Pa Ebit Lew Jawab Dakwaan Caprice
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF  Tangkap  layar maklum balas Arief Farhan dalam hantaran berbentuk video  penerangan melalui laman Instagram mengenai dakwaan Caprice terhadap  Ebit semalam.PETALING  JAYA – Pembantu peribadi (PA) kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew  tampil menjawab dakwaan penyanyi rap, Caprice, semalam.
Melalui beberapa hantaran di laman Instagram, Arief Farhan berkata,  jika dakwaan Caprice benar mengapa pendakwah disegani ramai itu  dianugerahkan Duta Muhibbah Palestin baru-baru ini.
“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di Palestin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.
“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaharu,  Menteri Luar Palestin beri surat ucapan takziah ketika pemergian  ayahanda UEL.
Kalau hubungan keruh agak-agak akan terima lagi ke layanan macam itu  semua?,” tulis Arief dalam satu penerangan berbentuk video semalam.
Menjawab mengenai Ebit menyekat Caprice, Arief berkata ia berpunca  daripada tindakan Caprice yang sebelum ini memerli pendakwah disegani  ramai itu dengan menggunakan beberapa perkataan seperti ‘hero pulang  Malaysia’ dan ‘berkopiah putih’.
“Kau yang beri bayangan perli acah hero pulang Malaysia lah, kopiah  putih dan mainan. Selepas itu kau cakap siapa makan cili dia terasa  pedas. Kau yang mula perli-perli dulu.
“Pokok tidak bergoyang kalau tiada angin. UEL tidak usik kau pun. Kau  fitnah sindir perli dia memang dia terasa. Memang patut kena sekat. Kau  buat orang sakit hati,” ujarnya.
Arief turut berkongsi perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang mana  Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, meminta Ebit membuat  permohonan maaf secara terbuka berhubung isu berbangkit di sana.
Dalam pada itu, Arief turut berkongsi kesukaran yang dihadapi  rombongan mereka untuk memasuki Gaza dan terpaksa tinggal di Mesir lebih  sebulan sebelum mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
“Mula-mula sekali kita hantar nama kepada kerajaan Mesir. Kita hantar  nama setelah dua minggu berada di Mesir. Kita dapat kelulusan seminggu  selepas itu.
“Kemudiannya kita perlu mendapat kelulusan tentera pula untuk  memastikan keselamatan terjamin. Hari ke-34 baru kita mendapat kelulusan  pihak tentera. Kita dapat masuk Gaza melalui pintu Rafah,” ujarnya.
Menurut Arief, kejayaan misi Ebit melepasi sempadan Rafah dan  menghantar bantuan ke Gaza disebabkan kerana hubungan baik Mesir dan  Malaysia terutamanya melalui Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri  Hishammuddin Tun Hussien.
“UEL selalu ucap terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana  beliau yang banyak membantu UEL untuk masuk ke sana,” jelas Arief. – K!  ONLINE 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pa-ebit-lew-jawab-dakwaan-caprice.html