Pageviews Blog Hampir Cecah 15 000 000 Tips Nak Dapat Pageviews Juta Juta



Azam tahun ini, Mamy nak dapatkan 15 juta pageviews blog. Moga-moga berjaya tercapai, Allahu, mohon tolong doakan Blog annursyuhadah.com ini berjaya cecah 15 juta pageviews by end of December 2024. Memang sejak pertengahan tahun 2023 lalu ada sedikit penyusutan pageviews kerana Google Search AI (Artificial Intelligent) telah mengubah algorithm nya Julai 2023 lalu. Dan pageviews mula beransur stabil kembali dalam bulan April tahun ini

Beginilah cabaran sebagai blogger, struggle tahu tak nak catch up evolusi dan perubahan teknologi, lagi-lagi di era AI ni. Mamy Syu bukanlah seorang penulis blog sepenuh masa, jadi nak maintain hantar artikel setiap hari tu agak sukar. Sebab aku ada tanggungjawab pekerjaan hakiki. Mamy terpaksa curi-curi masa mencari kelapangan untuk menulis curahan idea ke dalam blog. Dapat pos satu artikel seminggu pun dah cukup syukur dah

Sasaran Pageviews 15,000 000 & Cara Nak Kekalkan Trafik Blog Pentingkah pageview nie? Ehhh... penting sangat-sangat bagi blogger macam Mamy ni haha. Aku memang setiap bulan ada target pageview. Sebagai penulis, trafik menuju ke blog adalah segala-galanya. Apalah ertinya kalau menulis panjang-panjang, tapi tiada pembaca pun yang sudi membaca artikel kita. Percayalah, it's not that easy nak mendaki untuk menaikkan trafik blog, apatahlagi nak maintain trafik tinggi itu, tetap kekal tinggi setiap masa

Nak trafik blog yang baik memang kena rajin belajar secara berterusan, supaya blog dan keyword yang kita gunakan kekal relevan mengikut peredaran serta perkembangan dunia digital yang kerap berubah aggressively setiap tahun. Malah kaedah penulisan SEO sekarang dah banyak berubah! tak sama macam dulu

Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta-JutaAku bukanlah pakar blog sangat. Aku hanya suka berkongsi sahaja apa yang aku belajar tentang blog. Berbagi ilmu setakat mana yang aku mampu

Alhamdulillah... Dulu macam tak percaya. Boleh ke dapat pageviews berjuta. Aku pernah tulis kat blog lagi Road To 600k Pageviews Achieved! + Tips Nak Naikkan PV Blog pada tahun 2019. Masa tu pageviews sehari baru 1k sahaja

On top of that, KUNCI PALING PENTING sekali ialah RAJIN & KONSISTEN.  Sebab yang lain tu kita boleh belajar. Tetapi kalau tak konsisten dan selalu malas, bagilah 765 tips pun memang takkan menjadi

1. Menulis dengan KonsistenAda yang menulis sekali seminggu. Ada yang menulis setiap hari. Tak kisah yang penting konsisten. Macam aku menulis at least 15 artikel setiap bulan. Tak mampu tulis setiap hari, tulis setiap minggu. Paling kurang pun at least 1-2 artikel sebulan, janji konsisten. 
Okay jom kita tengok senario pertama. If target nak 5000 pageviews sehari, tapi hanya up 1 artikel sahaja sebulan, maka memang mustahil nak dapat 5k pageview unless kalian jenis yang mengejar penulisan yang viral, yang trending ketika itu. Ok memang boleh view sampai ribu-ribu sehari

Masalahnya, kita sendiri tak tahu mana artikel kita yang boleh jadi viral kan? Boleh jadi kita adalah laman yang ke 64 yang menulis tentang isu viral tersebut, jadi agak susah nak naik views

 Jadi, formula paling berkesan adalah menulis secara konsisten. No substitute for hard work and consistency. No hacks, no shortcuts. Just be consistent with your schedule. Tetapkan traget berapa artikel seminggu? Dan nak kejar berapa pageviews sebulan? 
Tujuan set matlamat ni adalah supaya kita ada hala tuju yang jelas, dan jangan pula paksa diri buat sampai mengganggu kehidupan harian. 
Jadi sebaiknya, just focus on target artikel, berapa nak pos? Misalnya sekarang you all target untuk release 10 artikel sebulan dan menyasarkan 50k pageview. Jadi usahakan untuk tulis 10 artikel tu dulu dalam sebulan. abaikan seketika bab pageview tu. Hujung bulan, analisis balik adakah 10 artikel ini dah memadai untuk capai 50 ribu pageviews

Kalau tak capai, mungkin kena up 5 artikel lagi, menjadikan 15 artikel sebulan. Dan begitulah seterusnya. 
Tak mengapa lahh kalau tak capai target pageview tu, yang penting konsistenkan dulu usaha kita, then barulah tuai hasilnya (pageviews yang diingini). Semua ini merupakan pengalaman dan proses yang perlu dilalui supaya kita belajar dan terus belajar demi memperkemaskan lagi blog kita

2. Sabar dan Trust the ProcessTrafik tinggi perlukan masa. Nak dapat 1000 pageviews pun ambil masa okay. Google bot pun nak "kenal" perubahan terbaru blog kita ni, mengambil masa 48 jam tau. Jangan pandang rendah kepada blog yang trafiknya 100 views sahaja sehari, tetapi percaya atau tidak trafik itu pasti akan naik day by day, as long as blog tu sentiasa updated dan sentiasa aktif berkongsi.

Secara ringkasnya, nak capai trafik tinggi bukan macam harini jadi blogger, esok terus dapat sejuta pageviews. Bukan

3. Sentiasa Berlapang Dada Pelajari Ilmu BaruKalau nak tahu, Google Algorithm dikemaskini sebanyak 8 kali tau dalam tempoh setahun? Jadi sekiranya kita angkuh dan tak rela untuk melakukan pembelajaran berterusan, kita pasti akan ketinggalan. Bak kata Albert Einstein, "You can't use an old map to explore a new world". Gittew

Oleh itu sebagai blogger kita kena sentiasa belajar dan beradaptasi dengan perubahan digital semasa. Artikel yang kita siarkan ungki tidak terindeks di carian Google, maka ia tidak akan muncul dalam hasil carian. Kesannya, pageviews kita akan sendu, sebagaimana sendu dan ceteknya ilmu kita haha

"Once you stop learning, you start dying"
Theme atau template blog juga berubah-ubah mengikut peredaran semasa. Ada blog yang masih menggunakan template blog classic, akan merasa impact penurunan pageview. Sebab template blog pun ada memainkan peranan dan fungsi penting dalam menentukan sesebuah blog itu mesra SEO atau tidak, loading cepat atau tidak, malah ada yang pageview merudum disebabkan oleh page load yang sangat lembap

Jadi kalau dah bergelar sebagai blogger, kalian tak boleh lari daripada belajar ilmu selain ilmu menulis sahaja. Ilmu seperti coding, keyword analysis, dan juga beberapa ilmu berkenaan performance blog juga kalian kena belajar. Again, just to recap, realiti sebagai blogger bukan sekadar hanya menulis sahaja. 
4. Urus Masa dengan BaikBlogger perlu menitikberatkan pengurusan masa. Sekiranya tidak dapat mengurus masa dengan baik, nak buat aktiviti apapun tak dapat. Bahkan masa akan berlalu dan terbazir by being unproductive the whole day. Sekiranya kalian kata, menulis blog sekadar hobi sahaja, jadi sebab itu lah tak perlu disiplin tertentu, anda silap

Don't watch the clock; do what it does. Keep going..
Sebagai contoh, sebagai Muslim kita ada waktu solat. Di tempat kerja kita ada office hour. Di sekolah pula kita ada waktu rehat. Sekiranya tidak disiplin diri dengan masa, boleh jadi kita leka dengan drama sampaikan tinggal solat. Sekiranya tidak disiplin dengan masa, kita selalu datang lewat ke tempat kerja dan balik awal walaupun bukan masanya

Sekiranya tidak displin dengan masa, waktu rehat dah habis kita masih makan di cafe. Sekiranya kita kurang displin dengan masa, hidup akan jadi kelam-kabut. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini, last-last apapun tak setel

Setiap manusia ada 24 jam di dalam tangan masing-masaing. Tapi yang membezakan antara individu berjaya dan gagal adalah bagaimana "tangan" mereka menguruskan 24jam tersebut. Orang berjaya akan menggunakan 24jam di tangan mereka dengan lebih cekap dan menyelesaikan lebih banyak tugasan, berbanding orang gagal

5.  Be A Voice Not An Echo!Setiap orang ada potensi dan kecenderungan masing-masing. Ada yang fasih menulis tentang gosip, hiburan dan artis, manakala ada yang tidak selesa dengan niche tersebut. Ada yang suka menulis tentang travel, pengalaman parenting, dan ada yang suka menulis tentang review produk, review hotel, dan juga previu movie, novel dan drama. Aku sendiri pun dulu selalu compare blog aku dengan orang

Tengok orang buat artikel viral dapat trafik mencanak-canak, kita pun terpesona nak ikut buat juga. Hujung-hujung, rasa tak best rasa tak puas dan tiada kegembiraan di situ, sebab tak kena dengan jiwa. Benda yang kita tiada minat untuk tulis kalau dipaksa tulis juga, ia akan jadi tak natural serta gaya bahasa kelihatan janggal. Baca sendiri pun rasa tak best. Honestly, konten hiburan dan gosip lah yang paling aku kurang baca. Betul. Jiwa aku ni memang tak minat benda-benda yang ke arah itu. 
Oleh itu, jalan terbaik adalah jadilah diri sendiri, dan menulis ikut kecenderungan dan kekuatan kita sendiri. Percayalah, bila dah tahu kekuatan kita, automatik akan timbul rasa seronok nak menulis dan excited nak siarkan artikel banyak-banyak. Secara tak langsung, frekuensi otak kita pun akan bergetar pada getaran yang baik, maka akan ada saja ilham dan idea datang mencurah-curah untuk ditulis

Keunikan diri yang membuatkan blog kita lebih menonjol berbanding orang lain. Pengalaman, ilmu, kemahiran, dan nilai yang kita pegang takkan sama dengan orang lain. Orang lain mungkin boleh tiru idea kita tetapi keunikan gaya persembahan bahasa tidak akan dapat menyerupai kita. Tulis saja yang baik-baik, yang bermanfaat kerana apa yang kita tulis juga adalah doa dan pahala untuk kita. Apa yang kita tulis mudah-mudahan perkara yang baik-baik juga berbalik kepada diri kita

RumusanSebagai kesimpulan, untuk mendapatkan pageviews blog berjuta-juta itu perlukan masa dan tiada jalan yang singkat melainkan dengan usaha dan kerja keras. Kerja keras kenalah sentiasa rajin. Dan rajin juga memerlukan kesabaran. Kalau tak sabar kita akan kalah dengan sifat malas yang bersarang dalam diri kita. One more thing, jangan mudah rasa down bila lihat prestasi blog orang lain kerana blog kita is special itself! 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2024/05/pageviews-blog-hampir-cecah-15000-000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkejut Hasil Pancingan Peti Besi Berisi Duit Hampir Rm500 000

Terkejut Hasil Pancingan Peti Besi Berisi Duit Hampir Rm500 000

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 224 hits
Dapat duit hampir RM500 000 ketika memancingKOSMO Kane dan Agostini mendapat AS 100 000 ketika memancing di sebuah tasik di New York minggu lalu Foto Spectrum News NY 1NEW YORK nbsp Sepasang kekasih berjaya memancing peti besi mengandungi w...
Melly Goeslaw Kembalikan Nostalgia Zaman Sekolah Pukau Hampir 10 000 Peminat

Melly Goeslaw Kembalikan Nostalgia Zaman Sekolah Pukau Hampir 10 000 Peminat

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 174 hits
Penyanyi terkemuka Indonesia Melly Goeslaw kembalikan nostalgia zaman sekolah dan berjaya memukau hampir 10 000 peminat yang hadir ke Konsert Ada Apa Dengan Melly amp Friends semalam Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil ratu runut bunyi fi...
Wang Kertas Bernilai Hampir Rm440 000 Jadi Sampah

Wang Kertas Bernilai Hampir Rm440 000 Jadi Sampah

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 183 hits
KOSMOWang wang tersebut dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang TikTokJAKARTA Sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa guni berisi wang kertas berjumlah 1 5 bilion rupiah yang telah hancur dan dikoyak koyakkan lapor laman berit...
Sangka Menang Loteri Rm3 7 Juta Warga Emas Kerugian Lebih Rm500 000

Sangka Menang Loteri Rm3 7 Juta Warga Emas Kerugian Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 204 hits
SEREMBAN Seorang warga emas berputih mata selepas wang simpanannya lesap gara gara terpedaya dengan tipu muslihat tiket loteri secara bersemuka dua orang lelaki pada 9 Disember tahun lalu Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintend...
Nak Gelaran Datuk Seri Ahli Perniagaan Wanita Rugi Rm375 000

Nak Gelaran Datuk Seri Ahli Perniagaan Wanita Rugi Rm375 000

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 224 hits
Alias Abd Ranibhnews bharian com myMUAR Seorang ahli perniagaan wanita mendakwa kerugian RM375 000 selepas terpedaya dengan tawaran darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri Mangsa 45 mendakwa ditawarkan gelaran kebesaran yang kononnya da...
Hampir 5 Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental Dan Ncd

Hampir 5 Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental Dan Ncd

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 199 hits
Mohd Iskandar Ibrahimam hmetro com myPutrajaya Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 mendedahkan seramai sejuta atau bersamaan 4 6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan Menerusi hasil tinjauan ...
Hiburan Korang Tak Ada Benda Nak Buat Pergi Dengar Ceramah Ustaz Fatiya Latiff Minta Netizen Move On

Hiburan Korang Tak Ada Benda Nak Buat Pergi Dengar Ceramah Ustaz Fatiya Latiff Minta Netizen Move On

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 216 hits
tampil menegur sikap netizen yang gemar berdebat di ruangan komen hantarannya di media sosial Kata Fatiya tak perlu berdebat setiap kali dia memuat naik sebarang perkembangan sebaliknya move on saja Advertisement View this post on Instagram...
7 Laptop 100 Srgb Dibawah 10 Juta Untuk Desain Grafis

7 Laptop 100 Srgb Dibawah 10 Juta Untuk Desain Grafis

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 234 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Beberapa tahun lalu pilihan laptop 100 sRGB dibawah 10 juta untuk desain grafis tidak terlalu Artikel pertama kali dipublikasikan di
Karies Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Terpaksa Ditampal Cabut Gigi Doktor Kongsi Tip Cara Nak Elak

Karies Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Terpaksa Ditampal Cabut Gigi Doktor Kongsi Tip Cara Nak Elak

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 158 hits
umur 3 tahun terpaksa ditampal cabut gigi doktor kongsi tip cara nak elak Tanpa rawatan yang betul karies susu boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan Apabila anak mula tumbuh gigi pertumbuhan gigi anak anak haruslah dijaga dengan rapi su...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui