Kerajaan Diminta Benarkan Jemaah Lakukan Umrah Bermula April


 

Kerajaan diminta untuk memberikan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang mahu menunaikan ibadah umrah seawal pada April tahun ini.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, permintaan tersebut dilakukan dengan mengambil kira bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tamat pada bulan ini.
“Kenapa bulan April? Ia berpandu kepada PKP yang tamat pada 4 Mac 2021.
“Jadi, kalau boleh kita minta kerajaan untuk mula membuka sempadan bagi jemaah pergi umrah pada masa tersebut ataupun pada bulan Ramadan ini iaitu pertengahan April,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas ke Arab Saudi untuk memulakan lawatan rasminya ke beberapa negara di Asia Barat.
Mengulas mengenai lawatan tersebut, Razali berkata, beliau berharap agar kunjungan Perdana Menteri ke Arab Saudi itu dapat membuka mata kerajaan terhadap keadaan di sana dan seterusnya membenarkan rakyat Malaysia untuk menunaikan haji serta umrah.
Menurutnya, kerajaan perlu lebih terbuka dalam hal tersebut kerana kerajaan Arab Saudi telah pun membenarkan kemasukan jemaah Malaysia sejak November tahun lalu.
“Dengan lawatan tersebut, saya minta Perdana Menteri melihat sendiri keadaan di sana dan minta bukalah sempadan untuk orang buat ibadah (umrah).
"Ini kerana Arab Saudi dah lama buka daripada 15 November 2020 untuk Malaysia, kita sahaja yang tidak hantar.
“Jadi kita harap apabila Perdana Menteri pergi dan tengok sendiri keadaan di sana dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya, beliau akan buka sempadan dan membenarkan jemaah Malaysia pergi umrah dan haji,” katanya.
Mengulas mengenai peraturan baharu yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi dalam mewajibkan pengambilan vaksin terhadap jemaah haji dan umrah, Razali berkata, beliau menyokong penuh keputusan tersebut.
Begitupun, beliau berpandangan bahawa kerajaan perlu melakukan sedikit perubahan terhadap pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekiranya mahu membenarkan jemaah Malaysia melakukan umrah dan haji pada tahun ini.
“Jadi kita minta kerajaan pertimbang dan cari cara bagaimana nak selesaikan masalah ini di mana jemaah dah ada visa untuk buat umrah tetapi mereka masih tidak dapat pergi kerana tidak ada vaksin.
“Untuk itu, kita minta kerajaan dapat memberi kebenaran kepada pihak swasta untuk memberikan vaksin Covid-19.
"Ini kerana kalau ikut program vaksinasi kerajaan, kita akan mengambil masa sampai tahun depan,” katanya. AWANI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/kerajaan-diminta-benarkan-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Mula Benarkan Pergerakan Rentas Daerah

Kerajaan Mula Benarkan Pergerakan Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 282 hits
Kerajaan mula benarkan pergerakan rentas daerah Assalamualaikum dan salam sejahtera Rasanya ramai yang menunggu pengumuman kerajaan atau lebih tepatnya Majlis Keselamatan Negara mengenai kebenaran pergerakan rentas daerah Bagi aku yang ting...
Twitter Spaces Akan Dibuka Kepada Semua Bermula April

Twitter Spaces Akan Dibuka Kepada Semua Bermula April

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 302 hits
Spaces ialah jawapan Twitter kepada fenomena Clubhouse Seperti Clubhouse pengguna boleh membuka bilik peribadi untuk melakukan perbualan secara audio di dalam Spaces Selepas mula membenarkan kesemua pengguna memasuki Spaces di susur masa ki...
Terkini Kerajaan Benarkan Rentas Negeri

Terkini Kerajaan Benarkan Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 292 hits
March 9 2021 Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik melibatkan negeri negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula esok Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berpan...
Benarkan Kami Beli Dan Beri Vaksin Pinta Hospital Swasta Kepada Kerajaan

Benarkan Kami Beli Dan Beri Vaksin Pinta Hospital Swasta Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 203 hits
Persatuan yang mewakili hospital hospital swasta di Malaysia menggesa kerajaan mengizinkan ahlinya membeli sendiri bekalan vaksin Covid 19 dan memberikannya kepada masyarakat Ini berikutan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludd...
Rakyat Diminta Ketepi Prasangka Yakini Usaha Kerajaan Tangani Covid 19

Rakyat Diminta Ketepi Prasangka Yakini Usaha Kerajaan Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 217 hits
BernamaTi Lian Ker berkata pengisytiharan darurat dilakukan bagi memastikan segala tumpuan kerajaan akan memfokus sepenuhnya kepada langkah menangani COVID 19 Gambar fail KUALA LUMPUR Orang ramai harus mengetepikan sifat prasangka dan membe...
Amanah Persoal Kerajaan Pn Benarkan Kasino Dan Pusat Judi Beroperasi Ketika Pkp

Amanah Persoal Kerajaan Pn Benarkan Kasino Dan Pusat Judi Beroperasi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 192 hits
February 21 2021 Parti Amanah Negara mempersoal tindakan kerajaan Perikatan Nasional membenarkan kasino dan pusat perjudian kembali beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuat kuasa Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata...
Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 241 hits
Pagi tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan amanat secara langsung di RTM dan menyatakan kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula sempadan akan diberikan sebaik sahaja tahap imunisasi berjaya mencapai tahap y...
Sop Bakal Dikenakan Arab Saudi Kepada Jemaah Umrah

Sop Bakal Dikenakan Arab Saudi Kepada Jemaah Umrah

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 308 hits
Alahamdulilah sepertinyasudah mendapat perkhabaran tentang kebenaran mengerjakan umrah mengikut SOP yang telah ditetapkan Dengan kedengaran berita seperti ini Ramai lah yang akan rasa syukur tidak terhingga dengan perkhabaran yang bergitu d...
Pesawat American Airlines Lakukan Pendaratan Cemas

Pesawat American Airlines Lakukan Pendaratan Cemas

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 182 hits
Pesawat American Airlines lakukan pendaratan cemas Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Mar 2021 2 50PM
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord