ini ❤️ #Mypakw #statistiksegalanyapasti #StatistikNadiKehidupan
♬ Relaxed (Sped Up) – MC Mablo Dos Paredões Soalan Lazim (FAQ)





Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut terkini, anda boleh layari mypakw.dosm.gov.my atau lawati laman sosial berikut:
Facebook : https://www.facebook.com/pakwofficial X : https://x.com/PAKW_Official TikTok : https://www.tiktok.com/@pakw.official

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pakw/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakw

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjalanan Ke Arah Hidup Lebih Baik

Perjalanan Ke Arah Hidup Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 59 hits
Kadang kadang bila kita fikir pasal perubahan terus terbayang proses yang rumit sukar dan memerlukan kekuatan luar biasa Tapi sebenarnya semua perubahan yang baik tak perlukan drama besar besaran pun Hanya perlukan satu benda asas iaitu nia...
Lawan Korupsi Bersama Pak Sheikh Adalah Belajar Hidup Roh Ibrahim

Lawan Korupsi Bersama Pak Sheikh Adalah Belajar Hidup Roh Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 56 hits
Lawan korupsi bersama Pak Sheikh adalah belajar hidup Roh Ibrahim 1 Lim Kit Siang otai politik memang mahir dalam ramalan dan hala tuju politik Malaysia 2 LKS buat pendedahan Anwar akan jadi PM yang paling lama Hal ini kerana House of Najib...
Wanita Hilang Hampir 2 Minggu Ditemukan Hidup Dengan Kesan Gigitan Ular Di Pergunungan Snowy

Wanita Hilang Hampir 2 Minggu Ditemukan Hidup Dengan Kesan Gigitan Ular Di Pergunungan Snowy

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 69 hits
Bernama UPILovisa Sjoberg ditemui masih hidup selepas hampir dua minggu hilang di Pergunungan Snowy FOTO X New South Wales Police Washington Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir dua minggu di kawasan Pergunungan Snowy Australia dite...
Sudah Tak Boleh Hidup Dengan Farid Kamil Diana Danielle Minta Peguam Siap Sedia Sejak Bulan Lalu

Sudah Tak Boleh Hidup Dengan Farid Kamil Diana Danielle Minta Peguam Siap Sedia Sejak Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 96 hits
Melalui penjelasan peguam yang mewakili pelakon Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader anak guamnya menuntut cerai untuk kali kedua selepas setahun rujuk dengan suami Farid Kamil Difahamkan Diana sudah meminta Akberdin siap sedia t...
Demi Kelangsungan Hidup Selepas Bersara Kerajaan Kekalkan Larangan Pengeluaran Akaun Persaraan Kwsp Untuk Tujuan Haji

Demi Kelangsungan Hidup Selepas Bersara Kerajaan Kekalkan Larangan Pengeluaran Akaun Persaraan Kwsp Untuk Tujuan Haji

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 84 hits
Kerajaan telah menetapkan bahawa pengeluaran daripada Akaun Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak dibenarkan sebelum mencapai usia persaraan termasuklah bagi tujuan menunaikan ibadah haji Menurut laporan Berita Harian Timbalan Ment...
Kalau Boleh Nak Kerja Ebby Yus Tak Sekuat Dulu Gadai Keris Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup

Kalau Boleh Nak Kerja Ebby Yus Tak Sekuat Dulu Gadai Keris Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 111 hits
Pelakon dan pelawak Ebby Yus tak sekuat dulu selain sudah empat bulan tidak mampu bekerja akiabt menderita sakit lemah jantung serta buah pinggang Memetik laporan Kosmo Online Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid juga terpa...
1 Jam Selepas Subuh Menentukan Bagaimana Hala Tuju Hidup Kita

1 Jam Selepas Subuh Menentukan Bagaimana Hala Tuju Hidup Kita

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 94 hits
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita Jadi apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh 1 Jangan tidur lepas subuh Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah Kalau terlalu penat tunggu w...
Eka Heights Gaya Hidup Baru Dalam Komuniti Yang Pesat Membangun

Eka Heights Gaya Hidup Baru Dalam Komuniti Yang Pesat Membangun

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 182 hits
Bayangkan menikmati kehidupan di tengah tengah alam semulajadi yang tenang dikelilingi kehijauan sambil menikmati pelbagai kemudahan moden yang mudah diakses Mesti best kan Inilah kenikmatan yang ditawarkan oleh Eka Heights sebuah komuniti ...
Tips Hidup Di Era Digital Hati Hati Bahaya Sosial Media Dalam Kehidupan Cinta

Tips Hidup Di Era Digital Hati Hati Bahaya Sosial Media Dalam Kehidupan Cinta

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 102 hits
Disadari atau tidak sosial media pasti berpengaruh pada kehidupan kita terutama kehidupan cinta kita Apa sih pengaruhnya
Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Top Up Biskut Timbang

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

Dream Bike Another Knockout Sportster 1200 Street Tracker By Mule

Kemaskini Str 2025 Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Caranya

Malaysia Can Help Palestine Restore Telecommunications Says Fahmi


echo '';
Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal


Saudara Baru Atc Kraven 100

Bakul Cheh Cha Alor Setar

Tips That Will Help You To Stay Safe When Using Your Phone

Glad2glow Centella Allantoin Soothing Gel Moisturizer

Mencuba Pelembab Muka Safi Hydra Glow

Terjah Food Villa Hatyai 1 Stop Centre