Pakar It Sahkan Data Undi 5 Cabang Pkr Hilang


SHAH ALAM: Lima pakar teknologi maklumat (IT) mengesahkan data undian di lima cabang PKR Melaka hilang, sekali gus menolak dakwaan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menyorok atau memanipulasi data berkenaan.
Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din, berkata disebabkan oleh pelbagai persepsi timbul selepas pihaknya mengeluarkan kenyataan bahawa data berkenaan hilang, pihaknya membuat keputusan untuk memanggil pakar IT bagi mencari data berkenaan.
“Kita memanggil lima pakar IT iaitu seorang daripada Institut Darul Ehsan (IDE), seorang wakil dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pakar daripada Ukraine, seorang pakar mewakili Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan seorang pakar mewakili Rafizi Ramli.
“Selepas 30 minit membuka program berkenaan, mereka sepakat mengakui bahawa data berkenaan memang tiada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IDE, di sini.
Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan membawa penemuan berkenaan ke peringkat pusat dan berbincang sama ada pengundian semula akan dilakukan secara keseluruhan atau hanya pengundi yang terbabit sahaja.
Katanya, pihaknya juga tidak menolak punca kehilangan kira-kira 2,000 undi itu adalah disebabkan talian internet yang lemah dan tidak stabil.
“Apabila talian internet lemah dan tidak stabil, data undian tidak dapat ditolak ke stor penyimpanan (cloud).
“Justeru, untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, pengaturcara kami akan membuat simpanan salinan terus (direct duplicate storage) untuk memastikan setiap data undian tidak hilang,” katanya.
Sabtu lalu, sebanyak 2,000 undi yang dilaporkan ‘hilang’ membabitkan lima daripada enam cabang PKR Melaka yang baharu selesai menjalankan pemilihannya.
Dilaporkan, kehilangan kira-kira 60 peratus undian yang dibuat melalui sistem e-undi itu agak mengejutkan sehingga gagal untuk memuktamadkan keputusan rasmi pemilihan parti di negeri berkenaan.
The post Pakar IT Sahkan Data Undi 5 Cabang PKR Hilang appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/pakar-it-sahkan-data-undi-5-cabang-pkr-hilang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Cadangkan Pemilihan Semula Jika Tak Jumpa Undi Hilang

Pkr Cadangkan Pemilihan Semula Jika Tak Jumpa Undi Hilang

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 362 hits
PETALING JAYA Jawatankuasa pemilihan pusat PKR akan mencadangkan pemilihan parti di Melaka dan Negeri Sembilan yang sepatutnya selesai semalam diadakan semula jika undi yang hilang tidak ditemui dalam tempoh 24 jam Pengerusi Datuk Rashid Di...
Pemimpin Pkr Serah Bukti Tentera Undi Dalam Pemilihan Parti

Pemimpin Pkr Serah Bukti Tentera Undi Dalam Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 432 hits
MINDA RAKYAT KUALA LUMPUR Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong menyerahkan 2 set dokumen bagi membantu siasatan Kementerian Pertahanan berhubung dakwaan penglibatan anggota Angkatan Tentera Malaysia dalam pemilihan PKR Cawangan Petaling Jaya Ut...
Satu Undi Rm100 Dalam Pemilihan Pkr Rafizi

Satu Undi Rm100 Dalam Pemilihan Pkr Rafizi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 397 hits
Tawar RM100 satu undi Rafizi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa ahli parti itu ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata perbua...
Timbalan Presiden Pkr Azmin Dahului Rafizi 777 Undi

Timbalan Presiden Pkr Azmin Dahului Rafizi 777 Undi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 530 hits
Wartawan Watan Online Kedudukan terkini pemilihan PKR menyaksikan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabarnya Rafizi Ramli dengan perbezaan sebanyak 777 undi Persaingan kedua dua tokoh pemimpin PKR m...
Pemilihan Pkr Johari Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Politik Utusan Online

Pemilihan Pkr Johari Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Politik Utusan Online

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 522 hits
Pemilihan PKR Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang Politik Utusan Online Pemilihan PKR Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang27 Oktober 2018 8 27 PM 2 AHLI PKR beratur untuk mengundi bagi memilih calon yang bertanding bagi Cabang Sungai...
Tiada Kerjasama Antara Umno Dan Pkr Zahid

Tiada Kerjasama Antara Umno Dan Pkr Zahid

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson baru baru ini tidak menjanjikan peluang cerah buat UMNO untuk berbincang mengenai kerjasama politik dengan PKR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad ...
Jpp Akan Siasat Rafizi Presiden Pkr

Jpp Akan Siasat Rafizi Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR akan menjalankan siasatan terhadap kenyataan calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli berhubung dakwaan pemilihan parti itu diselubungi dengan politik wang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ...
Jpp Pkr Di Minta Siasat Dakwaan Rafizi Tentang Politik Wang

Jpp Pkr Di Minta Siasat Dakwaan Rafizi Tentang Politik Wang

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR diminta menyiasat dakwaan calon Timbalan Presiden parti itu Rafizi Ramli berhubung politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri D...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang