Pakej Ransangan Meragukan Pasca Covid 19 Ekonomi Meleset



Lebih daripada sekali pengacara forum Consider This, di Asro Awani semalam bertanya kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, benarkah bantuan yang diumumkan dalam pakej ransangan ekonomi kerajaan Perikatan Nasional (PN) membantu marhaen ‘Makcik Kiah’ dengan nilai bersih RM860 sahaja, bukannya RM4,464 sebagaimana yang diuar-uarkan.
Menteri Kewangan tidak menafikan angka itu, sebaliknya mengelak dan berhujah pakej ransangan bukan mengutamakan berapakah nilai wang yang diperolehi tetapi ‘yang penting makanan untuk meneruskan kehidupan’.
“For #MakcikKiah’s survival.” @melisa_idris and @SharaadKuttan ask Finance Minister @tzafrul_aziz if #MakcikKiah actually saves RM4,464. #ConsiderThis pic.twitter.com/fC7gRbEBW9
Astro AWANI (@501Awani) March 28, 2020

Mungkin inilah nasib Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat tersebut yang memukau dihiasi angka RM250 bilion tetapi jumlahnya diperbesar-besarkan. Malah pakar ekonomi yang lebih rasional melihat tempoh selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah realiti pahit yang tidak diurus secara sebaiknya oleh pakej tersebut.
Banyak perkara tercicir
Pakej ransangan tidak menyediakan peruntukan cukup untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta sektor pelancongan. Subsidi gaji kepada pekerja IKS yang dijangka banyak mengalami kerugian hanya RM600 sebulan untuk tiga bulan.
Sekiranya purata gaji pekerja IKS RM3,000 maka hanya 20% gaji mereka dibantu oleh kerajaan. Berbanding Singapura yang membantu sehingga 70%. Bantuan subsidi 20% dijangka tidak akan membantu IKS yang mengalami kerugian besar daripada membuang pekerja.
Mungkin kerajaan boleh memberi potongan cukai pendapatan syarikat dan sebagainya. Namun suasana ekonomi dunia yang menuju kemelesetan global susulan negara-negara kaya seperti Amerika Syarikat dan Eropah terjejas akibat wabak Covid 19 tidak memungkinkan IKS negara ini selesa bernafas.
Ke manakah pasaran eksport Malaysia ketika rantau kurang terjejas hanyalah Amerika Selatan dan Afrika, yang rata-ratanya tidak mempunyai kuasa beli tinggi.
Pelancongan paling terkesan
Satu lagi sektor yang teruk terpukul adalah pelancongan. Pelancongan tidak dikhususkan dalam pakej ransangan. Persatuan pengusaha pelancongan menuntut dana iklan yang dijimatkan sebanyak RM100 juta daripada promosi Tahun Melwat Malaysia 2020 yang dibatalkan diguna untuk mensubsidi sektor berkenaan.
Tanpa mereka sedar pakej RM250 bilion yang diumumkan itu pun belum jelas dari mana sumber dananya selain penjimatan oleh kementerian-kementerian. Mungkin juga bermakna selepas wabak Covid berakhir maka sektor kerajaan juga tidak mempunyai banyak peruntukan?
Oleh itu, tidak keterlaluan sekiranya pakar ekonomi termasuk dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan pembuangan pekerja akan berlaku sebesar 1 hingga 2 juta orang dalam berbeberapa bulan akan datang. Dengan jumlah itu dan dicampur hampir 1 juta penganguran sedia ada serta lebih 500 ribu graduan tanpa kerja maka suasana ekonomi rakyat amat buruk menjelang 2021.
Subsidi gaji
Malaysia mungkin tidak mempunyai rizab sebesar Singapura dan mampu memberi subsidi gaji sehingga 9 bulan, namun jumlah bantuan perlu lebih besar berbanding RM600 sebulan serta RM1,600 (bantuan prihatin one off).
Sekiranya perniagaan telah terjejas atau muflis, amat sukar sektor itu untuk dibangun/dikukuhkan semula. Tenaga kerja negara sekitar 15 juta orang perlu dipertahankan.
Sekiranya gagal maka kerajaan tidak mungkin berupaya memberi bantuan tunai kepada penganggur yang pasti kesannya akan lebih menekan kewangan negara.
Kendurkan sekatan
Seperkara lagi, kerajaan PN seolah-olah tidak faham rantaian bekalan sehingga menyekat dengan hebat semua pergerakan lori pengangkut dan menutup semua pejabat serta gudang kecuali yang berurusan dengan peruncitan atau ubat-ubatan.
Penutupan terlalu tegas ini misalnya mengakibatkan bekalan makanan kepada sektor ternakan terhenti. Para pekedai makanan haiwan memberitahu bekalan hanya cukup untuk minggu ini. Bagi penternak-penternak besar bekalan mungkin diterima terus dari kilang. Namun bagi penternak bersaiz sederhana, bekalan dedak, gandum dan jagung yang tidak dibenar dihantar ke kedai-kedai amat menjejaskan mereka.
Maka selepas berakhirnya PKP terdapat kemungkinan ladang-ladang ayam dan itik saiz sederhana atau kecil-kecilan akan mengalami kerugian akibat kematian haiwan ternakan. Ini mengurangkan bekalan makanan di pasaran dan menyebabkan harga ayam atau telur akan melambung.
Kaji semula pakej
Dengan harga minyak dunia diramal turun ke paras paling buruk AS$10 setong berbanding AS$25 sekarang dan pendapatan Malaysia yang bergantung kepada sektor petroleum akan terjejas maka adalah lebih baik kerajaan PN mengkaji semula keutamaan pakej ransangannya.
Perniagaan kecil atau penternakan boleh dibiarkan tutup sekiranya negara kaya dan boleh memberi bantuan tunai kepada rakyat sehingga hujung tahun. Jika hanya mampu memberi bantuan sebanyak RM1,600 kepada bergaji bawah RM4,000 dan RM1,000 kepada selebihnya maka wang ini akan habis dibelanjakan membeli topeng muka, cecair pembasmi kuman dan sarung tangan sahaja.
Selepas tempoh PKP rakyat akan mengadapi realiti ekonomi pahit tanpa bantuan lagi. Kerajaan pula yang bergantung sehingga 35% kepada hasil petroleum dalam belanjawan negara pasti menghadapi tekanan hebat kerana Belanjawan 2020 dirangka berdasarkan harga minyak AS$60 setong.
Oleh itu, seruan presiden PKR Anwar Ibrahim agar pakej ransangan diperhalusi wajar dipertimbangkan . Sekurang-kurangnya Anwar pernah dinobatkan sebagai antara Menteri Kewangan terbaik dunia pada 1990an lalu.
Sebaliknya, nasihat Najib agar melaksanakan polisi Cash Is King, mengaburi mata rakyat dengan wang tunai, tidak perlu diikuti kerana polisi itu telah menjebak negara ke situasi keberhutangan tinggi sepanjang beliau menjawat Menteri Kewangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26903

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan Rm4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Rm1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan Rm4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 215 hits
RM1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kita tak menjangka virus Covid 19 semakin menular di Malaysia Malahan berapa negeri berada di situasi zon merah Segelintir lagi masih bebas...
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 263 hits
Pada 27 Mac lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT bertujuan untuk LINDUNGI RAKYAT SOKONGAN PERNIAGAAN dan KUKUHKAN EKONOMI Berikut adalah infografik senarai pengumuman pakej bantuan sempena COVID...
Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan Tsmy Pakej Ransangan Ekonomi Covid19

Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan Tsmy Pakej Ransangan Ekonomi Covid19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 789 hits
Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY Pakej Ransangan Ekonomi Covid19 Sekarang trending mengenai makcikkiah dan semua sosial media menceritakannya Contoh yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhiyudin Yassin memang on point s...
Pakej Ransangan Ekonomi Untuk Bujang Student Ipt

Pakej Ransangan Ekonomi Untuk Bujang Student Ipt

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman hari ini mengenai Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat Muhyiddin berkata menerusi pakej itu semua...
12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 490 hits
Siapa Mak cik Kiah tiba tiba nama Makcik Kiah kini trending dan heboh diperkatakan oleh nitizen Rata rata tahu akan siapa makcik ini dan ada juga yang tidak ketahui siapa makcik yang disebut sebut ini Dimana Cik Kiah Avengers VersionSebelum...
Laksana Segera Pakej Ransangan Ekonomi Kedua Dr Xavier

Laksana Segera Pakej Ransangan Ekonomi Kedua Dr Xavier

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 207 hits
Laksana segera pakej ransangan ekonomi kedua Dr XavierOleh March 20 2020Kerajaan Perikatan Nasional digesa memulakan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi menangani wabak Covid 19 selain menggantung kegiatan urus niaga dagangan di Bursa Malay...
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantu Kontraktor Bumiputera G1 Yang Terkesan Covid 19

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantu Kontraktor Bumiputera G1 Yang Terkesan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 227 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu kontraktor Bumiputera G1 yang terkesan COVID 19Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Seri Mohamed Fadzill HassanLaksanakan PRE 2020 untuk bantu kontraktor Bumiputera G1 yang terkesan Covid 1...
Cara Tebus 1gb Internet Percuma Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Cara Tebus 1gb Internet Percuma Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 960 hits
Cara Tebus 1GB Internet Percuma Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat Perintah Kawalan PergerakanDi dalam Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat 2020 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac ya...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 478 hits
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIABismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Apa khabar semua Seper...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip