Pahang Kekalkan Fatwa
Tahniah, Syabas & Terbaik Sohibussamahah Mufti Pahang Dato Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman, Jabatan Mufti Negeri Pahang kerana tegas dalam mempertahankan dan mengekalkan keputusan fatwa bahawa penggunaan kalimah Allah tidak dibenarkan pakai oleh orang bukan Islam.
Kepada mana2 pemimpin atau individu atau kumpulan atau parti politik yang masih degil berusaha untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah ,ingatlah bahawa anda sedang membuka pintu2 fitnah yang besar kepada agama Islam, gunakanlah kaedah usul yang betul dan tegas سدالذرائع (menutup lubang2 kerosakan yang lebih besar) untuk menyelamatkan Ummah yang semakin jauh mengenali Allah melalui pendekatan pengajian sifat 20.
Janganlah sengaja tempah penyakit, jangan bila dah terhantuk baru nak tergadah. Jangan bila orang kristian/kafir sudah dibenarkan secara mutlaq oleh undang2 bahawa ia boleh digunakan oleh orang bukan islam, maka nama الله akan di gantung di pintu masuk atau di atas lambang salib gereja2 mereka,di boleh kan meletak nama الله dalam restoran2 milik mereka,mereka boleh memakai pakaian yang ada kalimah الله,mereka boleh membuat tatto kalimah الله pada tubuh badan mereka, mereka boleh letak nama الله di tempat yang tak sepatutnya seperti di lantai, dalam tandas dan tempat2 kotor dan yang lebih parah nama الله di letakkan dalam taurat/injil muharrafah(palsu) mereka dll, selepas itu barulah nak menggelabah, marah, demonstrasi la serta menyesal tak tentu arah. Ingat! Ketika itu jika Kita nak bangkit marah macam mana pun, mereka tetap akan pertahankan hak mereka kerana undang2 telah menyebelahi mereka. Bangkit lah dari sekarang agar ia tidak menjadi lebih parah untuk generasi ASWJ kita akan datang.
Sebab itu lah antara golongan yang paling rapat dengan agenda jahat selain golongan Plural dan pendakyah2 kristian bagi membenarkan kalimah Allah di guna pakai oleh orang bukan islam ialah pendakyah2 salahpi Wahhabi yang mempopularkan pengajian Tauhid 3(uluhiyyah, rububiyyah, asma wassifat) yang sangat merbahaya kepada ummah yang di pelopori oleh Ibn taimiah dan kelompok2 salahpi Wahhabi ekstrem yang turut membenarkan org Musyrikin ada tauhid kepada Allah .
Firman Allah :-
لكم دينكم ولي دين
Mafhumnya: Bagi kamu agama yang batil dan bagiku agama yang haq dan hendaklah kamu mengikuti agama yang hak.
Ayat ini menunjukkan bahawa agama yang hanya di terima Allah ialah agama Islam dan kita tidak mengiktiraf agama yang benar selain agama Islam dan dalam masa yang sama kita menghormati dan bermuamalat baik dengan mereka yang bukan Islam. #TITIK.
Semoga Allah memelihara negara kita dari ancaman pendakyah2 Kristian, Plural, Salahpi Wahhabi, Khawarij dll.
Akidah kita ialah ASWJ Asyairah & Maturidiyyah beriman bahawa Allah tidak sama dengan makhluk, tidak beranak dan tidak di peranakkan,tidak ada yang setara denganNya, WujudNya tanpa bentuk, Arah dan Tempat.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/03/pahang-kekalkan-fatwa.html