Pak John Steamboat Bbq
Sesekali gantung kuali takpe kan.hehe..khamis lepas kitaorang sekeluarga jalan-jalan ke IOI City Mall.Jalan-jalan cuci mata jer..haha..bolehlah lepaskan tension duduk rumah,maklumlah kita nie suri rumah sepenuh masa je kan,24 jam duk terperuk dekat rumah,sesekali keluar berjalan ok juga..taklah juga tepu otak tu..haha..
Sebelum balik tu,kitaorang carilah port makan.Jadi kitaorang decide nak try makan kat Pak John Steamboat & BBQ.Dah lama teringin nak try steamboat Pak John nie tetapi lokasi yang agak jauh dari rumah,tangguhkan dulu.Tetapi alang-alang dah sampai ioi city mall nie ambil peluanglah kan..
Masa sampai ke pak John Steamboat & BBQ tu dalam jam 6.30.Kat situ adalah dalam 3 group kat dalam dan 1 group makan kat luar.Kitaorang pilih tempat kat dalam je sebab berhawa dingin..hehe..Dapat pula kerusi empuk tu,anak boleh siap baring-baring lagi.Boleh diorang buat macam rumah sendiri.Nie sebelum ramai orang lagi.Tapi dalam jam 7 tu dah ramai yang masuk nak makan kat sini
Antara banyak-banyak kedai @ restoran steamboat yang lain,Pak John ini mempunyai sedikit kelainan iaitu:
1.SupKebiasaan kedai-kedai steamboat yang lain hanya menyediakan 2 jenis pilihan sup sahaja tetapi dekat sini ada sehingga 5 jenis sup.
Pilihan Sup Steamboat
-Prawn Soup
-Tom Yam Soup
-Miso Sup
-Chicken Soup
-Curry Soup
Kami pilih Miso soup.Anak-anak pun boleh hirup sup tu kan sebab tak pedas.Dalam 3x jugalah tambah sup tu..huhu.Nak tambah sup tak payah panggil pelayan,diorang sendiri yang akan datang dan tanya nak tambah ke tidak.
2.Lebih 160 pilihan makanan yang ada
Macam-macam ada dari makanan siap seperti mee goreng,nasi goreng,kek,buah-buahan,sayur-sayuran dan bahan-bahan steamboat dan juga BBQ.Selain itu terdapat juga waffle,aiskrim,dimsum,dan juga aiskrim.
3.Sos
Banyak jenis sos dan sambal.Pilih je mana-mana yang korang suka
4.Air
Air pun banyak pilihan juga.
5.Makanan premium yang tidak ada dekat kedai steamboat lain.
-Premium Abalone Slices
-New Zealand Lamb Slices
-Australia Beef Slices
-Smoke Duck Breast
Pak John Steamboat & BBQ ini di buka dari jam 11 pagi sehingga jam 10 malam setiap hari.
Harga:
Isnin-JumaatLunch:RM32.90 (Dewasa),RM22.95 (Kanak-kanak)Dinner:RM42.90 (Dewasa),RM17.95 (Kanak-kanak)
Sabtu,Ahad & Cuti UmumRM42.90 (Dewasa),RM22.95 (Kanak-kanak)Percuma:Kanak-kanak bawah 5 tahun
Pak John Steamboat and BBQGE-11,Ground Floor,IOI City Mall,62502 Putrajaya,Selangor
Contact Tempahan:012-7050684Facebook:www.facebook.com/pakjohn.ytfInstagram:www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mommyfiqa.com/2018/11/pak-john-steamboat-bbq.html