Padang Rumput Kashmir Kg Lawar


PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR


Anda pernah dengar ke tentang kewujudan tempat ini? Mungkin ada pernah melihat gambar-gambar padang rumput persis Kashmir, Pakistan. Rupa-rupanya tempat ini hanyalah di dalam negara kita sahaja.
LOKASI PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR
Lokasi tempat ini adalah di negeri Kelantan. Berada dijajahan Jeli. Jika anda melalui Lebuhraya Timur Barat melalui jajahan Jeli, ini merupakan peluang terbaik untuk anda singgah ke Padang Rumput Kashmir Kg Lawar. Anda hanya perlu mencari lokasi Kampung Gunung Reng dan seterusnya ke Kg Lawar dan bertanyakan kepada pendudukan kampung untuk ke Padang Rumput Kashmir Kg Lawar atau Lata Kashmir. Dari Kampung Gunung Reng, perjalanan lebih kurang 10 hingga 15 minit. 
KEISTIMEWAAN PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

1.Pemandangan padang rumput yang sangat mendamaikan.
2.Lata yang airnya sangat jernih,sejuk dan menyegarkan. Punca airnya adalah daripada Empangan Pergau yang berada di sebelah sahaja.
3.Suasana udara yang segar dan berkualiti dapat dirasakan oleh kerana dikelilinggi bukit dan pokok-pokok yang menghijau.
4.Ada juga lembu kampung yang sedang meragut rumput disini mengimbau suasana yang tenang dan asyik.
5.Pemandangan Pokok Kelapa yang lama dan tinggi tersusun mengimbau kembali suasana kampung yang telah lama wujud pada zaman dahulu.
6.Boleh berangan sedang bercuti di Kashmir,Pakistan.
SENARAI AKTIVITI BOLEH DIBUAT DI PADANG RUMPUT KASHMIR
1.Bergambar kenangan disini bagi merakam kenangan berada di kawasan persis lembah Kashmir,Pakistan.
2.Photoshoot Outdoor Kahwin, ramai pasangan yang datang ke sini untuk photoshoot outdoor kahwin. Terutamanya bagi pasangan yang berkahwin berhampiran dengan kawasan ini.
3.Kutip Etak Segar, jika anda ingin pengalaman langsung mengutip etak boleh datang ke sini. Aktiviti ingin sangat sesuai dilakukan bersama-sama keluarga.
4.Berkelah dan mandi bersama keluarga di Lata Kashmir. Bawa makanan yang sudah dimasak dan makan bersama keluarga anda disini.
5.Memancing ikan kelah. Bagi pengemar aktiviti memancing ikan kelah, disini adalah tempat terbaik untuk anda cuba. Biasanya pada waktu petang, ramai kaki pancing datang ke sini untuk memancing raja ikan iaitu ikan kelah.
6.Bermain Wau. Padang rumput yang lapang dan luas ini sangat sesuai untuk bermain wau bersama anak-anak kecil. Pasti mereka seronok dan menjadi kenangan yang indah buat mereka.
Pemandangan Sangat Mendamaikan Jiwa
Kolam Takungan Empangan Pergau
Jambatan Ke Padang Rumput Kashmir
Lata Yang Jernih
Persis Kashmir
Terbaik Pemandangan Disini
Air Jernih Dan Tenang
Tempat Main Wau
Indahnya
Menarik nya PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR
ASPEK KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA KE PADANG RUMPUT KASHMIR
1.Pastikan anda memandu secara cermat dan perlahan memasuki kawasan kampung dan ke Padang Rumput Kashmr Kg Lawar. Anda kena lalui satu jambatan besi untuk ke sini.
2.Peka dengan perubahan paras air dan warna air di lata ini kerana pihak Empangan Pergau akan membuka pintu air pada waktu tertentu yang menyebabkan paras air disini meningkat dan membahayakan anda. Ia berbahaya untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.
3.Hati-hati juga dengan lembu yang meragut rumput disini. Jangan terlalu dekat dengan lembu bimbang juga anda akan diserang.
The post PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/padang-rumput-kashmir-kg-lawar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padang Kota Damansara

Padang Kota Damansara

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 195 hits
Lokasi Padang Kota DamansaraAlamat Persiaran MahoganiSeksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Masa Lawatan Tiada had masa yang ditetapkanTarikh Lawatan 06 Mac 2020 Padang Kota Damansara menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pa...
Pemangku Adat Di Padang Sebut Mulyadi Merupakan Pemimpin Yang Diinginkan Masyarakat

Pemangku Adat Di Padang Sebut Mulyadi Merupakan Pemimpin Yang Diinginkan Masyarakat

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 93 hits
Datuk Rajo Ibrahim Erman B seorang Pemangku Adat atau Niniak Mamak di Kota Padang mengatakan anggota DPR Mulyadi merupakan figur pemimpin yang diinginkan masyarakat Sumatera Barat Hal itu berdasarkan penilaian Erman dari sifat Mulyadi yang ...
Naik Pentas Pakai Baju Shell Big Boss Shell Malaysia Turun Padang Amp Titip Hadiah

Naik Pentas Pakai Baju Shell Big Boss Shell Malaysia Turun Padang Amp Titip Hadiah

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 1196 hits
Semalam tular di media sosial mengenai seorang remaja yang dikenali sebagai Amir dengan bangganya diumumkan antara pelajar yang memperolehi keputusan SPM dengan mengenggam 5A Lebih menarik perhatian remaja ini dilihat naik ke pentas untuk m...
Rumput Conggres Tanaman Cantik Yang Mematikan

Rumput Conggres Tanaman Cantik Yang Mematikan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 125 hits
Sejenis tanaman liar yang mematikan dan membahayakan manusia dilaporkan telah menyerang Uganda Tanaman yang disebut Congress itu oleh media setempat pekan lalu disebutkan telah menewaskan ternak dan mencekik tanaman lain Tanaman yang secara...
Diduga Mers Cov Pasien Di Rsup M Djamil Padang Meninggal Dunia

Diduga Mers Cov Pasien Di Rsup M Djamil Padang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 108 hits
Pasien tersebut sebelumnya pasien mengeluhkan sesak napas demam dan batuk sepulang melakukan ibadah umrah
Luar Biasa Agong Sendiri Turun Padang Pantau Sambil Nasihatkan Orang Ramai Sekitar Kl

Luar Biasa Agong Sendiri Turun Padang Pantau Sambil Nasihatkan Orang Ramai Sekitar Kl

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 350 hits
Baru sebentar tadi Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan anakandanya telah mencemar duli dengan memandu kenderaan di sekitar Kuala Lumpur untuk tinjau sendiri keadaan selepas hari ke 3 Perintah Kaw...
Jangan Berdegil Lagi Tentera Turun Padang Bantu Polis Mulai Ahad Ini

Jangan Berdegil Lagi Tentera Turun Padang Bantu Polis Mulai Ahad Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 500 hits
Kementerian Pertahanan akan mengerah Angkatan Tentera Malaysia bagi membantu pihak polis memantau keadaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac ini Kenyataan itu diberitahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional