Pakej Prihatin Malaysia Jauh Lebih Baik Dari Negara Lain


Harap majikan tak ambil kesempatan pakej rangsangan ekonomi
28/03/2020
Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain termasuk Indonesia dan India dalam menumpukan kebajikan rakyat ketika krisis penularan COVID-19, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan, semalam.

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, pakej rangsangan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jauh lebih banyak daripada apa yang beliau jangkakan.

Menyifatkan kerajaan cakna dengan keadaan semasa rakyat ketika ini, beliau berkata, PRIHATIN adalah pakej rangsangan menyeluruh dan bersifat inklusif kepada semua rakyat, termasuk kumpulan M40.

“Pakej ini adalah kerjasama yang baik antara kerajaan dan institusi kewangan dan syarikat milik kerajaan (GLC). Ianya pakej yang memberi tumpuan kepada rakyat.

“Seperti kenyataan Menteri Kewangan sebelum ini, di mana kedudukan fiskal negara memang kukuh – di mana rizab negara adalah RM400 bilion. Maka, tempoh genting seperti sekarang, rizab ini perlu digunakan demi menolong rakyat dan memulihkan ekonomi negara selepas Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Muhyiddin dalam perutusan khasnya semalam, mengumumkan sejumlah RM250 bilion diperuntukan oleh kerajaan yang mana memperlihatkan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Manakala, sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Dr Abu Sofian bagaimanapun tidak menafikan kemungkinan ada sektor atau industri yang mendapat manfaat secara terus melalui pakej ini, namun mengharapkan pihak majikan tidak mengambil kesempatan.

“Majikan sepatutnya menyokong dan menolong kerajaan memulihkan ekonomi negara, sebagai contoh jika ada pemilik bangunan boleh mengurangkan atau kecualikan sewa bulanan dalam dua hingga tiga bulan kepada penyewa supaya mereka boleh mengurangkan beban operasi mereka.

“Insya-Allah sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka, pakej rangsangan dapat memulihkan ekonomi dan seterusnya kerajaan dapat menjana pendapatan serta memberikan Bajet 2021 yang lebih memberangsangkan.

“Sama-samalah kita doakan semoga wabak ini segera berakhir dan Malaysia kembali mengaktifkan ekonominya,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/pakej-prihatin-malaysia-jauh-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Andai Malaysia Lockdown Macam Negara Lain Yang Teruk Kena Coronavirus Apa Kita Kena Buat

Andai Malaysia Lockdown Macam Negara Lain Yang Teruk Kena Coronavirus Apa Kita Kena Buat

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 475 hits
Andai Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus apa kita kena buat First Tenang Dan bertindak sewajarnya Lockdown ni terkurung sikit je Bukan macam Palestin yang kena kurung makanan dan perlindungan semua tak ada ada m...
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 366 hits
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat Assalamu alaikum Semenjak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan
Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus Covid 19 Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat

Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus Covid 19 Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 332 hits
Cara negara kita mengendalikan situasi penularan COVID 19 mendapat pujian seorang warga Amerika Syarikat berkata biarpun Malaysia bukan negara dunia pertama namun cara kerajaan menguruskan krisis tidak mengetepikan penduduk pedalaman Kami b...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 488 hits
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIABismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Apa khabar semua Seper...
Covid 19 Rakyat Malaysia Yang Prihatin Contohi Negara China Buat Kain Rentang Perli Rakyat Yang Degil

Covid 19 Rakyat Malaysia Yang Prihatin Contohi Negara China Buat Kain Rentang Perli Rakyat Yang Degil

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 511 hits
Gambar yang tular di dalam media sosial ini telah mendapat pujian para netizen yang rata rata memuji individu yang menggantung kain rentang tersebut Sebelum ini tular tindakan pemerintah di China yang menaikkan kain kain rentang yang memerl...
Inisiatif Kerajaan Cukup Baik Namun Adalah Wajar Subsidi Upah Prihatin Perlu Ditingkatkan Norliza

Inisiatif Kerajaan Cukup Baik Namun Adalah Wajar Subsidi Upah Prihatin Perlu Ditingkatkan Norliza

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 277 hits
Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim berpandangan masih terdapat ruang penambahbaikan berhubung inisiatif kerajaan berkaitan Subsidi Upah yang diumumkan oleh kerajaan baru baru ini Menurut beliau inisiatif yang diumumka...
Semalam Untuk Hari Ini Lebih Baik 10065

Semalam Untuk Hari Ini Lebih Baik 10065

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 369 hits
tyrazalhe in the futureBANGI 4 Syaaban 1441H Ahad Tiada pelaksanaan solat Jumaat solat fardu secara berjemaah dan sebarang aktiviti di semua masjid di negeri Perak dalam tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan Ke...
Saya Dah Lihat Banyak Kematian Tapi Apa Yang Berlaku Kepada Pesakit Covid 19 Jauh Lebih Menyedihkan Doktor

Saya Dah Lihat Banyak Kematian Tapi Apa Yang Berlaku Kepada Pesakit Covid 19 Jauh Lebih Menyedihkan Doktor

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 690 hits
Setakat ini seramai 3 kematian dicatatkan daripada lebih 1 000 pesakit COVID 19 dengan 26 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi Pemergian kedua dua pesakit itu meruntun hati banyak pihak termasuk para petugas kesihatan yang seringkali men...
Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur