Pakar Pertanian Sokong Putrajaya Pertimbang Permit Kerja 15 Tahun Untuk Penuai Sawit Mahir




PETALING JAYA: Pakar pertanian mengalu-alukan cadangan bekas ketua menteri Sabah, Harris Salleh untuk Putrajaya mempertimbangkan semakan semula dasar bagi melanjutkan permit pekerja asing dari setahun kepada 15 tahun.
Pengarah Urusan Glenauk Economics, Julian McGill memberitahu, industri minyak sawit pasti menerima baik lanjutan permit berkenaan memandangkan penuaian tandan buah sawit segar memerlukan kemahiran khusus.
Katanya, mempunyai penuai seperti itu mampu memanfaatkan peladang dan membaiki produktiviti, seterusnya menyokong ekonomi Malaysia serta hasil cukainya.
Menurut portal berita Sabah, Daily Express, Harris telah menulis kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangannya bagi menyemak semula dasar mewajibkan pekerja asing memperbaharui permit mereka setiap tahun.
Pakar ekonomi Segi Enam Advisors, Khor Yu Leng berkata, cadangan penambahbaikan bagi memberikan pekerja asing di Sabah lebih banyak insentif turut menjadi pengiktirafan ramai daripada mereka berkemahiran.
Tetapi disebabkan kebimbangan dari segi isu sosiopolitik, katanya, sebarang lanjutan perlu disertakan pendekatan berasaskan kekeluargaan.
Menurut data Jabatan Perangkaan, lebih 20% (736,000) daripada 3.4 juta penduduk Sabah pada 2022 bukan warganegara, dan daripada jumlah itu, 178,000 berusia bawah 15 tahun.
Khor memberitahu, permit kerja 15 tahun perlu diserahkan penjelasan bagaimana anak pekerja akan mendapat akses sewajarnya kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.
“Kerajaan juga mungkin perlu mengutip levi atas tenaga kerja bagi meliputi kos untuk hak asasi berkenaan,” katanya sambil menyambut baik cadangan Harris supaya tabung simpanan turut diwujudkan.
Harris mencadangkan penubuhan tabung simpanan untuk pekerja asing seiring simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi melindungi kewangan mereka di masa depan yang akan memudahkan mereka pulang ke negara asal selepas tamat tempoh permit kerja.
“Lanjutan permit kerja 15 tahun bukannya memberi kerakyatan secara automatik, tetapi menawarkan jaminan kepada majikan dan pekerja (untuk tenaga kerja berterusan),” kata Harris.
Beliau berkata, populasi Nusantara dijangka mencecah 50 juta orang menjelang 2030, selain Nusantara merancang menambah lima juta hektar ladang sawit, bererti ia akan mendapatkan pekerja Indonesia berpengalaman yang kini bekerja di Sabah.
“Ini sebabnya penting untuk mengekalkan pekerja ini di Sabah dengan melanjutkan permit kerja mereka sehingga 15 tahun,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Khor berkata, nampaknya ada pandangan tersirat bahawa penjenteraan berskala besar tidak akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat bagi menuai tandan buah segar yang menjadi perkara penting dalam industri minyak sawit.
Pada 2023, Sabah menyumbang suku daripada pengeluaran minyak sawit Malaysia. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2024/01/pakar-pertanian-sokong-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kieda Crepe Buat Kerja Gila Hapuskan Sistem Sokong Vendor Sehari Netizen Kata Sebab Tak Laku Barang Tak Jalan La Tu

Kieda Crepe Buat Kerja Gila Hapuskan Sistem Sokong Vendor Sehari Netizen Kata Sebab Tak Laku Barang Tak Jalan La Tu

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 216 hits
Sebelum ini cara usahawan dari utara Kieda Crepe menjalankan bisnes iaitu dengan sistem pembelian 8216 support vendor 8217 mendapat banyak respon daripada netizen di media sosial Namun menerusi satu video Kieda mendedahkan dia membuat keput...
Hampir 10 Tahun Tak Bertemu Letto Isi Ruang Rindu Peminat Malaysia

Hampir 10 Tahun Tak Bertemu Letto Isi Ruang Rindu Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 119 hits
Hampir sepuluh tahun tidak mengadakan persembahan di Malaysia Letto akhirnya kembali mengisi ruang rindu peminat dengan Konsert Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur pada 12 Januari baru baru ini di Zepp Kuala Lumpur Letto kembali isi...
Bersara Wajib Umur 58 Tahun

Bersara Wajib Umur 58 Tahun

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 277 hits
Setiap yang kita tahu yang datang akan pergi dan pasti akan berganti Bak kata myBoss orang akan ingat kita sehari dua je lepas tu takde siapa yang akan ambil tahu Begitulah kehidupan 15 Januari 2024 IsninLantikan dari tahun 1997 hingga 2024...
Merancang Untuk Tentukan Apa Akan Jadi Pada Diri Anda 5 Tahun Lagi Dari Sekarang

Merancang Untuk Tentukan Apa Akan Jadi Pada Diri Anda 5 Tahun Lagi Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 191 hits
Ini antara soalan yang agak popular ditanya ketika dalam temuduga kerja bagaimana anda bayangkan diri anda dalam tempoh 5 tahun dari sekarang Mungkin anda sendiri pernah di tanya sebegitu Paling baik jika anda pernah tanya pada diri sendiri...
Suami Isteri Dipenjara 5 Tahun Setelah Didapati Bersalah Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Oku

Suami Isteri Dipenjara 5 Tahun Setelah Didapati Bersalah Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Oku

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 144 hits
BernamaMahkamah mengarahkan pasangan itu menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman KLANG Sepasang suami isteri masing masing dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen kera...
Dewas Kpk Terima 149 Laporan Sepanjang Tahun 2023

Dewas Kpk Terima 149 Laporan Sepanjang Tahun 2023

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 195 hits
Dari 62 laporan dugaan pelanggaran kode etik yang diterima Dewas KPK sebanyak enam laporan telah ditindaklanjuti karena bukti atau alasan yang cukup
Budak 10 Tahun Antara 4 Ditahan Dalangi Kes Samun Di Sabah

Budak 10 Tahun Antara 4 Ditahan Dalangi Kes Samun Di Sabah

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 244 hits
FMT ReportersDua suspek yang ditahan di depan sebuah restoran di Jalan Tugu Kampung Air Kota Kinabalu PETALING JAYA Seorang kanak kanak antara empat warga asing ditahan kerana dipercayai mendalangi kes samun di sekitar Kota Kinabalu Sabah h...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord