Pahang Negeri Terbaharu Terjejas Banjir Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Buka Malam Tadi




KUALA LUMPUR: Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini, manakala keadaan banjir di Johor, Perak dan Kedah tidak banyak berubah.
Di PAHANG, menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, dua PPS dibuka di Temerloh yang menempatkan 66 mangsa banjir daripada 18 keluarga dengan 36 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang, manakala 30 orang daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Mempateh.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit setakat 8 malam dengan 200 orang daripada 63 keluarga dipindahkan ke empat PPS berbanding 196 orang daripada 61 keluarga petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata tiga daerah terjejas akibat bencana berkenaan dengan Kluang merekodkan 101 mangsa daripada 41 keluarga, Kulai (83 orang, 19 keluarga) dan Batu Pahat (16 orang, tiga keluarga).
"Kawasan terjejas banjir antaranya Kampung Tengah Renggam, Taman Layang-Layang dan Kampung Paya Layang-Layang di Kluang; Kampung Murni Jaya, Kampung Sungai Siam, Kampung Sungai Sayong dan Kampung Sungai Besoi di Kulai serta Kampung Talang Bunut, Kampung Olak Batu dan Kampung Parit Nipah Laut di Batu Pahat,” katanya.
Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa bertambah kepada 268 orang daripada 85 keluarga berbanding 262 orang daripada 85 keluarga petang tadi dengan tiga daerah terjejas iaitu Kerian, Kuala Kangsar dan Hulu Perak.
Sebuah PPS dibuka pada 5 petang tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah di Sungai Siput dan sehingga kini pihak pasukan penyelamat masih dalam operasi memindahkan mangsa yang tinggal di kawasan terjejas dengan bencana alam itu.
"Di Hulu Perak, terdapat 36 mangsa daripada 11 keluarga, Kuala Kangsar (96 orang, 34 keluarga), Kerian (71 orang, 20 keluarga), manakala di Bagan Serai terdapat 65 orang daripada 20 keluarga,” menurut sekretariat itu.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 2,312 orang daripada 709 keluarga setakat 8 malam berbanding 2,438 orang daripada 749 keluarga petang tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari lima daerah iaitu Kota Setar, Baling, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena itu ditempatkan di 21 PPS.
"Di Kota Setar, sebanyak 1,005 orang daripada 302 keluarga ditempatkan di lapan PPS, Baling (642 orang, 210 keluarga) di sembilan PPS, Pendang (503 orang, 137 keluarga) di dua PPS, Kubang Pasu (91 orang, 32 keluarga) di satu PPS, manakala di Pokok Sena s71 orang daripada 28 keluarga ditempatkan di satu PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/10/pahang-negeri-terbaharu-terjejas-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Adun Lantikan Dewan Negeri Pahang Mula Turun Padang Menziarahi Mangsa Banjir Di Temerloh

Dua Adun Lantikan Dewan Negeri Pahang Mula Turun Padang Menziarahi Mangsa Banjir Di Temerloh

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 190 hits
TEMERLOH Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang Rizal Jamin hari ini menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara nbsp Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan dan Sekolah Kebangsaan Lanchang petang tadi nbsp Beliau y
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 365 hits
KUANTAN Sebanyak 763 kawasan panas berisiko banjir dikenal pasti pada fasa peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka November ini sehingga Mac tahun depan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kolonel Pertahanan Awam Che Adam A ...
Banjir Lebih Dua Ribu Anggota Dan Pegawai Polis Pahang Di Letakkan Dalam Keadaan Siap Siaga

Banjir Lebih Dua Ribu Anggota Dan Pegawai Polis Pahang Di Letakkan Dalam Keadaan Siap Siaga

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 163 hits
KUANTAN Lebih 2 000 anggota dan pegawai polis akan terlibat secara khusus dalam penugasan banjir di Pahang pada musim tengkujuh kali ini Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya juga melakukan persiapan awal dengan menja...
Sultan Pahang Titah Kerajaan Kurangkan Retorik Percepatkan Projek Tembatan Banjir Di Negeri Ini

Sultan Pahang Titah Kerajaan Kurangkan Retorik Percepatkan Projek Tembatan Banjir Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 301 hits
TEMERLOH Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar kerajaan mempercepat projek tebatan banjir Titah baginda cuaca sekarang tidak menentu dan banjir secara tiba tiba boleh berlaku Mungkin k...
Situasi Banjir Di Negeri Pahang Dan Perak Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di Pindahkan Meningkat

Situasi Banjir Di Negeri Pahang Dan Perak Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di Pindahkan Meningkat

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Situasi banjir di Pahang dan Perak semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang mendadak manakala di Kedah Johor dan Melaka tidak menunjukkan perubahan ketara Di PAHANG bilangan mangsa di daerah Temerloh meningkat mendad...
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Tubuhkan Pasukan Bantuan Pertahanan Awam

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Tubuhkan Pasukan Bantuan Pertahanan Awam

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 210 hits
KUANTAN Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Pasukan Bantuan Pertahanan Awam bagi membantu rakyat negeri ini semasa berlaku musibah bencana Pasukan yang ditubuhkan di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang itu berper...
Rakyat Pahang Di Saran Kemukakan Cadangan Dan Pandangan Untuk Belanjawan Negeri 2025

Rakyat Pahang Di Saran Kemukakan Cadangan Dan Pandangan Untuk Belanjawan Negeri 2025

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 295 hits
KUANTAN Rakyat negeri ini disaran mengemukakan cadangan dan pandangan terhadap pengisian yang akan dipertimbangkan dengan teliti dalam Belanjawan Negeri Pahang 2025 bagi meningkatkan taraf hidup penduduk serta memajukan pembangunan negeri M...
Wan Rosdy Elak Pertindihan Bantuan Banjir Ngo Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana

Wan Rosdy Elak Pertindihan Bantuan Banjir Ngo Di Saran Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 206 hits
TEMERLOH Pertubuhan bukan kerajaan yang ingin menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di Pahang perlu memaklumkan hasrat mereka kepada Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana bagi tujuan penyelarasan bantuan dan tugas Menteri Bes...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan