Ketidakcekapan Ph Urus Ekonomi Rakyat Jadi Mangsa


Kenyataan Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Dr. Jomo K Sundaram mengajak rakyat bersedia berdepan zaman lebih sukar akibat ekonomi dunia tidak menentu adalah suatu pengakuan dan bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berkeupayaan mengurus serta menghadapi cabaran ekonomi ketika ini.
Sambil menyifatkan situasi itu begitu amat mendukacitakan apabila rakyat menjadi mangsa, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sepatutnya dalam keadaan apapun, rakyat mesti dibantu.
Malah, kata beliau, kerajaan PH perlu merangka strategi menghadapi cabaran ekonomi global dewasa ini terutama membantu dan melindungi golongan yang terkesan dalam situasi sedemikian.
“Ini baru dinamakan kerajaan bertanggungjawab. Memang tidak salah kerajaan menyuruh rakyat bersedia.
“Namun, mengajak rakyat mengikat perut dengan memberi alasan ‘situasi luaran’ yang ‘di luar kawalan kerajaan’ adalah suatu yang tidak boleh diterima. Ini seakan kerajaan PH sudah kehabisan idea menangganinya.
“Kerajaan PH mesti mempunyai formula terbaik membina benteng kekuatan ekonomi Malaysia. Namun yang ketara ialah polisi dan dasar kewangan negara tidak konsisten dan sukar meyakinkan pelbagai pihak. Kelemahan menteri dan pihak dipertanggungjawabkan inilah yang mengeruhkan keadaan,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.
Shamsul Anuar percaya ramai kecewa dengan pelbagai `janji manis, `pelan pembaharuan’, `agenda penambahbaikan’, `reformasi ekonomi’, `bajet rakyat’ dan sebagainya yang dipropogandakan oleh kerajaan PH selama ini.
Kata beliau, jelas ketara ia tidak memberikan kesan positif kepada negara apabila angka angka rasmi menunjukan `dalil’ usaha kerajaan PH gagal.
“Realitinya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semasa Barisan Nasional jauh lebih tinggi dari keempat-empat harimau Asia dan selalu di antara tertinggi di ASEAN dan dunia.
“Kini berbeza di bawah PH. Hutang negara meningkat hampir RM100 bilion sejak Mei 2018, tidak termasuk pinjaman RM82 bilion dari Petronas , bon Samurai. Difahamkan kerajaan PH mahu pula berunding mendapatkan bon Panda dari China,” kata beliau.
Kata Shamsul Anuar lagi, fakta juga membuktikan pertumbuhan ekonomi dibawah PH lemah dan berlaku penyusutan dana dana Petronas, Khazanah dan Tabung Haji serta mungkin juga dana lain.
“Keadaan tersebut membimbangkan dan Dr. Jomo atau penasihat kewangan Kerajaan PH mesti jujur bercakap soal ini.
“Kita perlu akui, nilai ringgit Malaysia semasa BN serahkan negara ini ialah USD1 = RM3.83. Namun selepas setahun di bawah PH, ringgit lemah semula menjadi USD1 = RM4.18. Indeks bursa saham juga pernah jatuh 300 mata ke bawah 1,600 walaupun pulih sedikit ke 1,640 ketika ini,” jelasnya.
Kata beliau:
“Perang ekonomi Amerika Syarikat-China tidak seharusnya dijadikan alasan. Kedua kuasa ekonomi ini sejak dahulu telah saling bersaing. Malahan ada ketikanya lebih agresif ketika zaman Kerajaan BN. Namun Kerajaan BN berjaya mengharungi ketidaktentuan ekonomi dunia ketika itu melalui perlaksanaan dasar-dasar yang pragmatis, diyakini pelbagai pihak serta berupaya membina bentang ketahanan ekonomi negara dengan berkesan.
“Ketidakmampuan kerajaan PH disahkan lagi dengan pengakuan Dr. Jomo bahawa “agenda pembaharuan bukan mudah dilaksanakan” . Selain dilihat sebagai satu helah meminta rakyat bersimpati jika ia tidak dapat dilaksana, hakikatnya juga memperlihatkan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan pelbagai jawatankuasa yang dibentuk di bawah PH, tidak berperanan sebagaimana sepatutnya.”
Shamsul Anuar turut mempersoalkan:
“Di manakah `penasihat-penasihat’ kerajaan yang dahulunya menyuruh Perdana Menteri memansuh perancangan atau membubarkan dasar dasar BN semata-mata kerana perasaan dendam dan bencikan hasil kerja BN? Sebetulnya zaman kesukaran yang dinyatakan oleh Dr Jomo sudah dilalui dengan berjaya oleh kerajaan BN. BN juga mewariskan Malaysia dalam kedudukan yang baik kepada PH, namun diputarbelit oleh pimpinan PH.
“Kesannya rakyat yang menanggung kesengsaraan. Pelbagai bantuan kewangan dipotong, pembuangan kerja dan pengangguran berlaku. Kos sara hidup bertambah. Usahawan dan peniaga Bumiputra kini berdepan cabaran berbeza. Kini rakyat menunggu apakah pelan tindakan kerajaan untuk mereka keluar dari kemelut ekonomi ini dan bukannya dibiarkan terus karam dalam pusaran ekonomi ketika ini.” – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/19/ketidakcekapan-ph-urus-ekonomi-rakyat-jadi-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Urus Bsh Macam Tikus Baiki Labu Menyusahkan Rakyat

Kerajaan Ph Urus Bsh Macam Tikus Baiki Labu Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 358 hits
TIGA kali kami pergi ke Bank BSN Rawang untuk buka akaun atas nama saya Sebab tahun ni tiba tiba kerajaan masukkan duit BR1M saraan hidup atas nama isteri Saya pergi dua hari sebelum raya Dapat borang selepas beratur panjang dari jam 9 30 p...
Ph Gagal Pertahan Islam Dan Urus Ekonomi Kata Hadi

Ph Gagal Pertahan Islam Dan Urus Ekonomi Kata Hadi

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 371 hits
Abdul Hadi Awang menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi negara terus perlahan sehingga 2020 di bawah kerajaan PH pimpinan Mahathir Mohamad KUANTAN Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mempertahankan...
Pakar Ekonomi Ph Minta Rakyat Tabah Harungi Ekonomi Sukar

Pakar Ekonomi Ph Minta Rakyat Tabah Harungi Ekonomi Sukar

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 369 hits
Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah Dr Jomo Kwame Sundaram berkata rakyat Malaysia perlu bersedia mengharungi tempoh sukar akan datang memandangkan ekonomi kini berdepan isu sebenar di tengah tengah situasi luaran yang tidak dapa...
Program Perumahan Rakyat Di Kedah

Program Perumahan Rakyat Di Kedah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Selain daripada makan minum pakaian serta pekerjaan kediaman atau rumah juga merupakan salah satu keperluan yang wajib kita miliki Memiliki sebuah rumah amat dihajati oleh semua golongan terutamanya yang ...
Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Siapakah Yang Layak Memohon

Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Siapakah Yang Layak Memohon

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 502 hits
Artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat yang akan menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia Untuk pengetahuan semua permohonan BSH dibuka kepada semua yang layak kecuali pemegang Kad Deb...
Kejayaan Terbesar Chong Wei Berjaya Satukan Rakyat Melalui Sukan Wan Azizah

Kejayaan Terbesar Chong Wei Berjaya Satukan Rakyat Melalui Sukan Wan Azizah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 332 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaan terbesar jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei adalah berjaya menyatukan seluruh rakyat melalui sukan Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan ...
Seluruh Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina Tak Sangka Ibu Dan Ayahnya Bukan Calang Calang Individu

Seluruh Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina Tak Sangka Ibu Dan Ayahnya Bukan Calang Calang Individu

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 491 hits
Rakyat Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan pakar yang berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di Lon...
Pian Kpop Ijoy Mushiro Artis Viral Kebanggaan Rakyat Kelantan

Pian Kpop Ijoy Mushiro Artis Viral Kebanggaan Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 2023 hits
Jalan cerita mereka hampir sama Asal pun dari negeri yang sama iaitu Kelantan cuma kampung jer lain lain Pian Kpop berasal dari Pasir Mas manakala Ijoy Mushiro dari Kuala Krai Kini kedua duanya dah mencapai populariti setanding dengan artis...
Bpn Sebut Gugatan Di Mk Menyangkut Suara Rakyat Yang Merasa Dicurangi

Bpn Sebut Gugatan Di Mk Menyangkut Suara Rakyat Yang Merasa Dicurangi

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 197 hits
BPN Sebut Gugatan di MK Menyangkut Suara Rakyat yang Merasa Dicurangi Dahnil menegaskan proses yang ditempuh Prabowo Sandi sangat konstitusional dalam negara demokrasi Dia menyebut sebagai seorang tokoh dan negarawan Prabowo tidak akan mela...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba