Pak Kadok Pan Dan Tender Terbuka Pak Pandir


MUHAMMAD SANUSI MD NOR   

SAMPAI kepada saya bahawa Menteri terbabit dan juak-juaknya terlalu lembab untuk menyesuaikan diri dengan sistem kerajaan, tetapi nafsu politik dan ego mereka membuak-buak.

Demi mengembangkan pengaruh politik yang semput, Akta dipinda untuk membolehkan majoriti Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dilantik oleh Menteri, berbanding pemilihan dalam Mesyuarat Agong. Proses dimulakan dengan membunuh demokrasi di PPK dan PPN hinggalah ke Nafas. Menggunakan kuasa Menteri itulah mereka merodak, merobek dan mencengkam Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Negeri dan Kawasan melalui dasar baru pelantikan AJP.

Daripada sembilan orang AJP Pertubuhan Peladang Negeri, lima orang dilantik oleh  Menteri. Ia lebih ramai daripada yang dipilih melalui Mesyuarat Agong Peladang (4 orang).

Demikian juga AJP di Nafas, enam orang daripada 11 AJP dilantik oleh Menteri, selebihnya melalui pentandingan dalam Mesyuarat Agong.  AJP selain lantikan Menteri itu bukan mewakili BN atau parti politik lain, tetapi mereka dipilih oleh ahli peladang dalam Mesyuarat Agong. Jangan ubah fakta ini.

Kalau dipilih secara demokrasi dalam Mesyuarat Agong semuanya, tiada sesiapapun daripada PAN dapat menduduki kerusi AJP Nafas. Mereka tiada akar umbi dari kalangan peladang dan petani, mereka menetas dan ada kuasa politik dari bantuan DAP dan PKR saja.

Saya bersetuju bahawa lantikan Menteri di AJP Nafas tidak salah, melainkan mereka dilantik untuk membuat salah atau berpakat untuk membina kepentingan politik dengan mengkudakan PPK, PPN dan Nafas.

Umpamanya mengarahkan pengurusan Nafas atau pihak berkepentingan dengan Nafas menempah dan membayar bil hotel untuk kegunaan pemimpin dan ahli PAN sewaktu berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Tg Piai. Isu bayaran bilik hotel ini didedahkan oleh Dato’ Seri Dr Wee Kah Siong dalam Parlimen semalam.

Maklumlah mereka kini memiliki suara majoriti. Perlu diingat, PPK, PPN dan Nafas bukan GLC milik kerajaan, ia milik 920 ribu orang peladang, petani dan pesawah melalui pegangan saham mereka.

Bagaimana ia bermula?

Sejak November 2018, apabila Kementerian Kewangan memotong hampir separuh peruntukan Kementerian Pertanian, khususnya berkaitan baja subsidi, pengurusan kilang baja Nafas di Gurun menggelupur.

Mereka mendesak Menteri Pertanian dan Ahli-ahli Parlimen memperjuangkan peruntukan yang mencukupi memandangkan kilang baja Nafas akan mengalami masalah besar jika bajet dan produksi dikurangkan. Sebahagian production plant terpaksa ditutup. Pekerja terpaksa berhenti.

Dasar bunuh diri

Dasar populis tender terbuka membuatkan Nafas menggelupur lagi kerana mereka tahu persaingan di pasaran bebas akan dimanipulasi oleh taikun-taikun Kapitalis yang tidak ada tanggungjawab lain, selain mencipta untung untuk faedah seorang dua pemilik syarikat.

Kali ini mungkin keseluruhan operasi kilang dan rantaiannya terpaksa dihentikan dan pemegang saham akan menerima kerugian. Mereka adalah ahli-ahli peladang seluruh negara.

Baja import boleh masuk ke pasaran pada bila-bila masa. Isu kualiti baja Nafas dituduh terlalu rendah dan diselewengkan, dimainkan semahunya, tetapi tiada tangkapan atau pendakwaan di mahkamah dilakukan. Nafas akhirnya digantung dengan kuasa Menteri untuk melakukan rombakan – atau sebetulnya rompakan?

Akta dipinda dan pelantikan kuota Menteri di semua peringkat AJP PPK, PPN Dan Nafas dilaksanakan.

Selepas pelantikan kuota yang kontroversi itu dilaksanakan, bantahan pemegang saham yang telah menjadi minoriti dalam AJP muncul di semua peringkat, tetapi diabaikan.

Suara ahli peladang asli dalam AJP  PPK, PPN dan Nafas dibisukan, kini hanya ada suara dan kuasa peladang tiruan daripada PAN dan aktivis politik PH yang membentuk majoriti.

Tiba-tiba semua masalah yang didakwa berlaku sehingga Nafas digantung itu selesai dengan sendirinya. Demokrasi diubah menjadi kuku besi. Pemegang saham hilang kuasa. Lengkaplah usaha mempolitikkan PPK, PPN dan Nafas.

Kementerian Pertanian memanggil tender terbuka untuk kerja-kerja berkaitan membekal baja, benih dan input pertanian lain untuk pakej pertama.

Ini dasar popular Pakatan Harapan. Ia dilaungkan sebelum PRU14 lagi untuk memancing sokongan rakyat. Ia kehendak DAP, PKR, PAN dan PPBM. Kementerian hanya pelaksana dasar.

Dalam pakej  pertama, pembida menawarkan harga terendah RM52 juta++. Nafas tiada pilihan terpaksa masuk tender dengan harga RM60 juta++. Kata Nafas itulah harga mereka sejak dulu mengambil kira struktur dan tanggungjawab penubuhannya.

Nafas nampaknya akan terlepas projek itu kerana Jawatankuasa Perolehan Kementerian dalam sistem kerajaan sudah ada keputusan berdasarkan  tender terbuka.

AJP pekak yang dilantik dari kalangan pimpinan dan aktivis politik PH tanpa roh peladang terpinga-pinga. Ayam sabung nampaknya menang tapi hadiah dapat kepada orang lain.

Mereka berjumpa dan mengadu kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri terpaksa bersetuju membantu Nafas kerana sejak 22 tahun lalu, itulah dasar kerajaan untuk membantu peladang, petani dan pesawah. Seni politik pun mengambil tempat untuk menyelamat Nafas.

Menteri yang berlagak itu rupanya telah menembak kakinya sendiri, hasil hasutan big brother mereka dalam PH.  Dalam kegawatan itu, dia menulis surat memohon projek rundingan terus kepada Nafas selama 3 tahun bernilai RM1.4 bilion, yang didedahkan oleh MCA di Parlimen.

Adakah MCA rasis kerana projek itu pergi kepada Nafas?  Tidak! Ia didedah kerana prosesnya pincang, kong kali kong dan dibesarkan dengan isu sewa 38 bilik hotel  di PRK Tg Piai.

Pemenang tender yang dinafikan haknya punya hak untuk bersuara melalui pelbagai cara. Salah satunya melalui pendedahan di Parlimen. Pilihannya tentulah MCA atau BN atau PAS yang baru menang besar di Tg Piai.

Bayaran tempahan hotel di PRK Tg Piai atas nama Nafas yang dihuni oleh pemimpin PAN itu dapat dicium oleh MCA tentulah ada sebab dan caranya.

Mungkin bukan setakat bilik hotel sahaja, mungkin ada lagi umpan yang dikunyah orang mabuk kuasa. Bila kail disentak, satu dunia nampak mereka bertelanjang, kulup mereka telah disunatkan.

Tiba-tiba PAN bersurah panjang tentang Melayu, Islam, peladang dan pesawah bila berdepan dengan kepincangan yang dibangkitkan oleh MCA dan beberapa Ahli Parlimen.

Mereka membangkitkan rasism sebagai asas pendedahan MCA. Andainya ia didedahkan oleh Umno atau PAS, mungkin mereka akan berebut membeli lebai dan ketayap pula.

MCA tidak persoalkan Nafas, dia persoalkan kenapa sejak awal kerajaan PH melaungkan dan melaksanakan tender terbuka, bila sudah selesai, ia dibatalkan. Kenapa rundingan terus tidak dibuat sejak awal lagi. Ia amalan sejak zaman BN yang tidak dibantah oleh MCA.

Menteri dan PH tidak perlu berlagak suci dengan melaksanakan dasar tender terbuka sejak awal lagi. Mereka perlu sedar diri.

Ada dasar kerajaan terdahulu yang baik untuk diteruskan, tertamanya tentang peladang dan petani dalam Nafas. Buat apa bersorak kalau kampung boleh tergadai?

Surat kepada PM yang diakuinya itupun telah terlewat, selepas tender selesai, ditambah pula dengan egonya yang tersembam di Tg Piai.

Hari ini, mereka cuba menjulang dia sebagai hero peladang dan petani pula, selepas bengapnya dilondehkan. Layakkah?

Untuk menutup biru mukanya, semalam dia menyatakan proses itu belum selesai, belum muktamad pula.

Bola digolekkan ke kaki MOF yang dipegang DAP. Saya rasa, DAP lah yang akan muncul sebagai hero peladang dan petani, Melayu dan Islam dengan mengekalkan kehendak PM agar projek itu diberi kepada Nafas. Siapa hero siapa pula  Pak Pandir?

Tiada siapapun yang mempersoalkan Nafas, peladang dan petani dalam isu baja dan input pertanian bernilai RM1.4 bilion itu.

Semua orang bersetuju Nafas diberikan projek berkaitan, kerana itulah tujuan mereka ada di situ. Yang membantah dalam perut kita tidak tahu! Politik itu berseni.

Persoalan pokoknya ialah PAN sebetulnya bodoh, tapi angkuh, mabuk kuasa, akhirnya terperangkap dengan gaya kuku besi mereka sendiri. Untuk selamatkan diri, mereka lari berlindung di belakang peladang, petani dan pesawah dan melaungkan rasism pula. Pak Kadok memang tak dapat dibantu, tetapi Nafas harus dipertahankan jangan sampai terhenti.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR , ADUN Jeneri ,Sik Kedah. – HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/pak-kadok-pan-dan-tender-terbuka-pak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Kadok Takbir Sokong Mca

Pak Kadok Takbir Sokong Mca

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 474 hits
Dengan laungan takbir meraikan kemenangan MCA di Parlimen Tanjung Piai Gegak gempita Pak Kadok dan kumpulannya meraikan kemenangan Sebelum Pilihan Raya Kecil ditayangkan klip video aksi wanita muslimah memegang erat tangan Cina kafir kerana...
Isu Tender Terbuka Baja Pertubuhan Peladang Kebangsaan Nafas

Isu Tender Terbuka Baja Pertubuhan Peladang Kebangsaan Nafas

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1045 hits
Oleh nizam Aka PM dah setuju sambung bagi kat NAFAS secara runding terus Sebelum ini sejak 1986 program pembekalan baja petani memang diberi secara runding terus kepada NAFAS Kilang baja NAFAS tu pun dulu Tun M suruh buat masa dia PM4 Pada ...
Isu Tender Terbuka Nafas Disabotaj

Isu Tender Terbuka Nafas Disabotaj

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 503 hits
Via WhatsApp PM dah setuju sambung bagi kat NAFAS secara runding terus Sebelum ini sejak 1986 program pembekalan baja petani memang diberi secara runding terus kepada NAFAS Kilang baja NAFAS tu pun dulu Tun M suruh buat masa dia PM4 Pada ta...
Minister Clips Scandal Talk In Tender Process

Minister Clips Scandal Talk In Tender Process

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 166 hits
The tender process by the Ministry of Agriculture and Agro based Industry for the award of contracts to the National Farmers Organisation has yet to be finalised said its minister Salahuddin Ayub He said the process had been carried out in ...
Apa Hal Ni Din Projek Dah Muktamad Tender Boleh Pulak Kasi Kontraktor Lain

Apa Hal Ni Din Projek Dah Muktamad Tender Boleh Pulak Kasi Kontraktor Lain

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 433 hits
KenapaRundinganTerusDibuatSelepasProsesTenderTerbukaDimuktamadkan Di bawah maksud Bekalan B 21 040000 Program Khusus saya hendak menyentuh perkara tertakluk di bawah Butiran 040400 Subsidi Harga Padi Butiran 040500 Subsidi Baja Padi Butiran...
Salahuddin Akui Tulis Surat Kepada Pm Sokong Beri Tender Pada Pertubuhan Peladang

Salahuddin Akui Tulis Surat Kepada Pm Sokong Beri Tender Pada Pertubuhan Peladang

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 406 hits
November 22 2019 6 32 PMMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub PETALING JAYA Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub akui beliau menulis surat kepada perdana menteri menyokong tender berkaitan kementeriann...
Salahuddin Admits Writing To Pm To Ask Rm1 4 Bil Tender Be Given To Nafas

Salahuddin Admits Writing To Pm To Ask Rm1 4 Bil Tender Be Given To Nafas

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 389 hits
Agriculture and Agro based Industry Minister Salahuddin Ayub says the tender will benefit the 920 000 Nafas members and not enrich his pockets as some quarters were claiming GEORGE TOWN Agriculture and Agro based Industry Minister Salahuddi...
Tender Nafas Sabotaj Atau Kambing Hitam

Tender Nafas Sabotaj Atau Kambing Hitam

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 368 hits
Kenyataan Menteri Wilayah Khalid Samad yang mendakwa isu tender Pertubuhan Peladang Kebangsaan berlaku ekoran sabotaj daripada pegawai pegawai kerajaan di Kementerian Pertanian yang pandai pandai membuka dan membatalkan tender adalah satu t...
Tender Nafas Dipersetuji Umno Dalam Parlimen

Tender Nafas Dipersetuji Umno Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 396 hits
Ipohmali Bila kita jawab fitnah depa pasal Skandal RM 1 4 Billion Depa jawab pulak Kita bukan pertikai kenapa Tender tu diberi kepada NAFAS Tetapi kenapa Buat tender Terbuka Lepas tu berikan kepada NAFAS dengan rundingan Terus Kata depa Kal...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation