Pabila Mat Sabu Berimam Syiah


ISMA WEB Apa kata Mujahid selepas boss beliau solat berimamkan orang yang sudah diketahui berpegang kepada fahaman yang difatwakan sesat
Apa kata Naib Presiden PAN, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa apabila Presiden PAN, Mohamad Sabu, bersolat berimamkan orang Syiah?

TULAR dalam media sosial beberapa keping gambar Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan pegawai kanan Kementerian Pertahanan bersolat di sebuah masjid di Tehran – berimamkan, siapa lagi kalau bukan, imam Syiah.
Dan, ini adalah bukti nyata terbaharu dalam ibadah wajib, di mana Mat Sabu bersolat berimamkan orang Syiah. Sebelum ini, hanya ada gambar beliau bersama komuniti Syiah yang tular, yang tidak menunjukkan beliau mengikut cara peribadahan Syiah.
Lalu timbul persoalan – ‘Adakah beliau pengikut Syiah?’; Bagaimana akidahnya? Apa hukum solat di belakang imam Syiah? Adakah Kerajaan Malaysia sekarang ini sudah ditembusi aliran Syiah? Bukan dipertikaikan atas sejadah ada turbah dan batu Karbala, sebagaimana dijawab setiausaha akhbarnya, Amin Shah Iskandar.
Terbaharu, hari ini, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, memberitahu Ismaweb.net bahawa solat berimamkan orang Syiah, tidak sah.
Bagi Pedang, tak kisahlah atas sejadah itu ada turbah ke, batu ke, debu ke, cuma jangan ada najis. Atas tanah tanpa beralas apa-apa pun kita boleh solat dan sujud. Seumur hidup cuba lakukan sekali – solat atas tanah tanpa beralas.
Cuma yang menjadi persoalan sebagaimana Pedang kata tadi ialah hukum solat di belakang imam yang telah diketahui dia adalah orang Syiah, sedang Syiah adalah ajaran sesat tidak mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mat Sabu Syiah atau Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Jika Mat Sabu Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah tentu beliau tahu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan Syiah adalah fahaman dan ajaran sesat. Jadi, kenapa berimamkan orang yang sesat? Kenapa mahu mencetuskan fitnah? Atau sememangnya telah lama mengikut kesesatan itu?
Apakah Mat Sabu tidak mengetahuinya atau beliau sememangnya Syiah, sementelahan pula beliau enggan menjawab sama ada beliau Syiah atau tidak. Cuma apa yang beliau katakan ialah beliau tidak terbabit dengan kegiatan fahaman Syiah. ‘Mengikuti kegiatan’ dan ‘mengikuti ajaran’ adalah dua perkara berbeza.
Ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama orang Syiah menjalankan kegiatan kebajikan, tetapi ahli NGO itu bukan pengikut Syiah. Itulah perbezaannya.
“Itu saya tak perlu jawab. Saya melakukan ibadah korban di banyak tempat di Thailand pada setiap tahun dan itu adalah soal peribadi (lawatan) termasuk ke kem keamanan.
“”Itu dakwaan (beliau Syiah), saya pun boleh buat dakwaan saudari bercinta dengan siapa-siapa,” katanya berseloroh ketika menjawab soalan seorang pemberita wanita pada sidang akhbar di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur, pada 28 Ogos 2018 lalu, ketika diminta mengulas kehadirannya di sebuah penempatan Syiah di Selatan Thailand.
Pedang imbas kembali kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Disember 2013 lalu yang mengesahkan Mat Sabu – ketika itu Timbalan Presiden PAS – terbabit dengan ajaran Syiah.
Ketua Setiausaha KDN ketika itu, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi mendedahkan 10 bukti bahawa Mat Sabu adalah Syiah, termasuk membaca ‘selawat’ mengikut ajaran sesat itu.
Ulama terdahulu seperti Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Qurtubi, al-Bukhari dan Imam al-Ghazali (ulama ini ditolak oleh Syiah) sudah terlebih awal menfatwakan golongan Syiah itu terkeluar daripada ajaran Islam sebenar.
“Asas fatwa ini cukup kuat kerana golongan Syiah bercanggah dari sudut akidah syariat dan akhlak. Rukun Islam Syiah tidak sama dengan Rukun Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti terkandung di dalam kitab rujukan mereka iaitu Usul al Kafi (jilid dua halaman 20).
“Di dalam kitab ‘Fashlul Khitab fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab’ menyatakan bahawa al-Quran yang ada telah diselewengkan. Seperti dinukilkan daripada kitab mereka ‘Ikmal ad Din’, orang yang tidak percaya dengan imam ghaib lebih kafir daripada iblis.
“Bahkan di dalam kitab mereka ‘Biharul Anwar’ mengatakan halal darah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim.
Bagi Pedang, tak timbul soal Menteri Pertahanan melawat Iran, kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah melawat Tehran dan bertemu beberapa pemimpin Syiah, pemimpin negara kita pun ada yang menyambut pemimpin Iran, namun tidak pula tular mereka solat berimamkan imam Syiah.
Sebaliknya, Mat Sabu dan beberapa pegawai kanan Kementerian Pertahanan telah bersolat berimamkan orang Syiah yang sesat. Logiknya, hanya pengikut Syiah akan solat berimamkan orang Syiah – orang yang mengetahui kesesatan Syiah tidak akan berbuat demikian. Jika berbuat demikian, seolah-olah mengakui bahawa amalan Syiah benar.
Perlu diingatkan bahawa Syiah meyakini bahawa al-Quran yang ada sekarang ini, termasuk yang digunakan umat Islam di Malaysia, telah diubah, ditambah atau dikurangi daripada yang seharusnya.
Ini kerana pengikut Syiah menyakini kata-kata Imam Syiah, Abu Abdillah bahawa al-Quran yang dibawa oleh Jibril kepada Nabi Muhammad ﷺ ada 17,000 ayat. Al-Quran orang Syiah yang berjumlah 17,000 ayat itu disebut Mushaf Fatimah.
Syiah juga meyakini bahawa golongan sahabat, sepeninggalan Rasulullah ﷺ, telah murtad kecuali beberapa orang sahaja seperti Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifary dan Salman Al-Farisy.
Pengikut Syiah juga menggunakan senjata taqiyyah iaitu berbohong, dengan cara menampakkan sesuatu yang berbeza dengan yang sebenarnya, untuk mengaburi pandangan dan perhatian umat Islam yang berbeza fahaman dengan mereka.
Logiknya jika orang Syiah meyakini bahawa al-Quran yang ada sekarang telah diubah, ditambah atau dikurangi, bermakna mereka menolak al-Quran yang ada sekarang. Lalu, bolehkan kita berimamkan orang Syiah dalam solat, sedang mereka itu adalah ahli yang menolak al-Quran kita, atau Mat Sabu ikut Mushaf Fatimah.
Sementara isu sah atau tidak solat di belakang imam Syiah ini juga banyak diperkatakan. Ada yang kata, jika kaifiat solatnya sama, ayat al-Quran yang dibaca sama, boleh bersolat di belakang mereka. Bagi Pedang, boleh jika kita tidak tahu bahawa imam itu adalah Syiah.
Tetapi, jika kita tahu dan jelas mereka adalah Syiah, walaupun sama kaifiat solat, bacaan ayat al-Quran juga sama, sudah pasti tidak boleh. Ini kerana, seperti yang awal tadi Pedang kata, mereka menolak al-Quran yang kita guna sekarang. Mereka mengkufurkan sahabat Rasulullah ﷺ, mendustakan hadis, dan mengubah ayat al-Quran. Mana boleh kita berimamkan mereka.
Pedang ingin mengingatkan bahawa Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei 1996, menetapkan umat Islam di negara ini hendaklah mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam segi akidah, syariah dan akhlak selain memfatwakan Syiah bertentangan dengan ajaran itu.
Ia adalah keputusan bersama oleh jawatankuasa dan mufti berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, bukannya terus melarangnya (fahaman Syiah). Banyak perkara yang dilakukan Syiah termasuk penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ dan sahabat serta mengatakan imam maksum, adalah jelas bertentangan dengan Islam.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini disusuli dengan fatwa pengharaman Syiah di 13 negeri di Malaysia dan diwartakan serta boleh digunakan untuk mengambil tindakan ke atas pengikut Syiah.
Apa salahnya Syiah? Antara lain ialah:
A. Penyelewengan dari sudut akidah (imam adalah maksum; berpura-pura; Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah; menghalalkan nikah mut’ah; khalifah diwasiatkan secara nas; mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia; Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar; mengkafirkan sahabat Rasulullah ﷺ; menambah syahadah; dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir.)
B. Penyelewengan dari sudut syariat (menolak ijmak ulama; menolak Qias; mengamalkan nikah mut’ah; menolak ‘aul dan mendahulukan qurabah dari asobah dalam masalah pusaka; menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah; dan hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.)
C. Pelbagai Penyelewengan Umum (menziarahi kubur Saidina Hussain dapat ganjaran syurga; menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram; menghina Abu Bakar dan Umar serta dua isteri Rasulullah ﷺ iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah; mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal; solat Dhuha adalah haram; dan Islam bukan syarat wajib haji)
Kita juga ingin tahu apa pendapat Timbalan Presiden PAN yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, apabila boss beliau sendiri solat di belakang imam Syiah.
Sudah pasti Mujahid gelisah sekarang dan mencari pelbagai maklumat untuk mempertahankan tindakan Mat Sabu. Demikian juga ahli-ahli PAN dan pertubuhan Islam yang bersekutu dengan mereka, pasti memberi pelbagai alasan membela perbuatan Mat Sabu.
Kata Pedang: Kepada orang Syiah, perbuatan Menteri Pertahanan dan pegawai kanan Kementerian Pertahanan bersolat berimamkan orang Syiah, tidak bermaksud rakyat Malaysia mengiktiraf Syiah – mungkin kerajaan sekarang sahaja yang cuba mengiktiraf Syiah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/pabila-mat-sabu-berimam-syiah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Mat Sabu Dan Syiah Iran Akan Bawa Malapetaka Besar Pada Malaysia

Hubungan Mat Sabu Dan Syiah Iran Akan Bawa Malapetaka Besar Pada Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 633 hits
Malaysia berdepan selatan ekonomi oleh Amerika sekiranya Menteri Pertahanan Mat Sabu mahu meneruskan hasrat untuk mengadakan kerjasama ketenteraan dengan Iran Sebagai menteri kabinet Mat Sabu sepatutnya lebih sensitif dengan perkembangan te...
Pencapaian Luarbiasa Mat Sabu

Pencapaian Luarbiasa Mat Sabu

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 359 hits
Sesuatu yang mengejutkan dan amattidak sangka untuk Menteri Wilayah Persekutuan dari negara Malaysia sudi datang ke Malaysia untuk membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan kita Difahamkan juga Menteri Pertahanan kita Mat Sabu mer...
Banyak Perubahan Telah Dilakukan Oleh Kementerian Pertahanan Dalam Setahun Mat Sabu

Banyak Perubahan Telah Dilakukan Oleh Kementerian Pertahanan Dalam Setahun Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 353 hits
foto sumber internet Kementerian Pertahanan telah melakukan banyak pembaharuan dan perubahan drastik dalam tempoh setahun PH mengemudi kerajaan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata lebih banyak inisiatif juga bakal dilaksanakan pada masa...
Foto Mat Sabu Solat Dengan Batu Karbala Tular

Foto Mat Sabu Solat Dengan Batu Karbala Tular

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 812 hits
Foto Mat Sabu solat dengan Batu Karbala tular Sejak beberapa hari ini tular beberapa keping gambar Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu sedang bersolat di satu Masjid di Iran
Mat Sabu No More Honorary Ranks For Politicians And Celebs

Mat Sabu No More Honorary Ranks For Politicians And Celebs

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 298 hits
The Defence Ministry has discontinued the practice of awarding honorary ranks to and the donning of military uniforms on politicians and celebrities Minister Mohamad Sabu said today He said the measure has received the consent of the Malay ...
Tak Boleh Jaga Islam Tapi Isteri Rasmi Kapal Tldm Nik Amar Sindir Mat Sabu

Tak Boleh Jaga Islam Tapi Isteri Rasmi Kapal Tldm Nik Amar Sindir Mat Sabu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 454 hits
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah dipercayai menyindir Presiden Amanah Mohamad Sabu yang kini menteri pertahanan sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan Selain itu ...
Nik Amar Bidas Mat Sabu

Nik Amar Bidas Mat Sabu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 479 hits
Nik Amar Bidas Mat Sabu Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah menempelak pemimpin Amanah sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan hari ini Walaupun tidak menyebut nama p...
Tak Pelik Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Tldm Kata Penganalisis Pertahanan

Tak Pelik Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Tldm Kata Penganalisis Pertahanan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 417 hits
Isteri Menteri Pertahanan Normah Alwi merasmikan LMS Keris iaitu kapal pertama LMS untuk TLDM di Wuhan China Foto Bernama Tiada yang pelik apabila isteri orang orang kenamaan dipilih menjadi perasmi penamaan kapal Tentera Laut Diraja Malays...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara