Pakar Pengikut Mahu Pulang Ke Tanah Air Selepas Tertipu Kehidupan Islamik Is


Faiz ZainudinPakar Kajian Strategik dan Anti-keganasan Universiti Malaysia Perlis Mizan
Mohammad Aslam berkata, usaha mengekang rakyat daripada terbabit sebarang
bentuk kumpulan dan aktiviti keganasan perlu berterusan.PETALING JAYA: Menyedari tertipu dengan kehidupan Islamik perjuangan IS menyebabkan rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan gerakan ekstrem itu membuat keputusan pulang ke tanah air.
Pakar Kajian Strategik dan Anti-keganasan Universiti Malaysia Perlis, Mizan Mohammad Aslam berkata, apa yang digambarkan ahli kumpulan itu sebelum ini di media sosial sehingga mempengaruhi mereka juga hanyalah fatamorgana.
“Tetapi, sebenarnya kehidupan ‘Islamik’ IS adalah penipuan semata-mata. Malah, tekanan semakin kuat untuk mereka pulang selepas menyesali perbuatan itu dengan kekalahan di kubu terakhir IS pada Mac 2019.
“Mereka juga tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menampung kehidupan kerana sebelum ini menerima gaji daripada kerajaan IS. Mereka mengalami kesusahan hidup yang teruk, menderita dengan kehidupan yang tiada serba-serbi termasuk air, elektrik dan sebagainya,” katanya kepada FMT mengulas keputusan rakyat Malaysia yang menyertai gerakan itu mula kembali ke tanah air.
Mizan yang juga ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, kumpulan terbabit turut mengalami tekanan emosi sehingga ada yang mahu segera mati kerana menganggap diri tidak berguna selepas terjebak aktiviti keganasan itu.
“Mereka mengalami tekanan emosi yang teruk sehingga menyesali, menangis dan ada yang mahu segera mati. Maka mereka memohon untuk balik ke Malaysia dengan segera.
“Di sana juga, mereka gagal menempatkan anak-anak di sekolah yang mampu memberikan pendidikan terbaik buat waris mereka,” katanya.
Rakyat perlu terima kepulangan
Mizan berkata, rakyat juga perlu menerima kepulangan mereka ke tanah air, selepas menjalani proses tindakan undang-undang dan terbukti menyesali perbuatan mereka serta berikrar tidak mahu mengulanginya.
“Kita setuju menerima mereka kerana mereka adalah rakyat kita. Jika Eropah yang bukan negara Islam pun menerima semula rakyat mereka, apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
“Kelompok ini mesti diberi peluang ke-2 untuk membina semula kehidupan di tanah tumpah darah mereka. Sokongan yang sistematik perlu diberikan oleh kerajaan untuk menyokong emosi dan sosio-ekonomi mereka,” katanya.
Beliau berkata, pemantauan perlu dilakukan bagi memastikan bekas rakan IS mereka tidak mempengaruhi mereka kembali menyertai kumpulan pengganas itu.
“Mereka perlu dibantu dengan mental dan pendapatan untuk menjalani kehidupan baru. Pengisian kehidupan mereka perlu supaya tidak diisi rakan lama seperjuangan mereka. Malah, ajaran Islam yang melampau juga perlu dijauhi, termasuk pemikiran ekstrem bawaan Salafi-Wahhabi-Takfiri.
“Mereka juga boleh dijadikan ejen deradikalisasi membantu kerajaan untuk program pemulihan.”
Katanya, usaha mengekang rakyat daripada terbabit sebarang bentuk kumpulan dan aktiviti keganasan perlu berterusan.
“Berperang dengan ideologi terorisme ini adalah peperangan yang lama dan berpanjangan,” katanya.
KDN sebelum ini memaklumkan 16 rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan militan IS pulang ke tanah air.
Seramai 57 rakyat Malaysia yang menyertai IS masih berada di Iraq dan Syria, dengan 40 daripadanya memohon untuk pulang.
“Yang sudah pulang 16 orang, 12 dewasa dan 4 kanak-kanak. Sembilan dijatuhkan hukuman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 3 lagi di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota),” kata Mizan sambil memaklumkan anak-anak mereka diserahkan kepada ahli keluarga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/pakar-pengikut-mahu-pulang-ke-tanah-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Berita Baik Untuk Anda Yang Terlibat Dalam Industri Kreatif Tanah Air

Ini Berita Baik Untuk Anda Yang Terlibat Dalam Industri Kreatif Tanah Air

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 311 hits
29 Julai 2020 yang lalu saya terima siaran media menarik ini untuk mereka yang terlibat dalam industri kreatif tanah air Bagi anda yang memang dah duduk dalam industri kreatif tentu The post appeared first on
Selepas 18 Tahun Penduduk Dapat Geran Tanah

Selepas 18 Tahun Penduduk Dapat Geran Tanah

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 334 hits
MARANG Selepas menunggu hampir 18 tahun akhirnya seramai 134 penduduk di sini menerima surat hak milik tanah dan notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok Terkilan Gong Cempedak Mukim Pulau Kerengga Jumlah tersebut membabitkan 84 penerima...
Pesara Kerajaan Cipta Bebola Tanah Liat Rawat Air

Pesara Kerajaan Cipta Bebola Tanah Liat Rawat Air

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 440 hits
KOTA BHARU 21 Julai Kegigihan pesara kerajaan mencipta bebola tanah liat atau mudball membolehkan mereka menjana pendapatan antara RM3 000 hingga RM4 000 sebulan sejak tahun 2010 Pasangan suami isteri Mohd Nashir Yaacob 61 dan isteri Ramlah...
Anak Beranak Selamat Selepas 4 Hari Terperangkap Di Dalam Lif Dengan Minum Air Kencing

Anak Beranak Selamat Selepas 4 Hari Terperangkap Di Dalam Lif Dengan Minum Air Kencing

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 441 hits
Seorang wanita dari China berusia 82 tahun dan anak perempuannya yang berusia 64 tahun selamat selepas terperangkap di dalam lif yang rosak selama 4 hari dengan mengumpul dan minum air kencing masing masing Menurut media China anak beranak ...
Tampil Gagah Saat Manggung Ini Momen Manis 8 Vokalis Band Perempuan Tanah Air Bareng Anak

Tampil Gagah Saat Manggung Ini Momen Manis 8 Vokalis Band Perempuan Tanah Air Bareng Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 474 hits
Siapa nih yang kangen sama suara mereka yang selalu menemani masa masa galau kita dulu
Dipercayai Baru Pulang Dari India Taukey Nasi Kandar Dikompaun Selepas Langgar Arahan Kuarantin Di Rumah

Dipercayai Baru Pulang Dari India Taukey Nasi Kandar Dikompaun Selepas Langgar Arahan Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 422 hits
ALOR SETAR 23 Julai Seorang pengusaha restoran nasi kandar di Pekan Napoh dekat Jitra telah ditahan dan dikenakan kompaun RM1 000 selepas didapati melanggar syarat kuarantin di rumah pagi tadi Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail...
Lebih 200 Kanak Kanak Hadiri Kem Musim Panas Dijangkiti Covid 19 Selepas Penganjur Tak Wajibkan Pakai Topeng Muka

Lebih 200 Kanak Kanak Hadiri Kem Musim Panas Dijangkiti Covid 19 Selepas Penganjur Tak Wajibkan Pakai Topeng Muka

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 536 hits
Lebih 200 kanak kanak hadiri kem musim panas dijangkiti Covid 19 selepas penganjur tak wajibkan pakai topeng mukaGara gara penganjur tidak mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka lebih 200 kanak kanak dijangkiti Covid 19 selepas menghadiri...
Crew Dragon Selamat Kembali Ke Bumi Selepas Sebulan Di Angkasa Lepas

Crew Dragon Selamat Kembali Ke Bumi Selepas Sebulan Di Angkasa Lepas

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 322 hits
Misi Demo 2 yang dilancarkan Mei lalu adalah misi pertama SpaceX untuk menghantar angkasawan Amerika Syarikat dari negara mereka sendiri sejak 2011 Selepas lebih sebulan berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa kapal angkasa Crew Dragon tela...
Berkenalan Dek Sky Castle Kim Bora Jo Byeonggyu Umum Berpisah Selepas Setahun Lebih Bercinta

Berkenalan Dek Sky Castle Kim Bora Jo Byeonggyu Umum Berpisah Selepas Setahun Lebih Bercinta

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 309 hits
Siapa ingat lagi dengan drama popular pada tahun 2018 2019 iaitu SKY Castle Menceritakan kisah tekanan hidup dan rahsia hitam dalam keluarga elit ianya ternyata berjaya mencuri perhatian ramai penonton Disebabkan oleh popularitinya kesemua ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka