Pakar O G Kongsikan Ini Sebab Bayi Lahir Kecil Dari Usia Kandungan


“Doktor kata bayi saya kecil dan air ketuban kurang.” Intrauterine growth restriction (IUGR) ialah keadaan di mana janin tidak membesar dengan kadar yang sepatutnya. Dengan erti kata lain, pembesaran janin adalah terbantut.
Terdapat pelbagai punca pembesaran janin terbantut. Punca utamanya ialah masalah pada uri “placental insufficiency”. Placental insufficiency ialah keadaan di mana sama ada:
1. Uri/kandungan tidak tertanam elok di rahim ibu (problems with implantation or invasion of the spiral arterioles). Dalam kes sebegini, risiko untuk ibu mengalami komplikasi tekanan darah tinggi (pregnancy induced hypertension, pre eclampsia) adalah tinggi.

2. Uri tidak sihat atau tidak berfungsi dengan sempurna. Kebanyakkan `uri tidak sihat’ berlaku secara kebetulan (punca tidak diketahui). Ada yang disebabkan oleh keadaan di mana darah si ibu adalah `pekat’ seperti Antiphospholipid syndrome (APS). Ada juga yang disebabkan jangkitan kuman/virus seperti Toxoplasma, Cytomegalovirus, Rubella, Herpes Simplex.
Fungsi uri ialah sebagai penghubung di antara ibu dan janin. Uri penting untuk membawa bekalan zat makanan, oksigen dan air kepada janin. Uri juga penting untuk membawa karbon dioksida dan bahan kumbahan daripada janin ke ibu.
Apabila uri tidak berfungsi dengan elok (placental insufficiency), maka bekalan daripada ibu kepada janin terjejas. Janin akan kekurangan zat makanan, oksigen dan air. Bayangkan seorang bayi yang tak cukup makan, tak boleh bernafas dengan sempurna dan tak cukup minum. Sudah tentunya bayi ini akan menjadi kurus, tidak meninggi, kurang aktif dan kurang kencing. Itulah apa yang doktor akan lihat apabila melakukan pemeriksaan ultrasound – ukuran ukurlilit abdomen bayi kecil (kurus), ukuran tulang peha juga mungkin pendek (kurang tinggi) dan air ketuban kurang (kurang kencing). Jika keadaan janin terlalu tidak sihat, pergerakan bayi juga akan berkurangan kerana janin perlu menyimpan tenaga dan mengurangkan penggunaan oksigen.
Punca-punca lain intrauterine growth restriction (IUGR) ialah:
3. Masalah genetik/kromosom seperti Downs Syndrome, Edwards Syndrome, Pataus Syndrome, Turner’s Syndrome dan lain-lain. Janin tidak membesar dengan kadar yang betul kerna semua sel di dalam tubuhnya tidak berfungsi dengan normal.
4. Kecacatan pada janin, contoh jantung berlubang, usus tersumbat, masalah otak dan lain-lain.
5. Masalah kesihatan pada ibu yang menyebabkan ibu tidak membekalkan zat makanan/oksigen/air kepada uri. Contohnya, jika ibu sendiri kekurangan oksigen disebabkan oleh masalah jantung (cyanotic heart disease) atau masalah paru-paru (chronic obstructive pulmonary disease), sudah tentunya dia tidak dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada janin. Jika ibu mengalami masalah kurang zat yang teruk (severe malnutrition), maka dia tidak akan membekalkan zat yang secukupnya kepada janin. Tetapi harus saya tekankan di sini, bahawa orang Malaysia jarang sekali kurang zat! Semua terlebih makan!! Kencing manis yang tidak terkawal (dari sebelum mengandung), penyakit kanser, merokok, penggunaan dadah berbahaya dll. juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan kepada janin.
Jika doktor mendapati bahawa janin anda mengalami IUGR, dia akan mengesyorkan beberapa ujian/pemeriksaan untuk mengenalpasti punca IUGR, Antara ujian-ujian yang akan dilakukan ialah:
1. Ultrasound 2D untuk memantau pembesaran janin dan air ketuban.
2. Ultrasound Doppler untuk memantau aliran darah melalui tali pusat (umbilical artery Doppler), aliran darah ke otak janin (middle cerebral artery doppler) dan aliran darah di salur darah berhampiran hati janin (ductus venosus).
3. Ultrasound detailed scan untuk memastikan janin tiada kecacatan.
4. Amniocentesis & karyotyping untuk mengenalpasti jika ada masalah genetic.

5. Ujian darah TORCH IgM untuk mengesan jangkitan kuman.
Ujian-ujian ini akan membantu doktor membezakan antara janin yang boleh diselamatkan, dan janin yang tidak dapat dibantu. Oleh itu, adalah penting untuk melakukan ujian-ujian yang disyorkan oleh doktor. Seandainya janin anda didapati jenis yang boleh terselamat, doktor akan memantau keadaan janin melalui ultrasound sekurang-kurangnya setiap 2 minggu, sehingga bersalin. Doktor akan terus pantau janin melainkan didapati aliran darah di tali pusat/otak/hati mula terjejas. Jika keadaan ini berlaku, janin anda akan dilahirkan dalam masa terdekat kerana risiko janin meninggal dalam rahim adalah tinggi. Janin/bayi anda berkemungkinan tinggi memerlukan alat bantuan pernafasan setelah lahir, dan perlu dilahirkan di hospital yang mempunyai perkhidmatan NICU.
Saiz/berat janin tidak boleh ditingkatkan dengan memakan lebih banyak. Hanya berat ibu akan bertambah dengan cara ini! Air ketuban tidak boleh ditambah dengan meminum air yang banyak. Air berlebihan yang diminum tidak akan menjadi air ketuban. Air berlebihan hanya akan dikeluarkan daripada badan ibu sebagai air kencing.
Jika janin anda disahkan mengalami IUGR, anda mesti memantau pergerakan janin anda dengan lebih teliti, dan mesti hadir untuk setiap temujanji dengan doktor. Juga, persiapkan emosi dan mental anda untuk kemungkinan tinggi bayi anda perlu dilahirkan secara pembedahan.
Kredit: Dr Anna Liza Roslani
Pakar Obstetrik & Ginekologi

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Pakar O&G Kongsikan Ini Sebab Bayi Lahir Kecil Dari Usia Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakar-og-kongsikan-ini-sebab-bayi-lahir-kecil-dari-usia-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usia Kandungan Hampir Cecah 3 Bulan Son Yejin Nampak Berseri Dalam Foto Terbaru

Usia Kandungan Hampir Cecah 3 Bulan Son Yejin Nampak Berseri Dalam Foto Terbaru

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 184 hits
Son Ye jin nampaknya masih gigih bekerja meskipun sedang mengandung kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 18 Ogos Son Ye jin telah menghadiri acara perjumpaan peminat secara virtual dengan jenama Nutriville Indonesia Untuk pengetahuan Nutrivi...
Cantik Berbaju Pink Mona Allen Pekin Dedah Jantina Bayi Bakal Lahir

Cantik Berbaju Pink Mona Allen Pekin Dedah Jantina Bayi Bakal Lahir

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 134 hits
Dikhabarkan akan bersalin pada bulan September nanti pelakon cantik Mona Allen juga mengadakan majlis gender reveal bagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya Setelah lebih kurang empat tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan...
Kalau Bayi Baru Lahir Gagal Ujian Pendengaran Ini Perkara Yang Wajib Anda Lakukan

Kalau Bayi Baru Lahir Gagal Ujian Pendengaran Ini Perkara Yang Wajib Anda Lakukan

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 208 hits
Pendengaran merupakan deria yang dianugerahkan Tuhan sejak dari lahir lagi Ini bermakna semasa bayi dilahirkan deria pendengarannya telah pun sedia berfungsi Pendengaran merupakan deria yang sangat penting memandangkan melalui pendengaranla...
Resepi Makanan Bayi Cepat Bam Bam Sesuai Untuk Bayi Usia 6 Bulan

Resepi Makanan Bayi Cepat Bam Bam Sesuai Untuk Bayi Usia 6 Bulan

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 245 hits
Bila anak dah masuk usia 6 bulan ibu kena mula explore pemakanan yang tepat dan bersesuaian agar si manja dapat khasiat yang diperlukan Yang paling penting pastikan bahan makanan bayi bebas dari perasa tiruan garam serta gula Untuk mama yan...
Selamat Hari Lahir Ke 15 Adam Iman

Selamat Hari Lahir Ke 15 Adam Iman

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 243 hits
Selamat Hari Lahir Ke 15 Adam Iman Alhamdulillah hari ni 13 Ogos 2022 hari lahir ke 15 anak kedua Umi dan Abah Selamat hari lahir ke 15 Dik Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah ini akan sentiasa di b...
10 Fakta Lahir Bulan Februari

10 Fakta Lahir Bulan Februari

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 144 hits
Adakah anda salah seorang yang dilahirkan pada bulan Februari Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda fakta lahir Februari seperti ciri ciri dan juga personaliti Sebagai seseorang yang dilahirkan pada bulan Februari pasti terdapat...
Cara Mudah Membuat Kamar Mandi Kecil Supaya Nampak Lebih Besar

Cara Mudah Membuat Kamar Mandi Kecil Supaya Nampak Lebih Besar

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 202 hits
Kamar mandi meskipun bukan termasuk ruangan utama di dalam sebuah rumah nyatanya memiliki peran yang sangat penting di dalam rumah Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Kamu Juga Perlu Rehat G Dragon Kongsi Ucapan Hari Lahir Buat Diri Sendiri Dari Rakan Rakan

Kamu Juga Perlu Rehat G Dragon Kongsi Ucapan Hari Lahir Buat Diri Sendiri Dari Rakan Rakan

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 243 hits
Korang mesti tahu kan lagenda industri K Pop G Dragon yang baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya pada 18 Ogos lalu Ha ulang tahun ke berapa tu ARTIKEL BERKAITAN Melihat kepada muat naik di laman Instagramnya baru baru ini G Dragon d...
Selamat Hari Lahir Kakak Allah Jagalah Dia Untuk Kami Ainul Genap 4 Tahun

Selamat Hari Lahir Kakak Allah Jagalah Dia Untuk Kami Ainul Genap 4 Tahun

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 226 hits
Tarikh 13 Ogos genap 4 tahun usia buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Walaupun sebelum hari lahirnya Ainul diberi sedikit ujian oleh Allah ternyata anak ini sangat kuat melawan sakitnya Disaat dirinya agak kritikal kerana mengalami jan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos