Pakatan Harapan Sudah Habis Modal Nak Kelentong Rakyat



Isu dia bukan masalah Pakatan Harapan akan hilang kuasa atau pun tidak. Isu dia adalah Pakatan Harapan akan hilang muka. Dah la di PRK Cameron Highlands Pakatan Harapan kalah. Kalau kalah PRK Semenyih juga maka Pakatan Harapan akan menerima tamparan yang hebat. Matlamat di Semenyih untuk kalahkan Pakatan Harapan hanya untuk bagi tamparan dimuka mereka, bukannya untuk ambil alih kerajaan. NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Nampaknya Pakatan Harapan sudah meroyan gila-babi. Tun Dr Mahathir Mohamad kata beliau tak kisah sekiranya Umno menang PRK Semenyih sebab Pakatan Harapan mempunyai majoriti di dalam parlimen. Maksudnya, sekiranya Pakatan Harapan kalah pun di PRK Semenyih mereka tidak akan hilang kuasa memerintah.
Memang betul! Kalau Pakatan Harapan kalah di PRK Semenyih mereka tidak akan hilang kuasa pun. Kalau Pakatan Harapan hilang 10 kerusi pun mereka masih tidak akan hilang kuasa. Kita semua lulus kelas matematik kat sekolah dulu dan tahu macam mana nak kira. Kalau Pakatan Harapan mempunyai 110 kerusi baru mereka akan hilang kuasa. Jadi satu kerusi hilang tak akan jadi apa.
Isu dia bukan masalah Pakatan Harapan akan hilang kuasa atau pun tidak. Isu dia adalah Pakatan Harapan akan hilang muka. Dah la di PRK Cameron Highlands Pakatan Harapan kalah. Kalau kalah PRK Semenyih juga maka Pakatan Harapan akan menerima tamparan yang hebat. Matlamat di Semenyih untuk kalahkan Pakatan Harapan hanya untuk bagi tamparan dimuka mereka, bukannya untuk ambil alih kerajaan.

Umno tidak boleh menang di Semenyih sekiranya Umno dan PAS tidak bersatu. Ini mesej yang ingin disampaikan. Dan sekiranya Umno menang di Semenyih, ini bermakna Melayu sudah bersatu menentang Pakatan Harapan. Ini yang dimaksudkan dengan menampar muka Pakatan Harapan.
Mahathir berkata negara mungkin akan bankrup sekiranya tol lebuhraya dihapuskan. Mahathir kata walaupun tol dihapuskan rakyat masih lagi terpaksa membayar tol secara tidak langsung. Ini disebabkan kerajaan dan bukan pengguna lebuhraya yang bayar dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Jadi, akhirnya, rakyat juga yang masih kena bayar walaupun tol dihapuskan.
Kita semua tahu perkara ini dan sudah bertahun-tahun kita bercakap mengenainya. Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan tol. Rakyat akhirnya masih kena bayar walaupun secara tak langsung. Kita sudah pun bagitahu hal ini apabila Pakatan Rakyat berjanji nak hapuskan tol.
Isu nak hapuskan tol adalah tipu-helah semata-mata. Apabila tol dihapuskan dan pengguna boleh guna lebuhraya dengan percuma, maka kerajaan akan terpaksa bayar gantirugi. Jadi duit cukai kita juga akan lesap. Itulah hakikat yang sebenarnya.
Yang lebih aneh sekali, orang yang mengguna lebuhraya tol ini ialah orang dari pantai barat Semenanjung Malaysia. Tapi orang yang akan bayar untuk mengguna lebuhraya percuma ini ialah orang dari pantai timur Semenanjung Malaysia dan orang dari Sabah dan Sarawak. Ini kerana hasil minyak datang dari pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.

Hari ini kerajaan mengumumkan yang tidak lama lagi Malaysia akan keluarkan kereta yang boleh terbang. Ini bermakna selepas ini rakyat Malaysia tidak perlu guna lebuhraya. Kereta semua terbang kat langit. Jadi, secara automatic, rakyat Malaysia tidak perlu bayar tol lagi.
Sebelum PRU14 di bulan Mei 2018, Pakatan Harapan berkata gaji minima akan ditetapkan kepada RM1,500 sebulan. Pada 1 January 2019, gaji mimima ditetapkan kepada RM1,100. Hari ini kerajaan berkata RM1,100 sangat tinggi dan akan dikaji semula.
Majikan berkata kalau gaji minima ditetapkan kepada RM1,100 sebulan, ramai pekerja terpaksa dibuang atau perusahan akan ditutup.
Apa sudah jadi dengan janji-janji Pakatan Harapan? Sebelum berjanji tak kaji dahulu ke? Sudah janji baru nak kaji. Dan selepas buat nak gostan balik pula. Kecohlah Pakatan Harapan ni. Bukan kita tak bagitahu semua benda ni. Kita dah bagitahu tapi mereka tetap tidak mahu dengar. Sekarang, padan muka.
Pakatan Harapan ni sedap mulut saja. Cakap sekadar hendak bagi orang sedap mendengar. Tapi semuanya tak logik. Selepas buat, gostan balik. Inilah yang di kata Malaysia Baru. Lagi lama lagi terang kelemahan kerajaan Pakatan Harapan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/26/pakatan-harapan-sudah-habis-modal-nak-kelentong-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Video Pengundi Semenyih Marah Pakatan Harapan

Prk Semenyih Video Pengundi Semenyih Marah Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 390 hits
PANAS Pendedahan layanan Pakatan Harapan terhadap Rakyat yang selama ini dipendamkan Adakah ini kerajaan yang baik untuk Rakyat Dengarkan sendiri luahan mereka yang merupakan PENGUNDI DUN N24 SEMENYIH Sumber
Fokus Utama Umno Pas Adalah Kegagalan Kerajaan Kakistokrasi Pakatan Harapan Tok Mat Hasan

Fokus Utama Umno Pas Adalah Kegagalan Kerajaan Kakistokrasi Pakatan Harapan Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 894 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Kerjasama UMNO PAS adalah kerjasama dan persefahaman politik yang masih baru Ia belum lagi menjadi satu kerjasama yang formal dan insyallah akan bertumbuh dan mengukuh secara organik sesuai masa Meski...
Kenapa Pakatan Harapan Macam Gila Talak

Kenapa Pakatan Harapan Macam Gila Talak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 247 hits
Salleh SD Kenapa Pakatan Harapan susah hati sangat sekiranya Umno dan PAS bekerjasama Bukan ke ini dipanggil demokrasi Nampaknya Pakatan Harapan hanya mengamalkan sistem demokrasi untuk diri mereka sendiri sahaja Didalam sistem demokrasi se...
Dap May Have To Leave Pakatan Harapan If The Rot Continues

Dap May Have To Leave Pakatan Harapan If The Rot Continues

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 394 hits
DAP leaders whether in government or outside will leave the Pakatan Harapan government if the objective of a New Malaysia is abandoned DAP supremo Lim Kit Siang said He said DAP leaders are in the government because they can play an importa...
Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 488 hits
Adakah ini siri balas dendam DAP terhadap PPBM kerana kekalahan calon mereka di Prk Cameron Highlands tempohari Bermula dengan kecaman Ronnie Liu kini Boo Cheng Hau pula mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak berpegang pada ...
Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih

Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 423 hits
Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih
Kenyataan Media Pergerakan Pemuda Umno Terhadap Rasuah Pilihanraya Oleh Pakatan Harapan

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda Umno Terhadap Rasuah Pilihanraya Oleh Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 358 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis berhubung cubaan membeli undi bagi PRK N24 Semenyih oleh pihak Pakatan Harapan melalui pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik