Paduka Ayahanda Mangkat Pahang Akan Berkabung 40 Hari



KUANTAN - Negeri Pahang akan berkabung selama 40 hari bermula 12 tengah hari ini bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak. 

Beliau berkata, selama tempoh berkabung, semua bendera negeri akan dikibarkan setengah tiang dan untuk tempoh tiga hari pertama iaitu bermula hari ini sehingga 12 tengah hari Sabtu, tiada acara keraian atau hiburan dibenarkan.

Golongan kerabat Pahang akan berkabung selama 100 hari, katanya.

Sallehuddin berkata, jenazah almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah akan dikafankan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan di sini, pada petang ini.

"Jenazah akan dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan dan rakyat yang ingin menziarah dan memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian bermula malam ini sehingga 9 pagi esok.

"Rakyat dibenarkan untuk melakukan solat jenazah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah di balairung tersebut," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Sallehuddin berkata, mereka yang ingin menziarah diingatkan untuk berpakaian berkabung serba hitam yang sesuai, dengan golongan wanita dinasihatkan untuk memakai tudung atau seledang.

Sallehuddin berkata, istiadat rasmi pemakaman dijadualkan bermula pada 9 pagi esok, dengan jenazah almarhum dibawa ke persada di Istana Abu Bakar untuk penghormatan terakhir oleh kerabat dan orang kenamaan, bermula 11 pagi.

"Jenazah almarhum seterusnya akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja dan solat jenazah akan diimamkan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman sebelum dimakamkan selepas Zohor esok," katanya. 

Sallehuddin juga mengesahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada di luar negara dijadualkan berangkat ke Istana Abu Bakar pada pagi esok.

Semua surau dan masjid di Pahang juga diminta untuk mengadakan tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula hari ini.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/paduka-ayahanda-mangkat-pahang-akan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari

Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 703 hits
Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari Negeri Pahang mengumumkan cuti umum esok bagi memberi peluang kepada rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang mangkat pagi tadi di Instit...
Kemangkatan Paduka Ayahanda Berita Sedih Rakyat Pahang

Kemangkatan Paduka Ayahanda Berita Sedih Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 683 hits
KUALA LUMPUR Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah bukan sahaja berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan rakyat Malaysia malah turut dirasai penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Penyanyi kelahi...
Agong Dan Kerabat Diraja Pahang Berkabung Selama 100 Hari

Agong Dan Kerabat Diraja Pahang Berkabung Selama 100 Hari

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 485 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan kerabat diraja Pahang akan berkabung selama 100 hari berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah di Institut J...
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 649 hits
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat di IJN Kuala Lumpur Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah mangkat di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pagi tadi Sultan Ahmad Shah Mangkat Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1128 hits
Alfatihah Raja di Hati Rakyat KUANTAN Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum ya...
Sultan Pahang Ke 5 Sultan Ahmad Shah Mangkat

Sultan Pahang Ke 5 Sultan Ahmad Shah Mangkat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 661 hits
Sultan Pahang kelima Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada jam 8 50 pagi tadi Sultan Ahmad Shah mangkat SULTAN Pahang ke...
Suami Istri Ciuman Di Siang Hari Ramadhan Apakah Membatalkan Puasa

Suami Istri Ciuman Di Siang Hari Ramadhan Apakah Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 358 hits
Para ulama sepakat tentang keabsahan puasa seseorang yang dicium atau mencium dan mencumbui istrinya yang tidak membuat spermanya keluar akibat rangsangan yang dirasakannya Sedangkan bila hal tersebut membuatnya terangsang dan mengakibatkan...
Youtuber Muda Beli Kereta Mewah Untuk Hadiah Hari Jadi

Youtuber Muda Beli Kereta Mewah Untuk Hadiah Hari Jadi

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 317 hits
Seorang budak perempuan yang memuat naik video tutorial solekan di Youtube sejak berusia empat tahun meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 12 dengan membeli sebuah kereta BMW Budak perempuan bernama Natthanan Sanunrat dari Chonburi Thai...
Ucapan Sempena Hari Guru Malaysia 2019 Dengan Video Ini

Ucapan Sempena Hari Guru Malaysia 2019 Dengan Video Ini

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 1205 hits
Hi Blogger Readers Hari ini adalah Sempena Hari Guru Malaysia 16 Mei 2019 Jadi Sempena Hari Guru ini saya sedia dua Video dari youtube saya untuk memberi Ucapan Selamat Hari Guru dengan Nama Cikgu itu sekali melalui komen di youtube setelah...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biskut Dalgona Squid Game

Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap