Pakatan Rahsia Elizabeth I Turki Uthmaniyyah


Semua sedia maklum hubungan antara raja-raja Eropah dengan pihak gereja ada pasang surutnya. Ada ketikanya, mereka menjadi orang kepercayaan Vatican dalam konflik seperti Perang Salib dan Reconquista. Dan adakalanya, mereka menjadi duri dalam daging kepada gereja sehingga pihak gereja memutuskan hubungan dengan mereka. Ini memaksa sesetengah pemerintah mengadakan pakatan baru bagi menjamin keselamatan negara mereka dari ancaman negara-negara musuh. Dalam kes Elizabeth I, selepas Vatican memutuskan hubungan dengan London pada abad ke-16, baginda mula mengadakan hubungan rapat dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Kisah berkenaan agama Islam tiba di England pada abad ke-11 atau lebih tepat semasa Perang Salib. Ketika itu, negara-negara Eropah menyahut seruan Paus untuk bangkit dan merampas Baitulmaqdis dari penguasaan umat Islam. Dan kebiasaannya, persepsi mereka terhadap Islam bukan saja bersifat perkauman tetapi kadangkala hingga ke tahap radikal. Maka tidak hairanlah, sesetengah ahli teologi gereja ketika itu menyifatkan Islam sebagai agama pagan atau agama sesat yang muncul dari tradisi Kristian-Yahudi. William Langland dalam Pier’s Plowman (1370-1386) misalnya menggelar Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang lelaki Kristian yang tersalah memilih agama. Manakala Chauncer dalam manuskrip Canterbury’s Tale (1387-1400) menggelar penduduk Syam sebagai pelik.
Namun, selepas kejayaan Mehmed II atau Sultan Muhammad al-Fatih merealisasikan ramalan Nabi s.a.w semasa Perang Khandak iaitu penawanan Constantinople pada tahun 1453, kerajaan Turki Uthmaniyyah muncul sebagai satu kuasa yang digeruni di Eropah dan menjadi ancaman kepada kerajaan-kerajaan Eropah terutama di Eropah Timur. Maka tidak hairanlah, Henry Tudor atau Henry VII sudah berkira-kira mengadakan pakatan dengan Turki Uthmaniyyah yang dilihat dapat menjamin kepentingan kedua-dua kerajaan di benua tersebut. Baginda dikatakan suka memakai pakaian buatan Turki Uthmaniyyah termasuk memakai pakaian daripada sutera dan baldu. Malah pada satu ketika, Henry VII turut berkira-kira membentuk pakatan England-Perancis-Turki pada tahun 1533 bagi melawan ancaman negara-negara Roman Katolik diketuai Maharaja Charles V. Namun, rancangan tersebut tidak berhasil berikutan kedudukan England hanyalah sebagai pemain minoriti dalam struktur kuasa-kuasa besar ketika itu.
Pada masa sama, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan para pedagang Eropah terhadap dekri yang dikeluarkan Paus berkenaan soal perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Islam. Bukanlah satu rahsia Venice membakulsampahkan dekri gereja dan meneruskan hubungan dagang yang sedia wujud antara mereka dengan kerajaan-kerajaan Islam termasuk Turki Uthmaniyyah. Dan bagi pedagang-pedagang Inggeris, mereka turut mengadakan hubungan dagang rahsia dengan pemerintah negeri-negeri Barbar (koleksi negeri-negeri kecil Barbar) yang meliputi sebahagian kawasan di Algeria, Maghribi dan Tunisia.
Selepas Elizabeth I menaiki takhta, pihak gereja menyifatkan fahaman Protestan yang dipegang baginda sebagai memalukan dan menyifatkan kenaikan baginda sebagai pemerintah England dan ketua gereja sebagai tidak sah. Atas sebab itulah, Paus Pius V memutuskan hubungan dengan England pada tahun 1570. Bagi Elizabeth I dan para penasihatnya seperti Robert Cecil dan Sir Francis Walsingham, ia sebenarnya membuka peluang kepada mereka bukan saja membentuk pakatan dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan Dinasti Safavid di Parsi. Malah, ia sebenarnya membuka ruang kepada London untuk menambah kekayaan negara dan membuatkan semua pesaing mereka menggigit jari.
Hubungan dagang kedua-dua negara sudah terjalin bermula pada 1553 melalui seorang saudagar sutera bernama Anthony Jenkinson. Jenkinson diberi peluang bertemu dengan pemerintah Uthmaniyyah bernama Sultan Sulaiman al-Qanuni semasa berada di Aleppo. Hasil dari pertemuan tersebut, England diberi hak perdagangan bebas di semua wilayah jajahan Uthmaniyyah. Sekembalinya ke England, Jenkinson dilantik sebagai wakil Syarikat Muskovy (sebuah syarikat perdagangan untuk aktiviti dagang di Rusia) dan dihantar ke Parsi untuk bertemu dengan Shah Tahmasp I dari Dinasti Safavid.
Walaupun hubungan dagang kedua-dua negara pada awalnya berjalan lancar, kos kewangan memaksa mereka memfokuskan usaha dagang dengan Turki Uthmaniyyah dan negeri-negeri Barbar. Gagasan ini diperjuangkan oleh Walsingham yang mencadangkan penghantaran seorang duta merangkap pedagang Inggeris dihantar ke Islambul (nama baru Constantinople) bagi mengadakan pakatan strategik dengan Sultan Murad III. Pada tahun 1579, seorang saudagar bernama William Harborne tiba di Islambul dengan membawa idea penubuhan sebuah syarikat bernama Syarikat Levant. Ia merupakan satu lagi bentuk hubungan dagang antara kerajaan Uthmaniyyah dengan England di mana syarikat berkenaan diberi taraf diraja pada tahun 1581. Malah, Sultan Murad III turut member status zimmi kepada Harborne dan rakan-rakan pedagang Inggeris, satu status yang banyak membantu mereka sekiranya mereka berdagang di wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Hubungan rapat London-Islambul ini nyata menimbulkan kemarahan negara-negara Roman Katolik termasuk Sepanyol. Sepanyol yang sudah hilang akal bagaimana hendak menangani ancaman armada Hayruddin Barbarossa kini merasa terancam dengan kekayaan England ketika itu. England menjadi makmur semasa era Elizabeth I kerana lambakan emas yang ditukar dengan bekalan besi bagi membantu kerajaan Uthmaniyyah dalam kempen perang mereka bukan saja terhadap Sepanyol/Portugal tetapi juga terhadap Dinasti Safavid. Duta Sepanyol Bernadino de Mendoza yang berang dengan keakraban London-Islambul mencadangkan pihak gereja melabel sesiapa saja yang bekerjasama dengan musuh-musuh gereja sebagai murtad dan patut diperangi habis-habisan.
Hubungan London-Islambul ini bukan setakat pada tahap perdagangan sahaja. Malah, ia turut menjangkau kepada hubungan pakatan politik antara kedua-dua pemerintah iaitu Elizabeth I dan Murad III. Dalam satu suratnya kepada pemerintah Uthmaniyyah itu, baginda menggelar dirinya sebagai pelindung agama Kristian dan menggelar Murad III sebagai pemerintah paling berdaulat dari Empayar Timur. Mereka berdua saling berutus surat dan ianya berterusan sepanjang dekad 1580-an. Hubungan Elizabeth I dengan baginda terus akrab walaupun selepas kemangkatan Murad III pada tahun 1595. Hubungan itu diteruskan menerusi koresponden surat antara baginda dengan bonda Murad III, Nurbanun Sultan termasuk bertukar hadiah seperti kereta kuda dan jam organ yang dihantar ke Islambul pada 1599 oleh Elizabeth I.
Sementara Harborne pula terus berada di istana Uthmaniyyah sebagai wakil London sehinggakan golongan pembesar di situ memanggilnya duta Lutheran. Semasa di Islambul juga, beliau memeterai perjanjian pakatan Inggeris-Turki pertama yang dipanggil Capitulations di mana ia terus berkuatkuasa sehinggalah kejatuhan kerajaan berkenaan pada tahun 1923. Perjanjian tersebut member hak kepada pedagang-pedagang Inggeris berdagang dengan bebas di wilayah-wilayah Uthmaniyah dari Aleppo hingga Kaherah. Dan terima kasih kepada pengaruh halus Harborne dalam istana Uthmaniyyah, sebarang usaha yang membawa kepada perjanjian damai Sepanyol-Turki berakhir dengan kegagalan. Salah satu kenalannya ialah seorang pedagang bernama Samson Rowlie atau nama Islamnya Hassan Aga. Pada tahun 1577, Rowlie ditangkap lanun-lanun Turki di luar perairan Algiers, dipotong alat sulitnya dan diislamkan oleh mereka. Beberapa tahun selepas itu, beliau menjadi penasihat wakil Uthmaniyyah di Algiers dan langsung tidak berminat untuk kembali ke England.
Selain membentuk pakatan politik dengan Turki Uthmaniyyah, kerjasama perdagangan antara London dengan negeri-negeri Barbar diteruskan menerusi pembentukan sebuah syarikat dipanggil Syarikat Barbary. Sebagai tukaran kepada komoditi emas dan gula, pihak Barbar mendapat besi dan kain buatan England. Pengaruh Barbary, Turki dan Parsi masih kekal hingga ke hari ini dan boleh dikesan dalam Bahasa Inggeris yang digunakan oleh kebanyakan penduduk dunia. Antara perkataan Inggeris yang ada elemen Turki dan Parsi ialah tulip (diambil dari sebutan Turki bagi perkataan Parsi dulband atau turban). Malah, hiasan dalaman istana Elizabeth I turut mengandungi permaidani berkualiti yang diimport dari dua kerajaan berkenaan.
Skala pakatan England-Turki bukan saja diterjemah dalam bentuk pakatan politik dan perdagangan tetapi juga dalam bentuk aktiviti kesusasteraan. Antara tahun 1579 hingga 1624 menyaksikan 62 pementasan teater membabitkan watak-watak beragama Islam seperti Spanish Tragedy (1587) dan Battle of Alcazar (1589). Fenomena ini mencapai kemuncak pada tahun 1590-an membabitkan 20 teater dan ia turut mempengaruhi beberapa drama William Shakespeare seperti Othello.
Kisah Othello ini diinspirasikan dari kisah seorang duta Maghribi bernama Muhammad al-Annuri yang tiba di London pada tahun 1600 dengan samara sebagai anggota delegasi perdagangan yang menuju ke Aleppo. Semasa menghadap Elizabeth I, beliau mencadangkan agar England mengadakan pakatan dengan mereka untuk memerangi kedudukan Uthmaniyyah di Afrika Utara. Bagaimanapun, rundingan tersebut berakhir dengan kegagalan kerana keinginan baginda menjaga pakatan sedia ada dengan Turki dan keengganan mereka enggan melawan Sepanyol bersama England. Latar belakang al-Annuri menjadi inspirasi kepada watak Othello yang diperkenalkan Shakespeare dalam pementasan teater berkenaan.
Bagaimanapun, hubungan ini tidak diteruskan semasa era Raja James I lebih-lebih lagi selepas memeterai Perjanjian London 1604. Perjanjian berkenaan menamatkan sengketa yang berlarutan sejak sekian lama antara London dengan Madrid, sekaligus apa-apa pakatan yang dilaksanakan sebelum ini tidak lagi diteruskan. Namun, aktiviti perdagangan yang digerakkan semasa Elizabeth I diteruskan menerusi penubuhan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang ditubuhkan pada tahun 1600 dan membantu melaksanakan cita-cita imperialisme England/Britain pada abad ke-18 dan 19 Masihi di seluruh dunia termasuk Kepulauan Nusantara.
SUMBER
Brotton, Jerry. (2018). HistoryExtra. Elizabethan England’s relationship with the Islamic world. http://bit.ly/2RaKfJS

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/pakatan-rahsia-elizabeth-i-turki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Rahsia Raja Raja Penentu Agong Timbalan Yang Baharu

Undi Rahsia Raja Raja Penentu Agong Timbalan Yang Baharu

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 953 hits
KUALA LUMPUR Susulan peletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V petang ini Majlis Raja Raja dijangka bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memilih dan melantik Yang di Pertuan Agong yang ke 16 Laman web rasmi Majlis Raja Raja yang dikemas k...
Lirik Lagu Di Sebalik Rahsia Cinta Metropolitan

Lirik Lagu Di Sebalik Rahsia Cinta Metropolitan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 855 hits
Lirik Lagu Di Sebalik Rahsia Cinta Metropolitan Pertemuan ini bagaikan terbuka Satu rahsia didalam rahsia Ketika kita sama dikota cinta Kenikmatan pengabdian yang suci Dan di waktu itu kau dan aku satu Berlindung di dalam kebesaran Tiada ke...
Rahsia Sebutharga Bagaimana Mewujudkan Trust Kepada Pegawai Kerajaan

Rahsia Sebutharga Bagaimana Mewujudkan Trust Kepada Pegawai Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 350 hits
Salam Cer cite sikit bro Terdapat 3 elemen utama dalam mewujudkan trust kepada jabatan kerajaan Mereka tidak akan pandang betapa hebatnya produk atau servis yang anda miliki Apa yang dipandang adalah 1 Jabatan mana yang pernah pakai produk ...
Rahsia Didik Anak Soleh Bangun Pagi Peluk Sekurangnya 3 Kali Usap Kepala Dan Selawat

Rahsia Didik Anak Soleh Bangun Pagi Peluk Sekurangnya 3 Kali Usap Kepala Dan Selawat

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 479 hits
Ibu bapa guru pertama anak Nak pastikan anak kita soleh baik tingkah lakunya biasakan dengan didikan sempurna Apa amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk jadikan anak kita soleh dan solehah Berikut antara 5 tipnya 1 Bangun pagi pelu...
Rahsia Awet Muda Dengan Susu Kunyit Badam Madu

Rahsia Awet Muda Dengan Susu Kunyit Badam Madu

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 298 hits
Wajah kemerah merahan tak payah bersolek pun dah cantik Cemburu betul tengok wanita yang mempunyai kulit begini kan Sebenarnya impian untuk menjadi flawless boleh menjadi realiti kalau setiap wanita sanggup mengamalkan petua semula jadi ini...
Dr Mahathir Pecah Rahsia Dedah Malaysia Mungkin Teruskan Ecrl Pada Skala Lebih Kecil

Dr Mahathir Pecah Rahsia Dedah Malaysia Mungkin Teruskan Ecrl Pada Skala Lebih Kecil

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 367 hits
Dr Mahathir Pecah Rahsia Dedah Malaysia Mungkin Teruskan Ecrl Pada Skala Lebih Kecil
Rahsia Khasiat Cuka Kurma Untuk Kesihatan

Rahsia Khasiat Cuka Kurma Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 423 hits
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah buahan seperti tamar epal anggur dan tin yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol seterusnya menjadi yis bertukar men...
Belum Konvo Lagi Dah Dapat Kerja Apa Rahsia

Belum Konvo Lagi Dah Dapat Kerja Apa Rahsia

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 296 hits
Belum Konvo Lagi Dah Dapat Kerja Apa Rahsia Jika kita sentiasa ada semangat nak berusaha untuk jadi lebih maju kedepan kita harus yakin yang kita mampu melaksanakannya pesaing hidup yang sebenar adalah diri kita sendiri Baca perkongsian dar...
Nak Tau Rahsia Mencipta Hubungan Mawaaddah Dalam Rumah Tangga Baca Ini

Nak Tau Rahsia Mencipta Hubungan Mawaaddah Dalam Rumah Tangga Baca Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 346 hits
Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga Baca ini Assalamualaikum wbt Jom baca perkongsian menarik ni Semoga bermanfaat Gambar diubahsuaidari carian Google Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga B...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar