Pabj Satukan Anak Bangsa Johor Di Bawah Satu Bumbung
Hello pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella telah ke majlis 'soft launch' Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) dan perasmian Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PABJ.
(Dari kanan) Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, Presiden PABJ Dato' Mohsen Hasbolllah, Presiden PABJ, dan Datuk Nash, duta PABJMajlis yang diadakan di Sri Bayu Lounge, Bukit Jalil Golf & Country Resort itu telah dirasmikan oleh Presiden PABJ, Dato' Mohsen Hasbollah bersama Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia.
Johor adalah negeri yang sangat dekat di hati Misz-ella. Bila hari raya, tiap-tiap tahun mesti balik Johor kerana 6 dari 11 orang adik beradik Misz-ella berada di Johor, arwah Abah dikebumikan di Johor. Johor ibarat kampung kedua kami .. bila dijemput ke majlis perasmian ini, saya teruja ...
PABJ telah didaftarkan pada 30 Mei 2021 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor dengan misi dan visi untuk menyatukan perpaduan dan memperkasakan anak bangsa Johor walau dimana mereka berada tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa.
(Dari kanan) Pengerusi PABJ, Datuk Hj. Abdullah Md Ali, Duta PABJ, Datuk Nash, Datuk Musa Yusof, Dato' Mohsein Hasbollah, Penasihat PABJ, Mej. Jen. Dato' Oseman Chik (B) dan Naib Presiden PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail (lebih dikenali sebagai Lady Rose)
Dengan slogan BANGSAKU, MASA DEPANKU, PABJ adalah platform yang mengukuhkan hubungan kemanusiaan, perpaduan dan persaudaraan anak-anak bangsa Johor.
Presiden PABJ, Dato' Mohsen Hasbollah berkata, PABJ ditubuhkan dengan tujuh matlamat utama bagi memperkasakan bangsa Johor dalam bidang pendidikan, pelancongan, seni dan budaya, ekonomi dan keusahawanan, keahlian, multimedia dan komunikasi, sosial, kebajikan dan agama, keselamatan dan kesihatan serta sukan dan rekreasi.
Kita menyeru lebih ramai anak-anak Johor menyertai persatuan ini. Keahlian dibuka kepada mereka yang tinggal di luar negara bagi menyumbang dan berkongsi idea memajukan PABJ, kata beliau.
Penaung DiRaja PABJ adalah Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan Penaung YAB Menteri Besar Johor. PABJ diterajui oleh Presidennya, Dato’ Mohsen Hasbollah yang berpengalaman selama 35 tahun dalam mempimpin pelbagai NGO dan dibarisi oleh barisan EXCO yang berkaliber dalam bidang masing-masing.
Bersempena dengan pelancaran tersebut, PABJ turut melancarkan MEMBER - GET - MEMBER CAMPAIGN. Keahlian PABJ dibuka kepada semu bangsa Johor yang berusia 18 tahun dan ke atas. PABJ menetapkan sasaran mencapai 1000 orang ahli bangsa Johor yang berdaftar bermula dari bulan Disember 2021 hingga 26 Mac 2022 dengan tagline Bersatu ke Merdu Dunia.
Keahlian dibuka untuk beberapa kategori iaitu:
Ahli biasa Lahir di Johor Yuran pendaftaran RM50.00, yuran tahunan RM50.00
Ahli BersekutuBukan lahir di Johor tetapi ayah atau ibu mahupun pasangan lahir di JohorYuran pendaftaran RM50.00, yuran tahunan RM50.00
KorporatUntuk syarikat yang ahli lembaga pengarahnya berasal dari negeri Johor. Yuran pendaftaran RM250, yuran tahunan RM250
PelajarYuran pedaftaran RM25, yuran tahunan RM25(PERCUMA sepanjang tempoh kempen berlangsung)
Pada majlis soft launch, PABJ turut memperkenalkan penyanyi lagenda, Dato’ Nash sebagai selebriti pertama yang menyertai PABJ.
(Dari kanan) Fariza Saidin, Lady Rose, Dato' Mohsen, Misz-ellaSo, kepada semua pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku yang berasal dari Johor atau layak menjadi ahli mengikut kategori yang disenaraikan di atas, ini adalah peluang anda untuk berada di bawah satu bumbung dengan tujuan dan matlamat yang sama iaitu memperkasakan bangsa Johor. Keahlian dibuka sekarang. Jangan tunggu lagi, sila daftarkan diri anda hari ini.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keahlian mahupun maklumat lanjut yang lain mengenai PABJ, sila hubung talian 03-80687788 atau 011-3144 0227 (Encik Lutfi)/011-12315242 (Cik Syafiqah).
Sila ikuti :-
Laman web
www.pabj.my
Instagramhttps://www.instagram.com/persatuananakbangsajohor/Facebookhttps://www.facebook.com/persatuananakbangsajohor
YoutubePABJ Channel
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2022/01/pabj-satukan-anak-bangsa-johor-di-bawah.html