Pakar Ekonomi Ph Minta Rakyat Tabah Harungi Ekonomi Sukar



Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, rakyat Malaysia perlu bersedia mengharungi tempoh sukar akan datang memandangkan ekonomi kini berdepan isu sebenar di tengah-tengah situasi luaran yang tidak dapat diselesaikan, malah semakin bertambah buruk hampir setiap hari.

"Perang ekonomi bukan hanya mengenai perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, kerana kita tidak dapat menghindarinya kerana ia juga menjadi sebahagian daripada ekonomi kita.

"Kita juga akan tersepit dalam keadaan tersebut memandangkan China merupakan rakan dagang utama kita selain terdapat banyak pelaburan Malaysia dengan China menerusi usaha sama seperti Proton dan Geely,” katanya kepada pemberita di luar Konvensyen Ekonomi Malaysia 2019.

Beliau berkata penting untuk segenap pihak di negara ini mengenal pasti masalah berkenaan dan menguruskan isu itu secara bersama sebagai sebuah negara dengan rakyatnya bersatu padu sekali gus menolak perbezaan politik.

Negara perlu mula memikirkan mengenai pelaburan domestik yang akan menjadi penyelamat ekonomi ini berbanding menumpukan usaha ke atas pelaburan asing, katanya.

Jomo berkata kelembapan ekonomi telah sedia berlaku dan menjejaskan harga komoditi Malaysia malah situasi itu tidak akan pulih serta-merta.

"Malaysia bukan sebuah negara pengeluar minyak dengan kos rendah seperti Arab Saudi, malah Arab Saudi juga menyemak semula dasar mereka disebabkan iklim ekonomi semasa,” katanya.

Ketika ditanya sama ada ekonomi Malaysia memerlukan rangsangan baharu, beliau berkata negara telah melaksanakannya sejak 20 tahun lepas ketika krisis kewangan Asia melalui banyak pinjaman.

Beliau menjelaskan banyak perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan telah dibuat atas nama rangsangan ekonomi. Jomo berkata Malaysia kini perlu mempertingkat amalan kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Mengenai agenda pembaharuan negara, beliau berkata usaha pembaharuan bukan sesuatu yang mudah dan senarai harapan pula sangat panjang, justeru itu kerajaan perlu memberi keutamaan kepada isu yang mendesak berbanding aspek lain seperti perkara yang Bank Dunia mahu Malaysia laksanakan.

Menangani isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan hutang negara mungkin menjadi perkara paling penting untuk diselesaikan buat masa ini, katanya.

"Saya tidak boleh mengatakan apa yang dilaksanakan kerajaan adalah mengagumkan kerana banyak lagi kerja yang perlu dijalankan namun, apa yang mereka cuba realisasikan juga melibatkan kepentingan yang kuat, selain wujud pihak yang akan menentang pembaharuan, oleh itu, ia bukan mudah,” katanya menerusi portal Bernama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.utaranews.com/2019/06/pakar-ekonomi-ph-minta-rakyat-tabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketidakcekapan Ph Urus Ekonomi Rakyat Jadi Mangsa

Ketidakcekapan Ph Urus Ekonomi Rakyat Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 260 hits
Kenyataan Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah Dr Jomo K Sundaram mengajak rakyat bersedia berdepan zaman lebih sukar akibat ekonomi dunia tidak menentu adalah suatu pengakuan dan bukti kerajaan Pakatan Harapan tidak berkeupayaan ...
Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 620 hits
Carousell salah satu daripada pasar iklan baris terbesar dan paling pantas di dunia menjalankan kaji selidik dalam aplikasinya yang menarik seramai 1 724 responden mengumpul beberapa pandangan ke dalam pembersihan rumah tradisional atau mer...
4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 462 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia dan kerajaan digesa supaya mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakat sertai kempen banteras judi haram Penyediaan pusat saluran maklumat itu juga supaya memudahkan data data butiran mereka t...
Daripada Wajib Militer Menhan Lebih Setuju Rakyat Memahami Pancasila

Daripada Wajib Militer Menhan Lebih Setuju Rakyat Memahami Pancasila

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 276 hits
Daripada Wajib Militer Menhan Lebih Setuju Rakyat Memahami Pancasila Menurut dia pemahaman akan Pancasila sangatlah penting Meskipun sudah melakukan wajib militer tetapi tidak dibarengi pemahaman Pancasila lanjut Ryamirzad tidak berpengaruh...
Nelayan Diculik Bukan Rakyat Malaysia Timbalan Kpn

Nelayan Diculik Bukan Rakyat Malaysia Timbalan Kpn

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 376 hits
Sepuluh kru bot nelayan yang didakwa diculik penjenayah rentas sempadan berhampiran perairan Tawi Tawi selatan Filipina awal pagi Selasa disahkan bukan rakyat Malaysia Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata siasatan awal me...
Ahok Soal Terbitnya Pergub 206 Aku Keluarkan Buat Bantu Rakyat Dki

Ahok Soal Terbitnya Pergub 206 Aku Keluarkan Buat Bantu Rakyat Dki

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 249 hits
Ahok menjelaskan Pergub miliknya ditujukan agar Pulau Reklamasi bisa segera memberikan penghasilan besar untuk digunakan masyarakat DKI Jakarta Sebab saat itu pengurusan Perda Reklamasi tidak kunjung rampung di DPRD DKI padahal 4 dari 17 pu...
Pos Malaysia Keluarkan Setem Variasi Asam Kesukaan Rakyat Malaysia

Pos Malaysia Keluarkan Setem Variasi Asam Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 554 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem baharu yang memaparkan tiga variasi Asam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Asam Kelubi Asam Embang dan Asam Kandis Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Haidan Ab...
Kekuatan Kerajaan Tidak Tergugat Jika Punya Belas Kasihan Pada Rakyat

Kekuatan Kerajaan Tidak Tergugat Jika Punya Belas Kasihan Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 285 hits
KOTA KINABALU 17 Jun Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kekuatan sesebuah kerajaan tidak akan tergugat sekiranya ia mempunyai belas kasihan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata belas ...
Sejauhmana Rakyat Bijak Guna Kebebasan Bersuara Di Bawah Ph

Sejauhmana Rakyat Bijak Guna Kebebasan Bersuara Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 355 hits
Di harap tahap maki Dan FITNAH era 10 tahun dahulu sudah pupus kecuali yang memang itu sudah jadi makanan ruji mereka Kita test kebijaksanaan mereka TUMPANG IKLANKambing utk DIJUAL lumsum10 ekorJantan 4 ekor Betina 6 ekorDetails Jantan 1 ek...
Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes

Cadangan Syarikat Penerbangan Dari Malaysia Ke Korea Lengkap Dengan Senarai Harganya

Evolusi Terapi Radionuklid Dalam Perubatan Nuklear Untuk Rawatan Pigmented Villonodular Synovitis

Hari Arafah Kelebihan Dalil Amalan Yang Boleh Dilakukan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Govt Considering Homes Above Train Stations To Ease Congestion

Dr M To Launch Big Umbrella To Save Malays With Pn At His Side

High Court Judge Roz Mawar Praised For Sound Solid Judgment In Denying Pmx S Immunity Bid

Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda