Pa Ma Moms To Be Nutrients Sharing Beri Input Berguna Bagi Ibu Menjaga Pemakanan Sepanjang Kehamilan


Semalam, telah berlangsungnya acara Pa&Ma Moms-to-be Mom’s Nutrient Sharing yang dianjurkan oleh majalah Pa&Ma dan Casabonda Confinement & Wellness Retreat. Acara yang bermula dari jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh 14 pasangan suami isteri. Acara kali ini mensasarkan ibu hamil pada trimester awal untuk mengetengahkan tentang kepentingan menjaga pemakanan semasa awal dan sepanjang kehamilan.
Acara dimulakan dengan kata aluan dari pengacara majlis seterusnya ucapan dari Editor Pa&Ma, Puan Hasnita Sawal. Dalam ucapannya, Hasnita berharap setiap peserta yang datang akan mendapat input berguna untuk digunakan semasa hamil. Selain itu, setiap pasangan telah didedahkan dengan komuniti Pa&Ma Moms-to-be yang banyak membantu para ibu membuat rujukan serta persediaan untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga.
SELESANYA AMBIENS CASABONDA
Wakil dari Casabonda Confinement & Wellness Retreat, telah menerangkan serba sedikit tentang keistimewaan pakej yang ditawarkan di sini serta menunjukkan jenis rawatan yang ditawarkan. Rata-rata ibu hamil teruja dan berminat dengan suasana berpantang di sini kerana keselesaan suasana serta jenis rawatan yang menarik.
Konsep rawatan pantang di sini mengambil berat soal kesihatan ibu. Mereka buka hanya menumpukan cara tradisional Melayu tapi mengabaikan aspek perubatan moden tetapi menggabungkannya dengan rawatan perubatan moden dengan pemantauan oleh perbidanan dan sakit puan agar ibu mendapat memulihkan diri secara total. Menariknya, kesemua pasangan ini turut mendapatkan kelebihan kerana ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua rawatan berpantang yang ditawarkan di sini.
PERKONGSIAN ILMU DIET YANG BERGUNA
Acara diteruskan dengan perkongsian ilmu pemakanan oleh Pn. Laila Fadhilah Omar iaitu Pakar Dietetik dari SALAM Specialist Hospital, Shah Alam. Dalam perkongsiannya itu, Laila banyak mengetengahkan jenis diet yang sesuai untuk diamalkan oleh ibu hamil serta kepentingan pengambilan setiap nutrisi yang diperlukan oleh mereka serta bayi dalam kandungan.

Menariknya perkongsian ini kerana setiap peserta diberikan hand out yang lengkap dan sangat berguna untuk dijadikan rujukan para ibu bagi membantu mereka mengikut diet yang terbaik sepanjang kehamilan. Sesi yang memakan masa satu jam ini padat dengan ilmu dan semua peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan perkara yang mahu mereka tahu.
FUN GAMES MERIAHKAN SUASANA
Bagi memeriahkan lagi suasana, team Pa&Ma telah mengadakan sesi fun games. Kesemua peserta sangat sporting dan tidak menolak untuk menyertai setiap games yang diadakan. Selain cabutan bertuah, salah satu permainan yang dibuat adalah DELIVERY LIST di mana tiga orang bapa diminta untuk menyenarikan barangan keperluan ibu dan bayi untuk dibawakan ke hospital apabila tiba waktu melahirkan.

Selain itu, terdapat juga permainan Pa&Ma Wheel of Fortune di mana para peserta diminta untuk memutarkan roda bagi menjawab soalan yang diberikan. Terdapat juga permainan Pa&Ma Serasi Challenge. Dalam permainan ini, tiga pasangan telah dipilih untuk menjawab beberapa soalan bagi menguji keserasian antara mereka. Rata-rata dapat menjawab soalan dengan betul dan kesemua mereka membawa pulang hadiah menarik.

SEMOGA PESERTA MENDAPAT INPUT BERGUNA
Pa&Ma sempat bertemu dengan Angie Chong, Penasihat Kanan Casabonda Confinement & Wellness Retreat, untuk bertanyakan tentang acara ini. Menurutnya, acara sebegini dapat memberi kesedaran kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata dan setiap input yang diberikan sangat lengkap bagi membantu ibu hamil menjaga kesihatan mereka dari dalaman.
Terima kasih Pa&Ma ucapkan kepada Casabonda Confinement & Wellness Retreat kerana kesudian mereka menaja lokasi untuk acara kali ini. Pa&Ma turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat di atas kesudian mereka mengikuti acara ini. Semoga dengan perkongsian dari pakar yang dibawakan untuk mereka semalam, dapat membantu setiap peserta untuk hamil secara sihat sehingga waktu melahirkan. Semoga dapat berjumpa lagi di acara akan datang. Pa&Ma X Casabonda is the Best!
 
The post Pa&Ma Moms-to-be Nutrients Sharing, Beri Input Berguna Bagi Ibu Menjaga Pemakanan Sepanjang Kehamilan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pama-moms-to-be-nutrients-sharing-beri-input-berguna-bagi-ibu-menjaga-pemakanan-sepanjang-kehamilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Ibu Terkejut Lihat Wajah Ngeri Dalam Imbasan Kehamilan

Bakal Ibu Terkejut Lihat Wajah Ngeri Dalam Imbasan Kehamilan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 368 hits
Imbasan kandungan gadis berkenaan FOTO Kennedy SEORANG gadis berusia 17 tahun terkejut melihat imej imbasan bayi dalam kandungannya Iyanna Carrington membuat imbasan itu bagi mengenalpasti jantina bayi yang bakal dilahirkannya Namun ia tern...
Surah Yang Boleh Diamalkan Semasa Hamil Untuk Menjaga Emosi Ibu

Surah Yang Boleh Diamalkan Semasa Hamil Untuk Menjaga Emosi Ibu

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 371 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan kedatangan cahaya mata Ia ibarat penyeri dan pelengkap kepada kehidupan suami isteri Ada yang mudah dikurniakan cahaya mata namun ada juga yang terpaksa menunggu bertahun tahun untuk mendapa...
Bayi Kembar Di Kupang Ditemukan Tewas Mengenaskan Sang Ibu Kritis

Bayi Kembar Di Kupang Ditemukan Tewas Mengenaskan Sang Ibu Kritis

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 289 hits
Warga Jalan Timor Raya RT 09 RW 03 Kelurahan Oesapa Barat Kelapa Lima Kota Kupang Nusa Tenggara Timur digemparkan kasus pembunuhan sadis bayi kembar yang baru berusia lima tahun Kamis
Ketabahan Seorang Ibu Hadapi 3 Jenis Kanser

Ketabahan Seorang Ibu Hadapi 3 Jenis Kanser

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 307 hits
Anak bangga dengan ketabahan ibu hidap 3 jenis kanser tapi masih tersenyum Manusia sering diuji dengan tiga perkara utama iaitu harta darjat dan kesihatan Dari situ kita dapat melihat sejauh mana ketabahan dan kesabaran seseorang insan ters...
Ibu Anak Susuan Apakah Kesan Kepada Pembahagian Harta Pusaka

Ibu Anak Susuan Apakah Kesan Kepada Pembahagian Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 248 hits
SOALAN Saya seorang ibu yang menyusukan anak dan bekerja sebagai seorang doktor Jadi sejak dalam pantang lagi saya telah mula membuat stok susu simpanan di dalam peti sejuk beku Saya bercadang untuk berikan kepada seorang bayi yang memerluk...
Diburu Pengusaha Harga Tanah Di Ibu Kota Baru Naik Tajam Hingga Rp500 Juta

Diburu Pengusaha Harga Tanah Di Ibu Kota Baru Naik Tajam Hingga Rp500 Juta

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 261 hits
Para pemburu lahan sudah memperkirakan kawasan Samboja secara umum bakal menjadi kawasan sangat ramai Selain bangunan pemerintah dalam kawasan IKN juga diperlukan fasilitas lain seperti perhotelan
Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa Namun Disokong Netizen

Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa Namun Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 270 hits
Pagi pagi ni Ohmedia terhibur pula bila terbaca satu berita ni di mana seorang guru di Mexico telah memaksa anak muridnya memakai kotak di kepala semasa sedang mengambil peperiksaan Pakai kotak Alasan yang diberikan hanyalah kerana ingin me...
Si Ibu Tembak Anak Dianggap Pencuri

Si Ibu Tembak Anak Dianggap Pencuri

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 505 hits
Sambutan yang sepatutnya bakal terlakar dalam memori bertukar menjadi tragedi apabila seorang wanita tertembak anak perempuannya sendiri Anak gadis yang berusia 18 tahun sebenarnya bercadang mahu membuat kejutan kepada si ibu bersempena har...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag