Situasi Banjir Di Negeri Pahang Dan Perak Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di Pindahkan Meningkat




KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Pahang dan Perak semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang mendadak, manakala di Kedah, Johor, dan Melaka tidak menunjukkan perubahan ketara.
Di PAHANG, bilangan mangsa di daerah Temerloh meningkat mendadak petang ini dengan 856 penduduk daripada 244 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 3.30 petang berbanding 98 daripada 25 keluarga yang berlindung di empat PPS pagi tadi.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan menempatkan 462 orang, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti 308 orang, SK Lanchang (36), Balairaya Mempateh (30) dan 20 orang di Masjid Kampung Bongsu.
Sementara itu, menurut rekod Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Mentiga, Jambatan Chini, Pekan telah melebihi tahap bahaya manakala Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh melebihi tahap amaran dengan trend menaik.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan tiga PPS dibuka tengah hari tadi di Muallim yang menjadi daerah terbaharu terjejas banjir, melibatkan 375 mangsa daripada 115 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Kampung Batu 4, SK Kuala Slim dan SK Slim River.
Di daerah Hulu Perak, empat PPS ditutup pada pukul 2 petang.
Namun, seramai 152 penduduk daripada 39 keluarga masih berlindung di PPS SK Pahit dan 51 penduduk daripada 21 keluarga di PPS SK Kerunai.
"Di daerah Kuala Kangsar, mangsa juga meningkat kepada 578 orang daripada 168 keluarga yang masih berlindung di tiga PPS iaitu SMK RLKT Lasah, SK Lasah, serta Dewan Pandak Hamid, Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Sungai Siput, manakala di Kerian, mangsa kekal 111 orang daripada 35 keluarga yang berlindung di PPS Changlat Lobak dan SK Parit Haji Aman," menurut sekretariat itu.
Di JOHOR, jumlah mangsa dari tiga daerah terjejas iaitu Kluang, Kulai dan Batu Pahat meningkat sedikit kepada 207 orang berbanding 200 orang pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata seramai 108 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke PPS di Kluang, 83 mangsa daripada 19 keluarga di Kulai dan 16 mangsa daripada tiga keluarga di Batu Pahat.
Menurutnya, empat PPS masih beroperasi iaitu di SK Seri Kampung Renggam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Layang-Layang di Kluang, Dewan Kampung Murni Jaya di Kulai serta di SK Seri Bunut di Batu Pahat.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir dari empat daerah yang terjejas menurun kepada 1,850 orang daripada 606 keluarga berbanding 2,257 orang daripada 726 keluarga pagi tadi yang ditempatkan di 17 PPS.
Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, daerah Baling mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 914 orang daripada 329 keluarga ditempatkan di 10 PPS, diikuti Pendang (453/122) di dua PPS, Kota Setar (444/139) di empat PPS dan Pokok Sena 39 orang daripada 16 keluarga di satu PPS.
"Sementara itu, satu PPS terakhir di daerah Kubang Pasu yang dibuka pada 8 Okt lepas telah ditutup sepenuhnya pada pukul 10 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di MELAKA, mangsa banjir di Jasin menurun kepada 238 orang membabitkan 79 keluarga berbanding 275 mangsa daripada 77 keluarga tengah hari tadi.
Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan semua mangsa ditempatkan di lima PPS di daerah tersebut iaitu SMK Dang Anum, SK Serkam Darat, SK Tedong, SK Merlimau dan SMK Dato Abdul Rahman Ya'kob.
"Semua mangsa merupakan penduduk yang tinggal di Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya dan dipindahkan sejak awal pagi tadi berikutan hujan lebat," menurut kenyataan tersebut. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/10/situasi-banjir-di-negeri-pahang-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Temerloh Seramai 1 803 Mangsa Di Pindahkan Ke Pps Setakat Ini

Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Temerloh Seramai 1 803 Mangsa Di Pindahkan Ke Pps Setakat Ini

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 59 hits
KUANTAN Keadaan banjir di Temerloh semakin serius apabila 1 803 mangsa daripada 544 keluarga yang berada di sembilan pusat pemindahan sementara setakat jam 4 petang ini Temerloh mula dilanda banjir pada 13 Oktober lalu Sekretariat Jawatanku...
Dua Adun Lantikan Dewan Negeri Pahang Mula Turun Padang Menziarahi Mangsa Banjir Di Temerloh

Dua Adun Lantikan Dewan Negeri Pahang Mula Turun Padang Menziarahi Mangsa Banjir Di Temerloh

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 55 hits
TEMERLOH Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang Rizal Jamin hari ini menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara nbsp Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan dan Sekolah Kebangsaan Lanchang petang tadi nbsp Beliau y
Mangsa Banjir 3 Negeri Terus Meningkat

Mangsa Banjir 3 Negeri Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 83 hits
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Johor Perak dan Kedah terus menunjukkan peningkatan setakat petang tadi KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di tiga negeri t...
Mangsa Banjir Lima Daerah Di Perak Meningkat 1 682

Mangsa Banjir Lima Daerah Di Perak Meningkat 1 682

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 50 hits
IPOH Jumlah mangsa banjir yang melanda lima daerah di Perak terus meningkat kepada 1 602 pagi ini Jumlah itu meningkat berbanding 1 605 malam tadi Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan semua mangsa kini ditempatkan di 10 b...
Pahang Negeri Terbaharu Terjejas Banjir Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Buka Malam Tadi

Pahang Negeri Terbaharu Terjejas Banjir Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Buka Malam Tadi

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 73 hits
KUALA LUMPUR Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara dibuka malam ini manakala keadaan banjir di Johor Perak dan Kedah tidak banyak berubah ...
166 Mangsa Banjir Di Perak 51 Keluarga Terjejas

166 Mangsa Banjir Di Perak 51 Keluarga Terjejas

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 69 hits
IPOH Seramai 166 mangsa banjir melibatkan 51 keluarga terjejas ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di sini setakat hari ini Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan tiga daerah di negeri ini yang teruk terjejas ial...
Banjir Keadaan Semakin Pulih Mangsa Berkurangan Kepada 433 Di Johor

Banjir Keadaan Semakin Pulih Mangsa Berkurangan Kepada 433 Di Johor

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 119 hits
PONTIAN Keadaan banjir di negeri Johor menunjukkan trend semakin pulih apabila seramai 433 mangsa masih berlindung di empat buah pusat pemindahan sementara sehingga pukul 8 malam ini Menurut data dikeluarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan M...
Certot Cicak

10 Rekomendasi Aplikasi Kasir Terbaik Di Indonesia

Art Of Reading

Kes Bunuh Kerat Lapan Abah Hayat Terlepas Tali Gantung

Viral Alarm Struggles Of Roommates Tips On How To Test Your Own

The Investigation Of Azmin Ali Is Revenge Politics At Its Best

Lelaki Didakwa Menceroboh Rumah Wakil Rakyat

Feststar Food Fest 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Doa Safar Arti Dan Keutamaannya

Offre D Essai 19 90 Euros Pour Vous Faire Conna Tre Aupr S De 10 000 Soci T S

Pengalaman Minum Air Gula Klinik Swasta 28 Weeks

Pinda Perrlembagaan Warganegara Umno Berkudis

5 Lokasi Dijangka Dinaiki Air Pasang Ekstrem Mulai Esok

Building An Inclusive Economy