Pageviews Blog Cecah 10 000 000 Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta Juta


Assalamualaikum
Bismillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Azam tahun lepas nak dapatkan 10 juta pageviews blog akhirnya tercapai juga pada awal tahun nie. Memang ada sedikit penurunan pageviews semenjak aku kahwin. Sibuk sangat kerana baru memasuki alam rumahtangga dan banyak benda yang perlu diutamakan. 
Dan pageviews mula stabil kembali pun dah nak dekat Bulan Oktober juga. Paling rendah pun pageviews sehari dapat 3000 gitu.. Itulah cabaran jadi blogger ni. Bila dah biasa nampak pageviews tinggi sikit, bila nampak rendah dari biasa tu mula lah gelabah cari punca haha


Bagi aku trafik blog sangat-sangat penting. Apatah lagi kerja memang blogger sepenuh masa jadi memang kena jaga trafik. Nak trafik blog yang baik memang kena sabar dan banyak belajar kerana perkembangan dunia digital dan internet semakin banyak yang berubah. 
Bahkan penulisan SEO sekarang dah tak sama macam dulu. Tahun nie lagi kena berhadapan dengan dunia AI (Artificial Intelligent) pula. Sangat mencabar ya

Aku bukanlah pakar blog sangat. Aku hanya suka berkongsi sahaja apa yang aku belajar tentang blog. Berbagi ilmu setakat mana yang aku mampu. 

Pageviews Blog Cecah 10,000 000 + Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta-JutaAlhamdulillah... Dulu macam tak percaya. Boleh ke dapat pageviews berjuta. Aku pernah tulis kat blog lagi Road To 600k Pageviews Achieved! + Tips Nak Naikkan PV Blog pada tahun 2019. Masa tu pageviews sehari baru 1k sahaja.
1. Trafik tinggi perlukan masa

Nak dapat 10 juta pageviews pun ambil masa 4 tahun. Korang boleh nampak sendirilah di sini nak trafik yang tinggi perlukan masa. 
Mungkin ada blogger yang trafik sehari dapat 100 views sahaja tetapi percaya atau tidak trafik itu semakin hari semakin naik. Dia takkan berkurang. Asalkan blog aktif dan ada update entri baru. 
Okaylah blog ini dah lama kan. Jadi mungkin ada yang kata 'blogger lama' bolehlah kata macam tu. Jadi aku bagi contoh blog aku baru buat tahun 2022. 

Blog baru berusia 7 bulan dengan anggaran 50 pageviews setiap hari. Baru dapat hasilkan 32 artikel. Sekarang pageviews blog dah cecah 5000. 
Maksudnya nak trafik tinggi bukan kita buat blog hari ini, esok lusa terus dapat 1 juta pageviews. 
Blog yang terkenal dan mempunyai ramai followers di facebook sekarang seperti Amir Hassan (Denaihati) bukan menulis blog hari ini terus dapat pageviews berjuta-juta. Beliau bermula dari tahun 2008 sehingga kini masih aktif menulis dan berkongsi. 
Ibarat kita belajar di universiti, ambil masa 3 - 4 tahun baru dapat graduate dan pegang sijil Ijazah. Nak capai sesuatu kena banyak korban masa. 

2. Rajin & Sabar 
Hakikat kenapa aku kata trafik tinggi perlukan masa kerana ada kaitan dengan RAJIN & SABAR. Aku tahu nak dapat pageviews berjuta ambil masa yang lama. Oleh itu, kenalah rajin menulis. 
Nak menulis pun perlukan banyak aktiviti seperti membaca, berfikir, memahami, menganalisis, dan mengkaji. Hal ini kerana idea serta ilham tu tidak datang tiba-tiba tau. Semuanya akan melalui proses tadi sebelum kita dapat menulis. 
Oleh sebab itulah jadi blogger memang tak boleh malas. 
Bergantung dengan matlamat korang samada menulis sekadar hobi atau jana pendapatan. Hakikatnya sama saja, blogger yang rajin pasti senantiasa akan berupdate. 
Nak update setiap hari, berkala, seminggu sekali atau sebulan sekali pun terpulang. Bezanya orang yang rajin dan kerap update pasti akan lebih mendahului. 
Selain itu, jadi blogger memang kena banyak bersabar. 
Sabar untuk tidak malas. Sabar untuk sentiasa ada motivasi
Sabar untuk belajar tentang SEO, teknikal blog, ilmu blogging yang lain, kelemahan dan kekurangan blog sendiri. Sabar tengok blog orang lain lebih baik dari kita. Sabar menghadap trafik blog sendiri (hahaha)Sabar dengan sikap malas yang sentiasa menghantui. 
Dalam erti kata lain, perkara negatif yang menghalang kita dari berblog itulah yang kita kena banyakkan bersabar. Apabila tidak sabar, kita jadi mudah untuk putus asa dengan apa yang kita buat

Misalnya lah kan kita baru dapat kerja. Kita kena sabar dengan kerja kita selama sebulan. Dalam tempoh sebulan tu banyak benda yang kita kena hadap seperti masalah dengan bos, kawan sekerja, customer dan lain-lain. 
Tetapi by the end of the month, apa yang kita dapat kalau kita bersabar? 
Kita dapat gaji atau upah
Gaji itu dapat kita beli belanja untuk keluarga dan anak-anak
Gaji itu kita dapat reward diri sendiri sebab dah penat kerja kan

Kalau kita tak sabar, kita mungkin berhenti kerja. Gaji pun mungkin tak dapat. 
Begitu juga dengan blog, KENA BERSABAR UNTUK BERTAHAN DAN RAJIN UNTUK KONSISTEN UPDATE. Hasilnya dapatlah pageviews berjuta. Cuma cepat atau lambat sahaja. 
3. Jangan bandingkan blog kita dengan orang lain
Inilah yang aku belajar sepanjang berblog. Tidak perlu bandingkan blog kita dengan orang lain. Setiap orang ada potensi masing-masing. Just believe in yourself and trust the process. 
Cuma kita yang tahu apa yang kita suka. Menulis blog pun begitu. Setiap orang ada kecenderungan mereka terhadap penulisan. 
Ada yang suka menulis tentang travel. Ada yang suka menulis tentang parenting
Ada yang suka menulis tentang review movie dan drama

Sejujurnya aku dulu suka bandingkan blog aku dengan orang lain. Nampak orang lain tulis benda viral, aku pun ikut. Tak nak ketinggalan walaupun hakikatnya aku bukan jenis yang suka benda viral. Malahan aku memang tak minat langsung benda-benda trending. 
Aku bagi contohlah ya, antara niche blog yang aku kurang sekali baca ialah berkenaan hiburan dan isu semasa. 
Aku dari dulu kurang tengok Televisyen. Drama apapun tak kira Korea, Melayu, India, atau Hollywood sekalipun aku jarang tengok. Malahan di rumah aku sekarang tiada TV. 
Jadi aku susah nak menulis apa-apa topik berkenaan niche hiburan dan isu semasa walaupun aku tahu niche hiburan dan isu semasa antara topik yang mudah nak dapatkan trafik blog. 
Benda yang kita tiada minat untuk tulis, kalau dipaksa tulis jadi tak natural. Kita baca pun rasa tak seronok. Even aku baca sendiri pun rasa tak best. Sebab itu bukan kekuatan niche aku. 
Blogger lain trafik tinggi sebab itulah topik yang dia suka tulis. Oleh itu, carilah kekuatan niche blog kita cenderung ke topik yang macam mana. 
Apabila dah tahu kekuatan blog, kita rasa seronok nak menulis, kerap update, dan sentiasa ada idea menulis. 
4. Sentiasa ingin belajar ilmu baru
Dalam dunia blog setiasa ada perubahan seperti algorithm. Bayangkan dalam tempoh setahun, Google Algorithm dikemaskini sebanyak 8 kali. 
Even dashboard blogger pun mengalami perubahan mengikut keadaan semasa. Kalau tengok dashboard blogger tahun 2012 tak sama dengan sekarang. Memang jauh beza

Oleh itu, jadi blogger kena sentiasa belajar dan beradaptasi dengan perubahan perkembangan semasa. Kalau tak adapt kita akan ketinggalan. Artikel tak dapat diindeks, pageviews menurun, blog jadi berat dan loading. 
Walaupun kita kata menulis blog sebab hobi. Apabila ada masalah dengan blog pasti kita jadi gelabah juga kan. Ada yang sampai beli template dan upah orang lain untuk perbetulkan masalah blog kita

Selagi kita masih mahu menulis di blog, selagi itulah kita kena hadap dengan pelbagai cabaran dalam dunia internet

Realitinya menulis di blog bukan sekadar menulis sahaja. 
5. Pengurusan Masa
Pengurusan masa sangat penting sekiranya nak konsisten menulis. Hidup kita bukan untuk berblog sahaja. Kita ada kehidupan di luar bersama keluarga, kawan-kawan serta komuniti. 
Jadi blogger memang kena atur masa sendiri. Ada kesempatan masa dapatlah menulis di blog. Sekiranya tidak dapat meluangkan masa sedikit untuk blog memang tidak dapatlah update blog. Itu sahaja

Oleh sebab itu ramai blogger yang sangat menitikberatkan pengurusan masa. Sekiranya tidak dapat mengurus masa dengan baik, nak buat aktiviti apapun tak dapat. Bahkan masa terbuang begitu sahaja. 
Pengurusan masa ada kaitan dengan disiplin diri juga. 
Sebagai contoh, sebagai Muslim kita ada waktu solat. Di tempat kerja kita ada office hour. Di sekolah pula kita ada waktu rehat. 
Sekiranya tidak disiplin diri dengan masa, boleh jadi kita leka dengan drama sampaikan tinggal solat. Sekiranya tidak disiplin dengan masa, kita selalu datang lewat ke tempat kerja dan balik awal walaupun bukan masanya
Sekiranya tidak displin dengan masa, waktu rehat dah habis kita masih makan di kantin. 
Sekiranya kita kurang displin dengan masa, hidup akan jadi kelam-kabut. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. 
Masa dah ditetapkan 24 jam untuk semua orang, tetapi produktiviti kita tidak. Sebilangan orang menggunakan waktu hari mereka dengan lebih berkesan daripada yang lain kerana mereka dapat menggunakan masa dengan lebih cekap dan menyelesaikan lebih banyak tugasan. 
Bergantung dengan kreativiti kita bagaimana menguruskan masa tersebut. Blogger yang memang minat menulis pasti akan meluangkan masa menulis walaupun hanya dapat menulis sebulan sekali. 
6. Jadilah diri sendiri
Keunikan diri yang membuatkan blog kita lebih menonjol berbanding orang lain. 
Sebagai contoh, cikgu bagi soalan untuk buat karangan tentang 'Aku sepasang kasut'. Setiap pelajar sudah mempunyai jalan cerita masing-masing. 
Walaupun aku bagi 'keyword' blog tentang sesuatu topik. Bagaimana cara blogger menulis itulah yang membezakan dia dari blogger yang lain. 
Oleh sebab itulah kenapa ada blogger yang mempunyai 'kata kunci' yang sama tetapi blog dia lagi ranking berbanding blog lain. 
Blogger tersebut ada gaya tersendiri. Mungkin ada blogger yang rasa tidak cukup baik dalam menulis. Namun, penulisan tu boleh perbaiki dari semasa ke semasa. Hari ini kita tulis tak baik, esok lusa kita boleh edit lagi

Pengalaman, ilmu, kemahiran, dan nilai yang kita pegang tiada dengan orang lain. Orang lain boleh tiru idea kita. Tetapi gaya persembahan bahasa tidak sama dengan kita. 
Tulislah yang baik-baik kerana apa yang kita tulis juga adalah doa untuk diri kita. Apa yang kita tulis mudah-mudahan perkara yang baik-baik juga berbalik kepada diri kita.
KesimpulannyaDefinisi 'blogger yang berjaya' itu berbeza untuk setiap individu. 
10 Juta pageviews mungkin satu pencapaian besar buat aku tetapi mungkin orang lain memandang ia sebagai biasa-biasa saja. 
Aku tahu tips nak dapatkan pageviews berjuta-juta kali ini sangat berbeza daripada apa yang aku pernah sampaikan dalam blog. 
Tetapi itulah apa yang aku dah buat sepanjang berblog. 
Nak dapat pageviews blog berjuta-juta itu perlukan masa dan tiada jalan yang singkat melainkan dengan usaha dan kerja keras. 
Kerja keras kenalah sentiasa rajin. Dan rajin juga memerlukan kesabaran. Kalau tak sabar kita akan kalah dengan sikap malas. Untuk mengelak daripada sikap malas, isilah waktu kita dengan hal-hal yang baik supaya kita dapat fokus dengan matlamat kita. 
Jangan mudah rasa down apabila lihat prestasi blog orang lain kerana blog kita istimewa dengan cara kita sendiri. Hargai kerja keras yang telah korang usahakan dengan blog sendiri. 
Akhir sekali, jangan pernah berhenti untuk belajar kerana manusia itu sentiasa berfikir. 
Maaf sekiranya perkongsian kali ini tidak seperti apa yang korang mahukan. Semoga ada manfaatnya buat semua. 
Apa-apa tips pasal blog boleh follow di TELEGRAM ya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2023/01/pageviews-blog-cecah-10000-000-tips-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Susah Nak Move On Lepas Putus Cinta Jom Cuba Tips Healing Daripada Dr Fadzilah Kamsah Ini

Hiburan Susah Nak Move On Lepas Putus Cinta Jom Cuba Tips Healing Daripada Dr Fadzilah Kamsah Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 158 hits
Sesiapa sahaja yang bercinta pastinya ingin melangkah ke alam perkahwinan dan kekal bahagia selama lamanya Begitu juga pasangan yang sudah bernikah sudah tentu memiliki impian yang sama Namun begitu tidak semua hubungan kasih sayang yang di...
Ada Kondo Di Hawaii Cecah Belasan Juta Ringgit Bayaran Iklan Song Joongki Jadi Perhatian

Ada Kondo Di Hawaii Cecah Belasan Juta Ringgit Bayaran Iklan Song Joongki Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 132 hits
Umum pasti mengetahui bahawa Song Joong ki adalah salah seorang selebriti di Korea dengan pendapatan lumayan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada siaran 12 Januari program Entertainment Company Live bayaran pengiklanan tahunan untuk Song Joong ki...
Kemenkeu Karyawan Gaji Rp 5 Juta Hanya Bayar Pajak Rp25 000 Per Bulan

Kemenkeu Karyawan Gaji Rp 5 Juta Hanya Bayar Pajak Rp25 000 Per Bulan

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 159 hits
Direktur Jenderal Pajak Kementerian Keuangan Suryo Utomo menegaskan tidak ada perubahan tarif pengenaan pajak terhadap gaji karyawan Rp 5 juta melainkan adanya perubahan lapisan tarif PPh orang pribadi
Tips Seo Cara Meningkatkan Da Dan Pa Blog

Tips Seo Cara Meningkatkan Da Dan Pa Blog

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 331 hits
Bagaimana cara meningkatkan DA dan PA blog agar mendapatkan peringkat tinggi di Google Postingan ini membahasnya secara ringkas dan praktis Panduan penerapan tips SEO untuk blogger pemula Dalam SEO DA adalah singkatan dari Domain Authority ...
Video Baru Nak Puji Rajin Gelagat Anak Achey Lap Meja Dipuji Sekali Ini Yang Terjadi

Video Baru Nak Puji Rajin Gelagat Anak Achey Lap Meja Dipuji Sekali Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 278 hits
Lumrah bagi kanak kanak suka bermain dan menjadikan barang barang yang ada di dalam rumah sebagai barang mainan mereka Tingkah mereka juga datang daripada hasil pemerh4tian mereka terhadap orang dewasa yang ada di sekeliling mereka yang kem...
Tak Perlu Kelas Baca Buku Banyak Banyak Mak Ayah Praktik Cara Ni Nak Rangsang Anak 0 6 Tahun

Tak Perlu Kelas Baca Buku Banyak Banyak Mak Ayah Praktik Cara Ni Nak Rangsang Anak 0 6 Tahun

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 194 hits
Usia dari satu hingga enam tahun diketahui sebagai usia emas buat anak anak kecil kita membesar Maka rangsanglah minda anak sebaiknya ketika bersama anak Tak perlu kos yang tinggi dengan membeli flash card atau membeli banyak buku buku maha...
Si Putih Capai Lebah Disangka Lalat Sekali Hidung Jadi Kembang Nak Gelak Tak Sampai Hati

Si Putih Capai Lebah Disangka Lalat Sekali Hidung Jadi Kembang Nak Gelak Tak Sampai Hati

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 277 hits
Seorang pemilik kucing comel baru baru ini memuat naik cerita tentang kucing putihnya yang sudah biasa sangat nak4l dan suka menggapai ser4ngga kecil tidak berbah4ya untuk bermain Satu hari tanpa disangka dia secara tidak sengaja mencapai s...
Kazar Saisi Nak Berehat Sekejap Penat Asyik Dibuli

Kazar Saisi Nak Berehat Sekejap Penat Asyik Dibuli

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 124 hits
Kontroversi yang melibatkan anaknya Ira Kazar dengan pengarah tersohor Syamsul Yusof yang telah sah bernikah di Thailand membuatkan nama aktor senior Kazar Saisi terpalit sama Dia yang turut dikecam netizen berikutan menyokong pernikahan te...
Nak Tidur Tapi Ayah Berdengkur Lucu Tengok Muka Baby Ni Tak Puas Hati Comel Betul

Nak Tidur Tapi Ayah Berdengkur Lucu Tengok Muka Baby Ni Tak Puas Hati Comel Betul

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 151 hits
Tidak dinafikan bila dapat baby memang tak cukup rehat Biasalah bayi baru lahir ni ada saja keperluannya yang harus dipenuhi kalau tidak mahu meragam sepanjang malam Ada juga sesetengah bayi yang lebih suka tidur pada waktu siang dan berjag...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran