Pakatan Harapan Akan Berkubur Sebelum Pru 15



Sejak Pakatan Harapan tumbang pada Februari lepas, gabungan beberapa parti politik yang kini menjadi pembangkang itu dilihat semakin carca marba.

Bibit perpecahan yang sangat ketara mula kelihatan dalam blok pembangkang, terutama selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir sidang media yang diadakan Dr Mahathir ketika pemimpin Pakatan Harapan yang lain hadir.


Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata :

"Alasan Anwar tidak hadir sidang media itu adalah kerana ianya bukan dianjurkan PH secara rasmi adalah aneh kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu menghadirinya."

Beliau berkata ia jelas ada isu yang belum selesai dalam kalangan pembangkang.

Azmi berkata perselisihan dalaman yang sudah berlaku sejak PH menjadikan PPBM sebagai sekutu, sinonim dengan persepsi pakatan itu tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai sebuah kerajaan."

"Rakyat agak berwaspada dan mungkin mengesyaki mereka tidak memiliki apa yang diperlukan untuk memerintah negara ini," tambah Azmi lagi.


James Chin dari Institut Asia University of Tasmania pula berkata :

"PKR dilihat sebagai hubungan yang lemah dalam Pakatan Harapan ketika ini, sambil menambah ada kemungkinan lebih banyak pembelotan dari parti Anwar untuk menyertai Perikatan Nasional."

Beliau berkata pendaftaran rasmi Perikatan Nasional sebagai entiti politik akan menjadi faktor penentu utama sebagai gabungan tunggal menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Jika Perikatan Nasional didaftarkan sebagai sebuah gabungan, di mana saya fikir mereka akan lakukannya, maka ini akan membolehkan semua parti dalam Perikatan Nasional termasuk Barisan Nasional berdiri di bawah simbol parti tunggal."

"Dan lebih lama Perikatan Nasional memegang kuasa, lebih mudah untuk mereka membawa masuk beberapa orang PKR," katanya.

Kedudukan PPBM yang memiliki Ahli Parlimen dalam kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang adalah bukti yang cukup jelas kepada kita semua bahawa parti komponen minoriti dalam Pakatan Harapan tetapi mempunyai pemimpin yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan telah berpecah.


Manakala kepercayaan rakyat kepada PAN semakin terhakis apabila PAN cuma dilihat sebagai kuda tunggangan DAP untuk cuba mendapatkan undi orang Melayu dari serpihan PAS.

PAN dilihat tidak mempunyai halatuju perjuangan mereka untuk memenangi hati pengundi Melayu Islam kerana kebanyakan kenyataan pemimpin mereka dan dasar parti PAN dilihat banyak dipengaruhi DAP.


Pakatan Harapan juga tidak mendapat sokongan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kekuatan Warisan di Sabah juga sudah goyah dan telah timbul perkhabaran Kerajaan Warisan Sabah akan tumbang sebagai kesinambungan keruntuhan kerajaan negeri yang berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia.

Di peringkat negeri pula, selain telah kehilangan kuasa di Johor, Melaka, Perak dan Kedah, Pakatan Harapan juga dijangkakan akan kehilangan kuasa di Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah.

Kehilangan kuasa di peringkat pusat dan juga di beberapa negeri membuatkan Pakatan Harapan semakin menghampiri penghujung hayatnya dan satu-satunya pilihan yang mereka ada ialah bubar atau terpaksa membubarkan gabungan Pakatan Harapan untuk membentuk satu gabungan pembangkang yang lebih mantap selepas PRU 15 dengan syarat kemelut antara Dr Mahathir mesti diselesaikan segera.

Walau pun admin bukan penyokong Pakatan Harapan, namun satu gabungan pembangkang yang mantap sangat diperlukan dalam sistem demokrasi untuk mewujudkan kuasa semak dan imbang kepada kerajaan.

Namun dalam keadaan sekarang, Pakatan Harapan dilihat hampir pasti akan berkubur selewat-lewatnya menjelang PRU 15 atau pun dijangka lebih awal dari itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/05/pakatan-harapan-akan-berkubur-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Tumpu Pru15

Pakatan Harapan Tumpu Pru15

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 444 hits
Pakatan Harapan Tumpu PRU15 Beberapa penganalisis politik berpendapat bahawa Pakatan Harapan seharusnya menumpukan untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dan bukan berusaha untuk mengambil alih kerajaan Pens...
Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan

Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 604 hits
Persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020 lalu yang kononnya dinanti nantikan oleh Pakatan Harapan akhirnya mendedahkan tembelang Pakatan Harapan Pakatan Harapan menuduh TS Muhyiddin sengaja memberikan arahan supaya Dewan Rakyat cuma bersdiang ...
Next Time Don T Vote For Pakatan Harapan Tunggul Kayu

Next Time Don T Vote For Pakatan Harapan Tunggul Kayu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 976 hits
Once the election is over right up to the time parliament and the state assemblies are dissolved the 859 wakil rakyat are your representatives to do as they please And collapsing Pakatan Harapan and handing the government to Perikatan Nasio...
Kerajaan Pakatan Harapan Lebih Peka Harga Barangan

Kerajaan Pakatan Harapan Lebih Peka Harga Barangan

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 374 hits
Perbandingan ini jelas membuktikan Kerajaan PAKATAN HARAPAN peka dan prihatin serta mendengar keluhan rakyat yang terbeban lebih lebih ketika tiba musim perayaan yang memerlukan perbelanjaan yang banyak lapor Roketkini Justeru belum apa apa...
Lupakan Sahaja Prk Chini Umno Beritahu Pakatan Harapan

Lupakan Sahaja Prk Chini Umno Beritahu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 537 hits
PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO menggesa Pakatan Harapan supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Chini di Pahang bulan depan berikutan pencapaiannya yang lemah di Dewan Undangan Negeri itu pada pilihan raya umum 20...
Kenyataan Bersama Pakatan Harapan Bersatu Dan Warisan

Kenyataan Bersama Pakatan Harapan Bersatu Dan Warisan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 378 hits
14 Mei 2020TIADA SIDANG PENUH MENDUKACITAKAN TAPI USAHA MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT DITERUSKANAhli Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan Bersatu dan Warisan mengambil maklum bahawa YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah meng...
Dap Juga Punca Pakatan Harapan Tumbang

Dap Juga Punca Pakatan Harapan Tumbang

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 367 hits
Suara Merdeka SELAMA 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad dicanang sebagai Perdana Menteri yang hebat dengan 70 peratus pembangunan Malaysia ini dikatakan berpunca daripada dirinya Tapi sayangnya bila beliau berdakap dengan DAP menjelang piliha...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi