Paklah Hidap Penyakit Demensia Sejak Bersara Khairy Jamaluddin
Paklah Hidap Penyakit Demensia Sejak Bersara – Khairy Jamaluddin.
Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Perdana Menteri Kelima Malaysia, Tun Abdullah Badawi disahkan menghidap penyakit Demensia sejak bersara dari perdana menteri. Hal ini ditegaskan oleh menantunya , Dato Khairy Jamaluddin yang juga merangkap sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.
Pendedahan yang dibuat beliau merupakan pendedahan mengenai penyakit bapa mentuannya yang menghidap Demensia selepas bersara,katanya lagi pendedahan ini dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga yang lain kerana ramai yang tertanya-tanya mengenai kesihatan bekas Perdana Menteri itu yang mesra disapa dengan panggilan Pak Lah.
Paklah Hidap Penyakit Demensia Sejak Bersara – Khairy Jamaluddin
Berkait Penyakit Demensia..
Penyakit Demensia merupakan satu penyakit yang dimana penghidap akan mengalami simpton nyanyuk atau lupa ingatan samaada jangka masa pendek dan panjang. Kebiasaannya Demensia berisika kepada golongan yang berumur.
Ujar Khairy lagi, Keadaan Pak Lah yang sekarang, dia mempunyai masalah mengingati ahli keluarganya yang terdekat. Tambahan pula, Pak Lah mempunyai kesukaran untuk bercakap sejak menghidap penyakit Demensia.
Penyakit Demensia : Umpama Kehdiran Fizikal Tetapi Fikirannya Tiada
Ujar Khairy begitulah seumpamanya keadaan bagi mereka yang menghidap penyakit Demensia. Ia kelihatan seperti yang kita kenal, namun dia mungkin tidak lagi mengingati atau melayan kita seperti selalu.
Pengurusan Kesihatan Pak Lah
Menurut Khairy, beliau dan ahli keluarga menjaganya kerana keadaan sekarang Pak Lah adalah kini berkerusi roda. Hal ini kerana Pak Lah menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan seperti kebiasaan.
Mohon kepada semua rakyat Malaysia untuk terus berdoa agar keadaan kesihatan Pak Lah kembali normal dan memulih. Jasa Perdana Menteri Kelima Malaysia ini wajar diingati apatah lagi pengorbanannya demi rakyat Malaysia tercinta.
Penyakit Demensia Satu Perbincangan
Ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit Demensia atau dikenali sebagai ” Nyanyuk”. Atas sebab faktor umur ia mendorong dan mencatat kes penghidap penyakit Demensia. Semakin berumur anda , semaki berisiko anda terkena penyakit Demensia.
Persoalannya,bagaimanakah saya boleh menghindar daripada terkena penyakit Demensia?
Sudah pasti ramai yang bertanya dalam diri bagaimana untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit Demensia. Sebenarnya, apa yang patut kita lakukan adalah mencegah kerana ada ungkapan :
” Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”
Jadi, jelas kepada kita langkah yang utama kita ambil adalah jalan-jalan mencegah sebelum terkena nanti. Pelbagai usaha yang kita boleh lakukan selagi kita masih mampu untuk mencegah berbanding merawat. Ingat, kita tidaklah selalu sihat dan segar, akan tiba juga masa kita sakit.
Jalan Terbaik Untuk Mencegah Diri Dari Demensia
Teruntuk mereka yang memerlukan pencegahan dari penyakit Demensia di usia tua, anda boleh amalkan tip-tip terbaik untuk mencegah dari Demensia ketika masih diusia muda. Berikut dibawah dikongsikan langkah-langkah pencegahan dari penyakit Demensia:
1.Amalkan Hidup Sihat Dengan Olahraga Secara Berkala
Hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan sendi-sendi otot merupakan satu cara yang boleh kekalkan badan kita sentiasa sihat. Anda boleh rancang jadual untuk bersenam secara berkala dengan aktiviti seperti berjoging, bermain sukan, senam erobik atau berkebun!.
2. Menjaga Otak Untuk Selalu Kekal Aktif
Penyakit Demensia yang menyerang otak yang lemah dan tidak aktif! ingat baik-baik. Jadi, kita mestilah selalu memastikan otak kita melakukan kerja-kerja berfikir dengan baik, tambahkan ilmu pengetahuan dan amalkan pemakanan sihat bagi perkembangan otak. Kajian juga mendapati tambahkan ilmu pengetahuan seperti kerap membaca akan mengurangkan risiko kita terkena Demensia.
3. Kerapkan Pengambilan Bahan Makanan Yang Sihat Dan Bervitamin
Pemakanan sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Apa yang kita makan,itulah acuan tubuh badan kita. Bagaimana kita nak sihat, sebanyak itulah kita perlu menjaga kesihatan. Banyakkan pengambilan vitamin D yang berfungsi rapat dengan kesihatan otak kita.
4. Cukupkan Waktu Tidur Setiap Hari
Tidur merupakan rutin harian yang wajib bagi manusia penuhi. Cukupkan tidur akan buatkan kita menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan baik!
Demikianlah cara-cara pencegahan penyakit Demensia. Amalkanlah selalu gaya hidup sihat untuk kita jalani hidup dengan penuh gembira dan cergas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/09/paklah-hidap-penyakit-demensia-sejak-bersara.html