Ibu Anak Susuan Apakah Kesan Kepada Pembahagian Harta Pusaka



SOALAN:
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dan bekerja sebagai seorang doktor. Jadi sejak dalam pantang lagi saya telah mula membuat stok susu simpanan di dalam peti sejuk beku. Saya bercadang untuk berikan kepada seorang bayi yang memerlukan susu badan dari kalangan anak kawan terdekat saya. Apakah hukum mengambil anak susuan? Apakah memberi kesan kepada nasab dan pembahagian harta dan sebagainya yang berkaitan?

JAWAPAN:

Pengertian dan Hukum Penyusuan (al-Rada’)

Al-Rada’ (Penyusuan): “Perbuatan mengalirkan susu bagi seseorang perempuan ke dalam perut seorang bayi dengan syarat-syarat yang tertentu.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/238)

Mengikut pengarang Fiqh al-Manhaji Penyusuan merupakan pengaliran susu seorang perempuan yang masuk ke dalam perut bayi. (Lihat: al-Fiqh al- Manhaji, 3/119)

Hukum Penyusuan

Para Fuqaha’ bersepakat penyusuan bayi adalah perkara yang diwajibkan selagi mana ia berhajat kepadanya dan ketika berada di dalam jangka masa umur susuan (dua tahun). (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/239)

Firman Allah SWT:

وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
“Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.” (Surah al-Talaq, 6)

Selain itu, terdapat pendapat sebahagian ulama’ kotemporari menyatakan makruh sekiranya menyusukan bayi yang bukan anaknya tanpa hajat atau keperluan yang mendesak. Ini seperti yang didatangkan di dalam Fiqh al-Manhaji: “Ulama’ fiqh kebelakangan ini menyatakan bahawa seorang perempuan makruh menyusukan kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri tanpa sebarang keperluan yang mendesak.” (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/212)

Dari segi syarak seorang perempuan itu dibenarkan untuk menyusukan bayi yang bukan anaknya. Oleh itu, bagi seorang isteri seharusnya meminta kebenaran suaminya dan ayah kepada bayi tersebut untuk menyusukannya.

Ini sepertimana yang dinyatakan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah: “Sekiranya seorang perempuan itu menyusukan bayi yang bukan anaknya mestilah mendapat kebenaran suaminya.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/157)

Kesan Terhadap Penyusuan

Anak susuan akan menjadi mahram (tidak boleh dikahwini) sekiranya syarat-syarat penyusuan itu dipenuhi di antaranya ialah anak susuan itu belum mencapai usia dua tahun dan anak susuan itu mestilah kenyang sebanyak lima kali secara berasingan. Oleh sebab itu, kesan terhadap hubungan anak susuan dengan ibu susuan dan suaminya tertakluk kepada dua hukum asas iaitu:

Diharamkan berkahwin di antara mereka (ibu susuan dan bapa susuan serta keturunannya).Dihalalkan anak susuan pada keharusan untuk melihat (apa yang diharamkan ajnabi) kepada ibu susuan dan keturunannya serta dihalalkan tinggal bersama.
(Lihat: al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafi’e, 4/326)

Selain itu, penyusuan tidak memberi kesan yang bersangkutan dengan hukum-hakam nasab yang selain daripada di atas seperti yang dinyatakan di dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah: “Adapun hal berkenaan dengan hukum-hakam nasab seperti pembahagian harta pusaka, nafkah, memerdekakan hamba, gugur hukum qisas dan lain-lain tidak sabit dalam hukum penyusuan. Dan ia merupakan sepakat para fuqaha’.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/241)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan dan dalil yang diberikan, pada asalnya hukum memberi susuan kepada bayi yang bukan anaknya sendiri adalah diharuskan. Namun semestinya bagi seorang isteri itu berbincang dengan suaminya.

Berkenaan dengan kesan anak susuan kepada nasab hanya berkaitan dengan dua hukum asas iaitu diharamkan berkahwin di antara mereka (ibu susuan dan bapa susuan serta keturunannya) dan dihalalkan anak susuan pada keharusan untuk melihat (apa yang diharamkan ajnabi) kepada ibu susuan dan keturunannya serta dihalalkan tinggal bersama.

Oleh itu, dengan penyusuan tidak memberi kesan kepada hal berkenaan hukum-hakam nasab yang lain seperti pembahagian harta pusaka, nafkah dan lain-lain. Ini seperti mana yang dinyatakan Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya: “Tidak disabitkan ke atas hukum nasab kepada anak susuan seperti hukum pembahagian harta pusaka, nafkah, wali, hak penjagaan dan lain-lain yang bersangkutan dengan hukum-hakam nasab dan ia tidak termasuk di dalam hukum hakam penyusuan.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/327)

Selain itu, sebaiknya merekodkan bilangan penyusuan serta syarat-syaratnya sebagai insiatif bagi mengelak berlakunya percampuran nasab dan keturunan.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya seterusnya mengamalkannya dengan sebaik mungkin mengikut neraca Syariah. Amiin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/ibu-anak-susuan-apakah-kesan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Kurang Nutrisi Apa Perlu Buat

Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Kurang Nutrisi Apa Perlu Buat

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 478 hits
Ibu bapa mana yang tidak runsing jika anak mereka sering sahaja tidak sihat Demam selesema dan batuk selalu sahaja menyerang si manja Selain persekitaran yang kurang bersih dan berdebu anak anak mudah jatuh sakit kerana kekurangan nutrisi d...
Si Ibu Tembak Anak Dianggap Pencuri

Si Ibu Tembak Anak Dianggap Pencuri

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 482 hits
Sambutan yang sepatutnya bakal terlakar dalam memori bertukar menjadi tragedi apabila seorang wanita tertembak anak perempuannya sendiri Anak gadis yang berusia 18 tahun sebenarnya bercadang mahu membuat kejutan kepada si ibu bersempena har...
Anak Tetap Kenyang Waktu Travel Tak Susah Pun Semua Masak Sendiri Kelengkapan Perlu Rapi Macam Ibu Ni

Anak Tetap Kenyang Waktu Travel Tak Susah Pun Semua Masak Sendiri Kelengkapan Perlu Rapi Macam Ibu Ni

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 433 hits
Memilih untuk travel dengan anak kecil sebenarnya tidaklah menyukarkan Jika mak ayah memikirkan mudah dalam segala hal maka mudahlah segalanya Malah lebih seronok bila semuanya dapat dilakukan sama sama Nak menyediakan makanan anak misalnya...
Viral Video Anak Injak Kepala Ibu Di Surabaya Padahal Ibu Lagi Sakit Jantung Kakak Sengaja Rekam

Viral Video Anak Injak Kepala Ibu Di Surabaya Padahal Ibu Lagi Sakit Jantung Kakak Sengaja Rekam

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 450 hits
Sebuan video viral beredar mengundang kegeraman netizen karena dalam video itu seorang anak tega menginjak kepala ibunya yang sedang sakit Anak tersebut marah karena ada keinginannya yang tak terpenuhi Andre sampai hati menginjak kepala ibu...
Polisi Datangkan Ahli Kejiwaan Untuk Periksa Psikologi Ibu Bunuh Anak Di Bandung

Polisi Datangkan Ahli Kejiwaan Untuk Periksa Psikologi Ibu Bunuh Anak Di Bandung

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 265 hits
FM tersangka yang diduga membunuh bayinya yang berusia tiga bulan sulit dimintai keterangan Sampai saat ini polisi belum mendapatkan keterangan terkait kronologis kasus tersebut
Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 359 hits
Kanak kanak sememangnya mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka Jadi ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak di awal usia Sekiranya perbuatan yang salah dibiarkan ianya boleh membawa kepada keperibadian dan akhlak y...
Dihantui Ketukan Misteri Dari Tingkap Dapur Anak Dakwa Ibu Pernah Diganggu Ketika Hamil 7 Bulan

Dihantui Ketukan Misteri Dari Tingkap Dapur Anak Dakwa Ibu Pernah Diganggu Ketika Hamil 7 Bulan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 397 hits
Tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara yang tak dapat dijelaskan namun ramai yang ketahui akan kewujudannya Dan terkadang ada perkara yang lebih baik tak terlihat dari muncul di depan mata Setiap orang pastinya ada menyimpan pelbagai kisa...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut