Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mengingatkan parti itu supaya tidak “terpesona dengan nafsu” berhubung spekulasi kerajaan campuran membabitkan Bersatu, UMNO dan Pas.Jelas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, “pesona nafsu” sangat merbahaya dan dalam politik perlu ada kejelasan dan tujuan “lamaran”.”Kepada kita yang dilamar ini, janganlah terlalu berbunga-bunga hati kita. Jangan berasa terlalu didambakan. Jangan sesekali terburu-buru hanya kerana sekali dua telah bertentang mata. Pesona nafsu kekadang sangat merbahayakan.”
Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa pula mengatakan ura-ura pembentukan Pakatan Nasional hanyalah polemik politik semata-mata kerana lima parti dalam PH masih bekerjasama erat antara satu sama lain.“Selagi PH kekal sebagai satu ‘coalition’ yang telah pun berjaya membentuk kerajaan berikutan mandat yang diberikan rakyat pada PRU14 lalu, selama itulah teori-teori Pakatan Nasional ini hanyalah satu teka-teki dan polemik politik semata-mata,” katanya.
Menurutnya, GPS akan terus bergerak sendiri dan hanya menjadi pemerhati perkembangan politik di Semenanjung Malaysia.Realitinya, tanpa penyertaan GPS yang memiliki 18 kerusi Parlimen, Pakatan Nasional tidak akan dapat menubuhkan kerajaan baru untuk menggantikan PH.Aduhhh, kesiannnya….|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |