Pahit Jangan Terus Dibuang Tunggulah Penyudahnya Bagaimana
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
PAHIT JANGAN TERUS DIBUANG TUNGGULAH PENYUDAHNYA BAGAIMANA |Pahit?.Sebut sahaja pun sudah boleh bayangkam bagaimana rasanya.Terus terasa ditekak.Peria pahit,tidak semua orang boleh makan peria walaupun sebelum dimasak telah direndam dengan air garam terlebih dahulu.Biasanya setelah direndam dengan air garam rasa pahitnya berkurangan.Digoreng dengan telur,tidak pun udang pun boleh kurangkan rasa pahit peris juga,namun masih tetap ada yang tidak boleh terima pahitnya peria.Tolong jangan dipaksa kerana selera orang tidak samakan.Ubat-ubatan juga pahit rasanya.Sangat jarang ubat manis terutama untuk orang dewasa melainkan ubat untuk anak-anak atau kanak-kanak.Ada orang perlu selitkan pil yang pahit dalam buah pisang untuk memudahkannya menelan ubat tersebut.Ada banyak caralah sebenarnya
Manis itu disukai ramai.Apa yang sedap-sedap,selesa ditekak itu yang dicari-cari juga.Antara pahit dan masam mungkin orang lebih memilih masam yang tidak keterlaluan berbanding pahit yang pahitnya pun sebenarnya tidak keterlaluan.Pahit jangan terus dibuang tunggulah penyudahnya bagaiamana.Dalam kehidupan kita seperti langit tidak sentiasa cerah dan terangkan.Ada masanya mendung,ada masanya mendung membawa hujan.Begitulah dalam kehidupan kita pun sebenarnya.Tidak selalu mudah dan lancar,pasti ada ujiannya tentu ada berlikunya juga sesekali
Tidak mustahil melalui rasa pahit itu buat manusia ingin berputus asa.Berkecamuk bermacam rasa dan bertandang pelbagai idea yang merosak dan lebih terarah kejalan singkat.Kerana pahit itu menyesakkan dan pahit itu menghakis banyak kesabaran.Satu hal yang dipesan ramai orang pada PC,bila kita mendapat suatu yang dirasakan kepahitan dalam hidup,jangan cepat-cepat dibuang,jalani,hadapi,bertoleransi dengan baik dengan kepahitan itu kerana boleh jadi penyudahnya itu membuat kita menjadi manusia yang lebih baik
S e k i a n
RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/12/pahit-jangan-terus-dibuang-tunggulah.html