Pahang Setuju Kaji Semula Peraturan Perlombongan


BernamaSetiausaha Kerajaan Negeri, Sallehuddin Ishak ketika meninjau lapangan pada 6 Jun.
(Gambar Facebook)KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju untuk mengkaji semula peraturan berkaitan aktiviti perlombongan bagi mengelakkan berlaku masalah pencemaran sumber air.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Sallehuddin Ishak berkata antara perkara yang dipersetujui ialah pindaan terhadap jumlah deposit Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama yang perlu dijelaskan sebelum operator boleh memulakan aktiviti melombong.
“Selain itu, syarat tenemen (lesen) mineral akan diperketatkan dan ditambah baik selain turut mewujudkan pelan pemulihan lombong yang lebih komprehensif melibatkan agensi kerajaan dan pemegang lesen,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Keputusan itu dibuat ekoran pencemaran sumber air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Temau di Lipis yang dibincangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam.
Pencemaran yang berlaku pada Mei lepas menyebabkan LRA itu terpaksa ditutup beberapa kali sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada 421 pemegang akaun di Felda Chegar Perah dan Felcra Sungai Temau.
Tinjauan di sekitar Sungai Temau pada Sabtu mendapati terdapat tapak lombong yang masih aktif dan bekas lombong yang tamat tempoh berhampiran LRA Sungai Temau.
“Hasil tinjauan mendapati berlaku limpahan air dari kolam sedimen di tapak lombong yang mengalir masuk ke anak sungai disebabkan kelemahan operator lombong dalam aspek penyelenggaraan kolam itu.
“Bacaan Kadar Tingkat Kekeruhan Air (NTU) juga tinggi iaitu 4,380 NTU pada 16 Mei lepas dan keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan lebat menyebabkan sumber air tidak boleh diproses,” katanya.
Sallehuddin berkata tindakan operator meninggalkan lombong tamat tempoh tanpa dibaik pulih juga mendedahkan kawasan itu kepada risiko pencemaran alam sekitar melibatkan aliran air dan tebing bukit.
Kerajaan negeri mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta kepada semua operator dan pemegang pajakan lombong di kawasan Sungai Temau selain notis, kompaun, atau saman akan dikeluarkan kepada mereka yang melanggar syarat perlombongan.
“Arahan tindakan penyelenggaraan juga dikeluarkan kepada operator lombong yang didapati mempunyai masalah kolam dipenuhi mendapan yang perlu dilakukan dengan serta-merta.
“Sebagai langkah jangka pendek untuk mengatasi masalah gangguan pencemaran di LRA Sungai Temau, satu lencongan sungai sedang dibuat yang tidak akan melalui loji tersebut,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/pahang-setuju-kaji-semula-peraturan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Minta Alliance Steel Nilai Semula Keputusan Pemberhentian Pekerja

Kerajaan Pahang Minta Alliance Steel Nilai Semula Keputusan Pemberhentian Pekerja

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 484 hits
KUANTAN Alliance Steel Sdn Bhd diminta menilai semula keputusan pemberhentian pekerja dan bebarapa perkara lagi yang dibangkitkan Semalam kira kira 500 orang wakil pekerja kilang terbabit telah membuat aduan ke Pejabat Jabatan Sumber Manusi...
Bil Elektrik Tinggi Tnb Kaji Semula Mekanisma Pengerusi Tnb

Bil Elektrik Tinggi Tnb Kaji Semula Mekanisma Pengerusi Tnb

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Tenaga Nasional Bhd sedang mengkaji semula mekanisme bagi menangani aduan orang ramai mengenai caj bil elektrik tinggi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan baru baru ini Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beli...
Jeddah 039 Ditutup 039 Semula

Jeddah 039 Ditutup 039 Semula

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 257 hits
Riyadh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah lockdown di Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Makkah bermula hari ini hingga 20 Jun depan Gulf News memetik laporan Agensi Berita Saudi tindakan it...
Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 541 hits
Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan dapat dilihat sejumlah besar kedai serta premis terpaksa ditutup dalam usaha untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID 19 Hampir tiga bulan dijalankan nampaknya PKP dan PKPB sudah mul...
Penjana Perkenal Semula Kempen Pemilikan Rumah Pm Muhyiddin Yassin

Penjana Perkenal Semula Kempen Pemilikan Rumah Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 348 hits
Kerajaan akan memperkenalkan semula kempen pemilikan rumah bagi merancakkan lagi pasaran hartanah negara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi menjayakan kempen itu beberapa insentif cukai akan dilaksanakan Pengecualian duti...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 430 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan menyatakan dengan jelas prosedur operasi standard bahawa semburan cecair pembasmi kuman ke atas tubuh tidak dibenarkan terutama kepada kanak kanak Ia berikutan penggunaan seperti itu tidak d...
Tukang Gunting Rambut Gembira Dapat Bernafas Semula

Tukang Gunting Rambut Gembira Dapat Bernafas Semula

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA TERENGGANU 7 Jun Keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula mulai Rabu ini ternyata memberi kegembiraan kepada tukang gunting kerana mereka dapat bernafas semula setelah tiada pendapatan hampir tiga b...
Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 732 hits
Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka pasar pagi pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat Menurut Menteri Kanan YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob waktu operasi pasar pasar ini juga turut telah ditetapkan ...
Berbekalkan Sop Yang Ketat Segala Pasar Amp Bazaria Dibenarkan Beroperasi Semula

Berbekalkan Sop Yang Ketat Segala Pasar Amp Bazaria Dibenarkan Beroperasi Semula

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 401 hits
Sebelum ini rakyat Malaysia terutamanya pengusaha kedai gunting rambut salun kecantikan dan perniaga pasar tertanya tanya bilakan mereka bakal dibenarkan beroperasi seperti sedia kala Akhirnya sekali pertanyaan dan teka teki terjawab juga s...
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Drama Jutawan Ekspres


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

Kisah Membeli Barang Kemas Yang Tak Berapa Mahal

Perkhidmatan Pindah Pengangkutan Barang Seluruh Malaysia Ekotransport Sedia 24 Jam

Carian Popular Motosikal 2025

Alamak

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children