Pahang Akan Wartakan 134 183 Hektar Tanah Sebagai Rizab Harimau Diraja Al Sultan Abdullah Menjelang Akhir 2028


KUANTAN: Kerajaan Pahang sedang dalam proses mewartakan kawasan seluas 134,183 hektar tanah rizab bagi Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah menjelang akhir 2028.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun, berkata fasa pertama usaha itu meliputi kawasan seluas 92,649 hektar membabitkan keseluruhan kawasan Hutan Simpan Gunung Aais di Jerantut.
Katanya, rizab tambahan sebagai Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah diwartakan melalui notis bertarikh 4 Mei tahun ini, manakala selebihnya akan dilaksanakan dalam fasa dua membabitkan Hutan Simpan Tekai-Tembeling.
"Ia adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Pahang melalui Jabatan Perhutanan negeri untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya dan kawasan merayau mereka, sekali gus mengelak konflik antara manusia dan hidupan liar.
"Tanah rizab ini adalah inisiatif pemuliharaan Harimau Malaya yang pertama di Malaysia dan sebenarnya kawasan rizab ini akan menjadi sebahagian daripada projek kredit karbon di bawah skim Kumpulan Wang Hutan Malaysia sebagai salah satu daripada banyak usaha untuk meningkatkan pemuliharaan hutan secara kolektif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Harimau Pahang Pertama di sini, hari ini, yang turut hadiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam ucapannya, Johari berkata beliau dimaklumkan kini terdapat kurang daripada 150 ekor Harimau Malaya di Malaysia, dengan 39 daripadanya berada di Pahang.
Johari berkata, kerajaan Pahang mengambil langkah serius dalam melindungi hidupan liar termasuk Harimau Malaya, dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memelihara hutan.
"Sehingga 2021, kawasan berhutan di Pahang berjumlah 2.04 juta hektar, mewakili 57 peratus daripada kawasan negeri ini. Kawasan hutan ini termasuk Hutan Simpan Kekal, Hutan Perlindungan dan Hutan Tadahan Air.
"Dengan ini, Pahang telah menjadi penyumbang terbesar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia," katanya.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata Harimau Malaya berada di ambang kepupusan kerana populasinya berada pada tahap membimbangkan dan akan pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, jika langkah luar biasa tidak diambil.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Harimau Malaya berada di ambang kepupusan kerana populasinya berada pada tahap membimbangkan dan akan pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, jika langkah luar biasa tidak diambil.
"Bertindak atas perkara ini, Kabinet Malaysia pada 2021, bersetuju dengan sembilan tindakan luar biasa bagi pemuliharaan Harimau Malaya untuk tempoh 10 tahun, bermula dari 2021 hingga 2030.
"Tindakan luar biasa itu berdasarkan tiga pendekatan iaitu pengukuhan di peringkat akar umbi dan pemuliharaan habitat Harimau Malaya, menambah baik tadbir urus dan keberkesanan dalam pelaksanaan usaha pemuliharaan dan memantapkan inisiatif untuk memastikan kemandirian spesies Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan yang inovatif dan habitat Harimau Malaya skim akreditasi," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Rosli Isa.
Nik Nazmi juga memaklumkan kementerian turut memgambil tindakan strategik menangani krisis populasi Harimau Malaya dengan kerajaan Pahang, seperti menubuhkan Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) pada tahun lalu.
Selain itu, Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) diperkukuhkan yang antara lain menyaksikan 302 Renjer Komuniti dilantik tahun ini dengan peruntukan RM9 juta.
Pusat Konservasi Harimau Malaya juga ditubuhkan di Lanchang, Temerloh pada 1 Feb 2022 bagi menjalankan program pembiasan haiwan itu secara berfokus. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/07/pahang-akan-warta-134183-hektar-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ump Kini Di Kenali Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah

Ump Kini Di Kenali Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Universiti Malaysia Pahang kini dijenamakan sebagai Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Naib Canselor UMP Profesor Datuk Yuserrie Zainuddin berkata penggunaan logo dan nama UMPSA telah mendapat perkenan Yang di Pertuan Ago...
Bomba Rancang Untuk Tambah 12 Pbs Ditubuhkan Di Pahang Menjelang 2025

Bomba Rancang Untuk Tambah 12 Pbs Ditubuhkan Di Pahang Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 200 hits
nbsp KUANTAN Sebanyak 12 Pasukan Bomba Sukarela akan ditubuhkan di Pahang menjelang tahun 2025 Exco Kerajaan Tempatan Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun berkata kini terdapat 30 PBD yang berfungsi memb...
Istana Perak Tolak Video Kaitkan Sultan Nazrin Sebagai Penyokong Pas

Istana Perak Tolak Video Kaitkan Sultan Nazrin Sebagai Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 106 hits
MalaysiakiniIstana Perak membuat laporan polis Sabtu lalu berhubung tindakan seorang wanita yang memuat naik satu klip video yang memberi gambaran seolah olah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah adalah penyokong PAS Dalam satu kenyataan hari in...
Anwar Kalau Betul Sanusi Tak Bersalah Kenapa Pas Menghadap Sultan

Anwar Kalau Betul Sanusi Tak Bersalah Kenapa Pas Menghadap Sultan

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 109 hits
Awani GOMBAK Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Namun beliau mempersoalka...
Dari Seorang Cikgu Jadi Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Ibu Kepada Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Dari Seorang Cikgu Jadi Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Ibu Kepada Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 218 hits
Dari seorang Cikgu jadi Permaisuri Agong Ini kisah Tuanku Siti Bainun ibu kepada Sultan Perak yang ramai tak tahu Ibarat hikayat lagenda kisah luar biasa umpama seorang Cinderella yang dilamar oleh putera raja ternyata menjadi realiti Siapa...
Election Period Not Licence To Defame Others Selangor Sultan

Election Period Not Licence To Defame Others Selangor Sultan

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 109 hits
The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah today reminded all prospective candidates and party supporters that the campaigning period for the state election next month is not a licence to freely backbite criticize defame and insul...
Sultan Selangor Jangan Terlajak Kata Kempen Prn Bukan Pesta Mencaci

Sultan Selangor Jangan Terlajak Kata Kempen Prn Bukan Pesta Mencaci

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 108 hits
BernamaSHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua calon dan penyokong bahawa tempoh berkempen bagi PRN Ogos ini bukanlah lesen untuk mengumpat menghina dan memfitnah orang lain sebebasnya Menurut kenyataan ya...
53 Tempat Makan Menarik Di Melaka Restoran Sedap Best

36 Tempat Makan Menarik Di Kajang Syurga Makanan Best Untuk Foodie

30 Tempat Makan Menarik Di Langkawi Restoran Paling Best

Idea Bisnes Dari Rumah Dan Pinjaman Perniagaan

Pengaruh Skrin Kepada Remaja

5 Sensational Cycles From Bonhams Summer Sale

Dalam Jkom Ada Penentang Kerajaan

Prapesan Bespoke Jet Bot Combo Steam Today Pembersih Udara Pintar Samsung Percuma



10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose

Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3

Pakej Halal Murah Acheh Pulau Sabang Indonesia 4H 3M Tahun 2024

10 Filem Korea Terbaru Best 2023 2024 Boleh Tonton Secara Online


Koleksi Ucapan Islamik Hari Jumaat

Hadis Hadis Sahih Kemunculan Al Mahdi Menurut Pandangan Ahlus Sunnah

Sambal Telur Bulat

Akhirnya Ustaz Don Daniyal Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah

Doa Perlindungan Diri Daripada Segala Kejahatan Makhluk

Eksplorasi Digital U Pustaka 2024 Latihan Pangkalan Data Tutor Infiniti