Pakej Rangsangan Gagal Tangani Isu Berkait Pekerja Kata Matta




Sebuah persatuan pelancongan kecewa dengan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan perdana menteri petang tadi kerana gagal menangani isu utama dalam mengekalkan pekerjaan.
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) berkata, pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion itu tidak memenuhi keperluan syarikat pelancongan, khasnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta isu berkaitan pengekalan pekerja.
“Apa yang akan berlaku selepas bantuan selesai diberikan menjelang Mei dan pekerja mendapati mereka kehilangan kerja kerana syarikat mereka terpaksa gulung tikar,” kata Presiden Matta, Tan Kok Liang dalam kenyataan hari ini.
Pakej itu diumumkan Muhyiddin Yassin untuk menangani kesan pandemik Covid-19 yang terdiri daripada RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi perniagaan dan PKS serta RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi negara.
Ia termasuk bantuan RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja berpendapatan RM4,000 ke bawah bagi pendapatan syarikat yang merosot lebih 50% sejak 1 Jan lalu.
Tetapi, Tan berkata, industri pelancongan yang mempunyai 3.5 juta pekerja, mengalami kemerosotan hasil sebanyak 90% bulan ini dan dianggarkan rugi sepenuhnya bagi 3 bulan berikut, yang mungkin memaksa syarikat, khasnya PKS memberhentikan pekerja.
Katanya, perniagaan berkaitan pelancongan menunjukkan kemungkinan pekerja dikurangkan antara 70% hingga 90% dalam beberapa bulan lagi.
“Pakej yang diumumkan kerajaan itu tidak menangani keperluan asas perniagaan dan akan menyebabkan syarikat terpaksa memberhentikan pekerja untuk kekal dalam perniagaan.”
Beliau berkata, walaupun majikan dan pekerja sanggup bertolak ansur untuk mengekalkan pekerja, kerajaan bagaimanapun “menjadikannya agak sukar bagi semua orang”.
Ini termasuk penangguhan sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manakala subsidi RM600 untuk mengekalkan pekerja disertakan “kriteria kelayakan yang dipertikaikan”.
“Pekerja boleh menikmati sedikit kelegaan pada April dan sebahagiannya pada Mei, tetapi selepas itu, dengan prospek pengurangan tenaga kerja, mereka pada dasarnya perlu berdepan kesan itu sendiri.”
Terdahulu, Persatuan Hotel Malaysia kecewa dengan pakej rangsangan ekonomi terbaru itu yang disifatkan di bawah jangkaan mereka kerana ia kedengaran mengagumkan, tetapi industri yang terjejas secara langsung oleh Covid-19 memerlukan lebih banyak bantuan.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/28/pakej-rangsangan-gagal-tangani-isu-berkait-pekerja-kata-matta/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakej-rangsangan-gagal-tangani-isu-berkait-pekerja-kata-m

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 380 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat sebanyak RM250 bilion yang diumumkan perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk menangani impak Covid 19 sangat menyeluruh menepati sasaran dan adil Mohamad b...
Pakar Puji Subsidi Isi Rumah Gaji Pekerja Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi

Pakar Puji Subsidi Isi Rumah Gaji Pekerja Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 270 hits
Pakar ekonomi memuji Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang anatara lain memberi subsidi isi rumah dan menangani isu pekerja yang terjejas oleh pandemik Covid 19 Mereka secara khusus memuji bagi memba...
Peruntukan Pakej Rangsangan Oleh Pm Sangat Bermakna Kepada Oku

Peruntukan Pakej Rangsangan Oleh Pm Sangat Bermakna Kepada Oku

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 383 hits
PERUNTUKAN PAKEJ RANGSANGAN OLEH PM SANGAT BERMAKNA KEPADA OKU https chat whatsapp com D666mZWGibC49nYhOZ2czp WhatsApp https t me johortimes Telegram
Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 893 hits
Perdana Menteri mengumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat PRIHATIN di mana ada beberapa golongan yang akan jadi penerima bantuan one off daripadanya Pakej Rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfa...
Pakej Rangsangan Antara Duit Kerajaan Dan Duit Rakyat

Pakej Rangsangan Antara Duit Kerajaan Dan Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 488 hits
Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Antara yang tersurat dan tersirat dalam Pakej Rangsangan BANYAK juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang ...
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Berita Baik Untuk Semua

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Berita Baik Untuk Semua

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 499 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Berita Baik Untuk SemuaAlhamdulillah baru dengar pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 daripada PM Nampak keprihatinan pada seluruh rakyat pelbagai peringkat Ada rezeki untuk setiap individu untuk menyimpa...
Terima Kasih Pembentangan Pakej Rangsangan Dan Inisiatif Tambahan Buat Rakyat Zahid

Terima Kasih Pembentangan Pakej Rangsangan Dan Inisiatif Tambahan Buat Rakyat Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 350 hits
Hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat bagi melindungi rakyat menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID 19 Sehubungan i...
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 381 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dapat membantu semua lapisan rakyat di negara Malaysia yang ketika ini dilanda wabak covid 19Pakej Rangsangan E...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 730 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998