Paklang Kiranya Haziq Seorang Sajalah Yang Hidup Tak Sanggup Nak Iyakan Pemergian Ayah Ibu Adik


Percutian sekeluarga ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki 10 orang ahli keluarga hilang kawalan sebelum terbabas sehingga meragut n 7 nyawa. Hanya 3 orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Namun yang meruntun hati semua apabila anak sulung mangsa yang sedang di rawat di zon kuning bertanya tentang ibu bapanya.
Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4. Mohd Zakri berkata, dia tidak tergamak untuk memberitahu apa yang berlaku kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang kehilangan ibu bapanya iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, selain adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
“Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, menceritakan keadaan anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tujuh sekeluarga maut di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, di samping ibunya, Fatimah Mat Isa, 68. Selain itu anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3, turut maut dalam nahas itu.
Mohd Zakri berkata, kira-kira 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri terjaga sambil bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.
“Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?” Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, hari ini.
Haziq bersama ayah dan adi Katanya, kejadian berlaku ketika dua sekeluarga itu yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands. Dia berkata, dua keluarga itu sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong dan selain bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian, mereka sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu.
“Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang arwah Mohd Zairul dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
“Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa,” katanya.
Mohd Zakri berkata, sementara ibunya, Fatimah yang turut maut dalam kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh selain daripada sempat tidur bersama cucu-cucunya di rumahnya serta rumah abang ketika menyambut Aidiladha lalu.
“Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakangan ini. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.
Dia berkata, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan disemadikan dalam satu liang lahad.
Muhammad Haziq Zikri yang terselamat patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.
PUNCA KEMALANGAN
Mangsa sekeluarga yang menaiki Perodua Alza dipandu Mohd Zairul sebenarnya dalam perjalanan dari Cameron Highlands selepas pulang bercuti menghala ke Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.
Kereta berkenaan seterusnya memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan treler itu yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.

Perodua Alza terbabit kemudiannya terbalik yang menyebabkan kesemua tujuh mangsa maut serta tiga lagi yang cedera parah terperangkap di dalamnya.
Pemandu treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang kepada Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, ketika ditemui di Unit Forensik HRPB berkata, ketika kejadian berlaku ketika semua 10 mangsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.
Katanya, dia dengan Hazliza adalah sepupu yang mana semua mangsa yang menaiki Perodua Alza terbabit berasal dari Serdang, Kedah yang membabitkan dua kampung berbeza.
Sumber: Harian Metro
The post “Paklang, Kiranya Haziq Seorang Sajalah Yang Hidup?” Tak Sanggup Nak Iyakan Pemergian Ayah Ibu & Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/paklang-kiranya-haziq-seorang-sajalah-yang-hidup-tak-sanggup-nak-iyakan-pemergian-ayah-ibu-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 412 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Ibu Ayah Berlumba Nak Anak Pandai Tapi Sayangnya Tak Bagi Main Kotor Memang Rugi

Ibu Ayah Berlumba Nak Anak Pandai Tapi Sayangnya Tak Bagi Main Kotor Memang Rugi

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 377 hits
Zaman sekarang zaman semua hendak cepat Kita ada perkhidmatan fast food drive thru service yang mana boleh jimat masa makan dalam kereta sahaja Bahkan perkhidmatan grab car grab food juga semakin banyak sekarang ni Dari segi pengangkutan se...
Risau Anak Tak Nak Makan Bila Tumbuh Gigi Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Kurangkan Rasa Sakit Si Kecil Masa Teething

Risau Anak Tak Nak Makan Bila Tumbuh Gigi Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Kurangkan Rasa Sakit Si Kecil Masa Teething

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 411 hits
Mama papa mesti seronok bila nampak ada gigi yang mula tumbuh pada si kecil Tapi bila anak mula nak tumbuh gigi mereka biasanya jadi tak selesa dan menolak untuk makan Bila wujud keadaan ini pastinya mama papa risau apa yang perlu dilakukan...
Semua Ibu Cuba Nak Normal Andainya Terpaksa Czer Terimalah Asalkan Ada Penghibur Hati

Semua Ibu Cuba Nak Normal Andainya Terpaksa Czer Terimalah Asalkan Ada Penghibur Hati

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 287 hits
Masa kini banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi komplikasi tertentu Walau apa pun cara kelahiran bayi semuanya ada risiko tersendiri Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean maka makin tinggi ...
Nak Anak Jadi Lebih Bijak Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Nak Anak Jadi Lebih Bijak Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 579 hits
Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu Hal ini kera...
Apa Pilihan Umno Nak Tanggung Qheba Ke Nak Pikul Biawak Hidup

Apa Pilihan Umno Nak Tanggung Qheba Ke Nak Pikul Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 409 hits
Makin bersepah ahli2 Bersatu PPBM yg umum meninggalkan parti mereka samada mereka memilih nak jadi pemerhati politik atau dok tunggu nak bersama dengan Parti PETAI Tun M itu hal mereka Tapi yang menjadi hal kita hal UMNO BN dan hal Muafakat...
Cabaran Seorang Suami Adalah Mentaati Ibu Ayahnya Tapi Perlu Bertanggungjawab Pada Isteri Anak

Cabaran Seorang Suami Adalah Mentaati Ibu Ayahnya Tapi Perlu Bertanggungjawab Pada Isteri Anak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 387 hits
Laki aku sibuk bayar semua komitmen rumah mak ayah dia Barang dapur bil api air duit belanja mak ayah dia Ada la bagi mak ayah aku duit belanja sikit Untuk rumah kitorang dia cuma bayar bil api air je Yang lain semua aku Aku nak bercerai Ri...
Nak Anak Jadi Baik Waktu Siapkan Anak Atau Lepas Solat Doalah Doa Ibu Mustajab

Nak Anak Jadi Baik Waktu Siapkan Anak Atau Lepas Solat Doalah Doa Ibu Mustajab

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 409 hits
Setiap ibu bapa pasti idamkan anak yang soleh dan solehah Namun dalam usaha untuk mencapai impian itu perlu ada usaha dan doa daripada ibu bapa supaya dapat mengiringi perjalanan anak anak dengan lebih baik Perkongsian daripada seorang ibu ...
Anak Anak Tak Boleh Pilih Mak Ayah Kita Yang Kena Pilih Nak Jadi Mak Ayah Yang Macam Mana

Anak Anak Tak Boleh Pilih Mak Ayah Kita Yang Kena Pilih Nak Jadi Mak Ayah Yang Macam Mana

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 330 hits
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak anak kita nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta buta bulat bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini 4...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba