Pakej Rangsangan Antara Duit Kerajaan Dan Duit Rakyat


A Kadir Jasinبِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.

Antara yang tersurat dan tersirat dalam Pakej Rangsangan

BANYAK juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi.

Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya, izinkan saya menulis semula nukilan bertajuk "Pakej Kiah Tertipu".


Rencana tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut:


1. Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10% atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita.


2. Namun kita alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang.


3. Kalau kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu?


4. Jawapannya adalah sebahagian besar – mungkin hingga 90 peratus – daripada jumlah RM250 bilion itu adalah kemudahan kewangan. Kemudahan kewangan tidak sama dengan peruntukan kewangan.


5. Kalau begitu, dari manakah datangnya baki RM228 bilion pakej itu? Jawabnya daripada duit rakyat jelata sendiri yang wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan di bermacam-macam tempat.


6. Misalnya, RM100 bilion adalah dalam bentuk penangguhan bayaran balik hutang rakyat jelata kepada bank. Duit kita sendiri. Bank hanya tangguh sementara. Lambat laun kena bayar juga.


7. Kemudian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) benarkan kita yang ada simpanan untuk keluarkan sebahagian daripadanya. Jumlah itu dianggarkan RM40 bilion. Sekali lagi duit kita, bukan duit kerajaan.


8. Kita juga dibenarkan tangguh caruman kepada KWSP dan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau Human Resource Development Fund (HRDF) untuk selama enam bulan yang jumlah besarnya RM6 bilion serta jaminan pinjaman daripada Danajamin sebanyak RM50 bilion. Semua ini duit rakyat sendiri. 


9. Muhyiddin bagi contoh seorang suri rumah yang dia bagi nama Makcik Kiah. Makcik Kiah ni suami dia pesara tapi terus bekerja sebagai pemandu Grab dan ahli Rela, ada anak seorang. Tapi bukan semua orang macam Makcik Kiah. Muhyiddin kata, dengan semua kemudahan yang dia umumkan itu, Makcik Kiah dan keluarganya akan dapat penjimatan RM4,464. Tapi penjimataan sebenar hanyalah RM864 pasal pinjaman kereta (RM1,800), PTPTN (RM1,200) dan kredit mikro (RM600) yang jumlahnya RM3,600 akhirnya kena bayar balik juga.


10. Sebenarnya Makcik Kiah hanya jimat sewa rumah PPR sebanyak RM744 dan bil letrik RM120 sebulan. Jadi yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 bukan RM4,464.


11. Macam mana pula dengan Makcik Limah, seorang suri rumah yang tinggal di Kampung? Suaminya bekerja di kedai tomyam bergaji hari. Anak tiga orang masih di sekolah rendah. Jumlah bantuan prihatin RM1,600 dan baki Bantuan Sara Hidup RM600. Jumlah semuanya RM2,200. Jauh lebih rendah daripada yang Muhyiddin sebut dalam ucapan di televisyen.
Muhyiddinomics: merangsangkan Mak Cik Kiah
12. Bantuan kepada Mak Cik Kiah bukan setiap bulan tapi hanya sekali sahaja dan akan dibayar dua kali, setengah setengah.
13. Ramai orang akan hilang pekerjaan. Kerajaan hanya bayar RM600 subsidi upah kepada majikan. Tapi syarikat yang tidak ada pendapatan akan tetap buang pekerja atau tutup terus. RM600 terlalu sedikit bagi membantu atau menggalakkan majikan terus bayar gaji atau mengekalkan pekerja. Sebagai perbandingan, Kerajaan Singapura bayar sehingga 75% daripada gaji pekerja. Jika gaji S$4,500 Kerajaan Singapura bayar S$3,375 untuk tempoh sembilan bulan. Kita bagi tiga bulan sebanyak RM600. Ini tidak cukup untuk mengelak jutaan pekerja kilang daripada dibuang.
14. Bantuan baru kepada mereka yang hilang sumber pendapatan kerana dibuang kerja antara RM500 dan RM1,600 (bantuan prihatin) pun dibayar sekali saja.
15. Sebagai perbandingan, kos sara hidup di Kuala Lumpur untuk suami isteri dan dua orang anak adalah RM6,700 sebulan. Di Singapura, kerajaan bagi S$800 (kira-kira RM2,400) sebulan selama tiga bulan kepada yang hilang pekerjaan. Bagi yang kerja sendiri, kerajaan mereka bagi S$1,000 (RM3,000) sebulan selama sembilan bulan. Kita bagi sekali saja.
15. Menurut Kementerian Kewangan, kadar pertumbuhan ekonomi dijangka tidak turun di bawah sifar (0 peratus). Tapi ramai ahli ekonomi menganggarkan yang ekonomi akan menguncup dan sekurang-kurangnya sejuta orang akan hilang pekerjaan.
16. Kesimpulannnya, Mak Cik Kiah janganlah mudah tertipu. Bantuan yang diberikan terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk mengatasi mala petaka ekonomi ini. Kerajaan masih kedekut. Peruntukan kewangan sebenar hanyalah sekitar RM22 bilion bukan RM250 bilion seperti yang diuar-uarkan. Malah jumlah ini termasuk RM20 bilion daripada pakej yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari lalu.
17. Orang yang tidak faham ekonomi dan kewangan tentu seronok sebab dapat sedikit bantuan yang meringankan sedikit beban. Tapi orang faham ekonomi dan kewangan akan membuat analisis dan simulasi yang lebih luas dan mendalam.
Wallahuaklam. Terima kasih.
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/03/pakej-rangsangan-antara-duit-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 683 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 360 hits
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat Assalamu alaikum Semenjak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 380 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion yang baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion Pakej ini melibatkan semua ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 400 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah Teruja dengan penuh khusyuk bila PM8 mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN tempohhari Sambil dok dengar tu sambil membuat ulasan kecil...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 333 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 301 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan khas secara one off kepada pemandu e hailing yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid 19 Lebih Info akan
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 432 hits
Salam to all readers Sekali lagi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhiyyidin Yassin melakukan siaran langsung petang semalam Kali ini berkenaan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat gara gara covic 19 ramai orang dapat impak Jadi bagi mengur...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini Pm

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini Pm

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 275 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang lebih menyeluruh Kawan kawan saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan pakej ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 281 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan elaun khas kepada anggota keselamatan melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan maklumat
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions