Pakatan Harapan Tumpu Pru15


Pakatan Harapan Tumpu PRU15 | Beberapa penganalisis politik berpendapat bahawa Pakatan Harapan (PH) seharusnya menumpukan untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang dan bukan berusaha untuk mengambil alih kerajaan

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Jeniri Amir berpendapat tindakan tersebut wajar demi kestabilan negara ketika berhadapan dengan ancaman kegawatan ekonomi serta Covid-19

“Saya fikir demi kestabilan politik semasa ketika kita berdepan dengan ancaman Covid-19, tak perlulah diganggu Perikatan Nasional (PN). Tumpuan harus diberikan pada PRU-15 dan mereka juga harus menghormati nasihat Yang di-Pertuan Agong

“Kalau tak diambil peduli nasihat Agong, ini gambarkan PH betul-betul obses dan gila kuasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini

Tambahnya, dalam tempoh sebelum menghadapi PRU, PH perlu memperbaiki beberapa isu dalaman parti

Pakatan Harapan Tumpu PRU15
“PH harus mantapkan kerjasama anggota dalam parti sekarang dan harus dinyatakan secara jelas siapa hendak jadi PM (perdana menteri) nanti, jangan serabut-serabut macam dulu,” katanya lagi

Kukuhkan perpaduan dalam kalangan parti komponen
Senada dengan Jeniri, bekas pensyarah pusat pengajian sains dan kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Atory Hussain juga menyorot cadangan supaya PH fokus untuk merampas kembali kerajaan pada PRU kelak

Katanya lagi, merujuk kepada pengalaman beberapa negara, kerajaan yang mempunyai majoriti tipis selalunya diawalkan tempoh pilihan raya tersebut

“PH harus tunggu sahaja sehingga PRU kerana selalunya, mengikut pengalaman beberapa negara, kerajaan ada majoriti tipis ini, pilihan raya akan diawalkan

“Baik tumpukan PRU, PH kena baiki manifesto dan kukuhkan perpaduan dalam kalangan PH itu sendiri,” katanya lagi

Bagi Dr Atory, usul tidak percaya yang dikemukakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kepada penggantinya, Muhyiddin Yassin itu sukar diperjuangkan

“Kalau terus terang, PH jika nak tumpukan usul tak percaya, bagi saya susah, boleh bincang Julai nanti (pada persidangan Dewan Rakyat) tapi hendak menang susah

“Dia sebab ibaratnya, kalau polis dan tentera sudah pasang kawat berduri dekat kawasan Selayang, begitu juga Muhyiddin dah pasang kawat berduri dalam kerajaan. Kita tengok dengan keruntuhan beberapa kerajaan negeri PH sekarang. Ini boleh dikatakan strategi Muhyiddin,” katanya

Pakatan Harapan Tumpu PRU15
Perkara itu turut disokong seorang lagi penganalisis politik yang menggesa agar PH fokus pada PRU akan datang kerana pertukaran kerajaan secara kerap akan menonjolkan negara yang tidak stabil

“Lebih baik (PH) fokus pada PRU -15 kerana kekerapan tukar kerajaan jelas tonjolkan negara Malaysia yang tak stabil buat serata dunia,” kata Dr Chandra Muzaffar

Terdahulu Dr Mahathir dilaporkan menghantar satu usul khusus berkenaan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dan ia diterima oleh Speaker Mohamad Ariff Md Yusof

Bagaimanapun ia tidak dapat dibawa ke sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu kerana sidang tersebut dipendekkan kepada satu agenda, iaitu titah diraja Yang di-Pertuan Agong atas dasar membendung penularan Covid-19- seterusnya menutup ruang bagi usul tersebut dibincangkan

Bagaimanapun, berdasarkan susunan tempat duduk persidangan Dewan Rakyat, Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti tipis – sejumlah dua- anggota parlimen

Peluang rebut kerajaan
Berkongsi pandangan berbeza, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata PH masih ada peluang untuk merebut kerajaan melalui usul undi tidak percaya

Bagaimanapun, katanya, PH harus menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu

“Kalau mereka hendak fokus pada usul undi tak percaya untuk rampas balik kerajaan boleh, tetapi harus mantapkan beberapa isu dalaman parti. Ini sebab kerajaan PN pun kita lihat masih tak pasti dengan ketiadaan dasar

“Ini semua terpulang pada PH sekiranya ada keperluan untuk tukar kerajaan dan rasa dapat memulihkan ekonomi negara dalam keadaan krisis ketika ini,” katanya lagi

Pakatan Harapan Tumpu PRU15
Bagaimanapun, jelas Mohd Azizuddin, sekiranya PH masih lagi goyah diasak beberapa isu dalaman parti, lebih baik tunggu PRU kelak dan berusaha meraih sokongan rakyat terlebih dahulu

Untuk rekod, kerajaan PH runtuh Februari lalu setelah Muhyiddin membuat keputusan untuk mengeluarkan Bersatu dalam pakatan tersebut dan membentuk gabungan bersama bekas ahli parlimen PKR yang diketuai bekas timbalannya Azmin Ali

Bersatu kemudian menubuhkan kerajaan PN bersama BN, PAS dan beberapa parti lain




Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan


Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/05/pakatan-harapan-tumpu-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badi Kalah 5 Prk Terakhir Hantui Pakatan Harapan Di Prkchini

Badi Kalah 5 Prk Terakhir Hantui Pakatan Harapan Di Prkchini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 427 hits
Penasihat DAP Lim Kit Siang Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pun berputih mata untuk membangkitkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...
Kenyataan Bersama Pakatan Harapan Bersatu Dan Warisan

Kenyataan Bersama Pakatan Harapan Bersatu Dan Warisan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 318 hits
14 Mei 2020TIADA SIDANG PENUH MENDUKACITAKAN TAPI USAHA MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT DITERUSKANAhli Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan Bersatu dan Warisan mengambil maklum bahawa YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah meng...
Under The Pakatan Harapan Government Many Politicians Escaped Punishment Says Anwar

Under The Pakatan Harapan Government Many Politicians Escaped Punishment Says Anwar

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 352 hits
Under the Pakatan Harapan government many politicians escaped punishment says Anwar In a critical assessment of his own coalition Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim suggested the Malaysian Anti Corruption Commission was far from ref...
Pakatan Harapan Tekad Ambil Alih Semula Kerajaan

Pakatan Harapan Tekad Ambil Alih Semula Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 393 hits
Kenyataan Media Pemimpin PH turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meraih sokongan dalam kalangan Ahli Ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam GLC serta duta duta bertaraf Menteri KUALA LUMPUR Pakatan Harapan menegaskan akan b...
Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 330 hits
Thomas berkata ia tidak akan mengkhianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan yang diberi kepadanya dengan membenarkan perjanjian itu Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju seca...
Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 322 hits
Dalam Titah KDYMM Yang Di Pertuan Agong di Parlimen pagi tadi jelas menjelaskan punca kejatuhan kerajaan PH adalah apabila Tun Dr Mahathir mengambil keputusan MELETAK JAWATAN PERDANA MENTERI walaupun Baginda sendiri meminta agar Tun tidak b...
Dap Kuasai Pakatan Harapan Hanya Mitos Kadir Jasin

Dap Kuasai Pakatan Harapan Hanya Mitos Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 319 hits
DAP Kuasai Pakatan Harapan Hanya Mitos Kadir Jasin 1 Mitos DAP menguasai Pakatan Harapan adalah ciptaan Umno setelah kalah kepada PH dalam PRU 2018 2 Sekarang mitos ini digembar gemburkan pula oleh pengkhianat PH yang bersekongkol dengan Um...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator