Pa Ma Tv Keputusan Simpan Darah Tali Pusat Tepat Anak Hidap Talasemia Major Kini Pulih


Menyimpan darah tali pusat bayi bukan sahaja mampu merawat bayi itu sendiri, tetapi adik beradiknya. Perkongsian di Pa&Ma TV tentang keputusan menyimpan darah tali pusat oleh pasangan ini boleh dijadikan panduan. Anak pertama mereka yang mengalami talasemia major kini sembuh dengan rawatan transplan daripada sel stem darah tali pusat anak kedua.

Puan Zieti Atiyyah Zakaria dan suami, Mohd Hanis Hamdi berkongsi pengalaman merawat anak yang menghidap talasemia dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara 11 Disember 2018.
 
Perkongsian beliau boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa lain tentang kepentingan penyimpanan darah tali pusat dan kegunaannya untuk merawat anak yang mengalami talasemia.

PARAS HB 5 DAN DIMASUKKAN KE ICU Anak pertama mereka, Puteri Lya Irdina, 8 disahkan mengalami talasemia major pada usia 1 tahun 2 tahun.
“Anak mula demam teruk hinggakan tidak bangun & enggan menyusu. Kami terus bawa ke hospital. Bila doktor check paras Hb hanya 5 dan terus masuk ICU. Dari situ doktor beritahu anak ada talasemia.
“Tapi beulm pasti lagi tahap maacm mana. Then anak perlu melalui proses transfusi darah setiap bulan. Kalau tidak anak jadi pucat dan lemah.

“Lepas tu saya ada terbaca story dalam majalah Pa&Ma. Saya terus contact Puan Yati dan ke Cryocord untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cord blood stem cell ni sebab masa tu saya sudah hamil anak kedua.
“So sebab amek pakej tu niat utk simpan cord blood si adik untuk selamatkan si kakak macam dlm story tu. Tu je cara terbaik ketika itu,” kata Puan Zieti.
Kelahiran anak kedua, Puteri Dya Eryna, 7 membolehkan sampel darah tali pusat yang mengandungi sel stem diambil.

SYUKUR KERANA KINI LYA SEMBUH Mengimbau kembali setelah berjayanya transplan yang dilakukan kepada Lya, ibu ini memanjatkan kesyukuran sebanyak-banyaknya.
“Syukur alhamdulillah, gembira tidak terkata. Masa itu saya hanya fikir apa pun rawatan saya cuba cari untuk selamat kan Lya. Dan tak sangka Allah permudahkan satu demi satu pencarian saya. Stem cell inilah hanya satu-satunya rawatan untuk selamatkan dia. Lya juga melalui proses ini dengan sangat lancar sepanjang berada di dalam wad,” kata ibu Zieti.

CADANGKAN KEPADA IBU BAPA LAIN Melalui pengalaman sukar apabila anaknya mengalami talasemia, ibu ini menggalakkan semua ibu bapa untuk menyimpan darah tali pusat bayi.
“Kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Contohnya seperti kami sendiri yang tidak tahu ada masalah talasemia. Sekurang-kurangnya Allah berikan satu kehidupan baru kepada yang memerlukan, Insya Allah,” ujar Zieti.

Anda yang nak tahu lanjut mengenai kegunaan stem cell dan penyimpanan stem cell, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga Episod 1 yang bertajuk “Kepentingan Stem Cell” yang ke udara pada Selasa, 11 Disember 2018, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di saluran Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135).

 
The post Pa&Ma TV: Keputusan Simpan Darah Tali Pusat Tepat, Anak Hidap Talasemia Major Kini Pulih appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/pama-tv-keputusan-simpan-darah-tali-pusat-tepat-anak-hidap-talasemia-major-kini-pulih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keajaiban Darah Tali Pusat Bayi Boleh Selamatkan Nyawa Anak Ahli Keluarga 6 Kelebihannya Mama Papa Perlu Tahu

Keajaiban Darah Tali Pusat Bayi Boleh Selamatkan Nyawa Anak Ahli Keluarga 6 Kelebihannya Mama Papa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 502 hits
Keajaiban sel stem dari tali pusat bayi mampu mengubati Tidak hanya sekadar ditanam selepas kelahiran kemajuan teknologi terkini merungkai keistimewaan darah dari tali pusat yang keupayaan merawat hampir 80 jenis penyakit Darah dan tisu dar...
6 Sebab Ibu Bapa Kena Simpan Tali Pusat Bayi

6 Sebab Ibu Bapa Kena Simpan Tali Pusat Bayi

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 371 hits
FMT Reporters Tahukah anda mengenai keajaiban sel stem dari tali pusat yang mampu mengubati pelbagai penyakit Ia tidak perlu ditanam selepas kelahiran tetapi kemajuan teknologi terkini merungkai keistemewaan tali pusat yang berupaya merawat...
Anak Dapat Keputusan Cemerlang Di Sekolah Nadia Nisaa Kongsi 5 Tips Mendidik Mesti Ada Strategi Taktik

Anak Dapat Keputusan Cemerlang Di Sekolah Nadia Nisaa Kongsi 5 Tips Mendidik Mesti Ada Strategi Taktik

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 980 hits
Tatkala anak beroleh keputusan cemerlang di sekolah ibu bapa tentunya memainkan peranan penting Pelakon Nadia Nisaa kongsi 4 tips mendidik anaknya Omar Omar 7 tahun di katakan ibunya mempunyai personaliti yang playful mudah terganggu tumpua...
Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 369 hits
National Park tidak boleh dibangunkan Itu isu yang perlu dikekalkan Berhubung tanah yang bertukar status kepada Sultanate Land ia adalah hak Sultan Johor Kecintaan kepada negara dan negeri sewajarnya selari malaysian first
Dompet Digital Touch N Go Kini Boleh Digunakan Di Pusat Beli Belah Midvalley Megamall

Dompet Digital Touch N Go Kini Boleh Digunakan Di Pusat Beli Belah Midvalley Megamall

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 395 hits
Pada tahun ini kita telah menyaksikan beberapa dompet digital hadir ke pasaran selain bersaing antara satu sama lain dalam mencuri hati pengguna Semestinya untuk memenangi hati pengguna sesuatu dompet digital perlu menawarkan sokongan yang ...
Anak Hidap Asma Kronik Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

Anak Hidap Asma Kronik Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 374 hits
Anak ketiga penyanyi Lan Solo iaitu Muhammad Akid Qassyaff telah disahkan doktor menghidap penyakit kronik asma Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang kurangnya dua kali sehari isteri Lan iaitu Nur Sheila Has...
Kisah Anak Petani Tiap Hari Seberangi Sungai Untuk Sekolah Kini Kuliah Di Harvard University

Kisah Anak Petani Tiap Hari Seberangi Sungai Untuk Sekolah Kini Kuliah Di Harvard University

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 343 hits
Bagi mereka yang masih ragu kerja keras dan ketekunan dapat mengantar seseorang pada kesuksesan haruslah melihat kisah ini Putra seorang petani di Filipina membuktikan ia mampu mencapai cita citanya Mengutip Elite Readers pada Jumat kisahny...
Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat Biar Betul Bukan Biasa Biasa Orangnya

Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat Biar Betul Bukan Biasa Biasa Orangnya

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 980 hits
Adik kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kini dikatakan bercinta dengan anak kepada seorang wakil rakyat Menerusi satu instastory Ameera dilihat memuat naik beberapa ke...
Anak Bongsu Shiera Dijangkiti Influenza B Shiera Nasihatkan Hati Hati Bawa Anak Ke Tempat Awam

Anak Bongsu Shiera Dijangkiti Influenza B Shiera Nasihatkan Hati Hati Bawa Anak Ke Tempat Awam

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 329 hits
Anak bongsu Sharifah Shahira dan Ijoy Adeena baru saja disahkan Influenza B dan kini dalam tempoh kuarantin Menerusi instagramnya Shiera menasihatkan ibu bapa agar terus berhati hati dengan virus influenza ini yang mudah menjangkiti anak an...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula