Caprice Mengaku Bersalah Terlalu Emosi Dan Mohon Maaf Bukan Hanya Ebit Lew
Caprice Mengaku Bersalah Terlalu Emosi Dan Mohon Maaf Bukan Hanya Ebit Lew
Penyanyi rap dan aktivis, Caprice, 32, tampil memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dalam hantaran dimuat naik di Instagram memaklumkan apa yang berlaku sehingga hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu adalah berpunca dari kesilapan dirinya dan tiada kaitan dengan pihak lain.
Barangkali mengambil keberkatan Hari Arafah dan AidilAdha, Caprice, 33, memohon kemaafan bukan hanya daripada Ebit Lew bahkan beberapa individu lain termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
“Saya mohon maaf atas kesilapan saya di mana kita terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak terbabit pihak lain.
“Saya juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan saya selama ini. Saya sayang kamu dan apa yang saya lakukan adalah untuk membuat kamu bangga,” katanya.
Selain itu, Caprice juga berterima kasih dengan pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu, termasuk buat semua pihak yang sudah membantunya.
Bakal Pulang Ke Malaysia Bila Semuanya Selesai
Caprice juga memaklumkan dia akan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan segala urusan serta melunaskan janjinya kepada warga Palestin.
Menerusi status nya itu juga, Caprice berkata dia akan pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menunaikan janjinya kepada penduduk Palestin.
“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine” kongsinya lagi
Menerusi hantaran permohonan maaf dibuat itu, kebanyakan netizen menyambut baik dan mendoakan Caprice sentiasa dilindungi serta segala urusannya di permudahkan oleh Allah.
Terdahulu, sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara Caprice dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sehingga dia ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin, baru-baru ini.
Caprice memberitahu pendedahan itu akan dibuatnya pada Rabu ini dan ia ditunggu-tunggu oleh netizen. Justeru, dengan permohonan maafnya netizen kini tertanya-tanya apakah penjelasan lanjut dijanjikan Caprice sebelum ini akan tetap dilakukannya?
View this post on Instagram
A post shared by Caprice (@capriceofficial)
Terdahulu, nama Caprice teruk dikecam berikutan mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew kerana mendakwa menerima teguran daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.
Sekada info, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza pada 24 Jun lalu. Namun, difahamkan sehingga kini penyanyi itu masih belum berkesempatan untuk memasuki Gaza.
Caprice Mengaku Bersalah Terlalu Emosi Dan Mohon Maaf Bukan Hanya Ebit Lew
Baca Artikel Menarik :
Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober
Political genius atau Pak Pandir moden
Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi
UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’
Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok
Resepi Rendang Daging Padang Asli
Layari Laman Facebook MYKMU
Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]
Misi Bantuan Kemanusiaan UMNO Lakar Kebanggaan Buat Negara – Duta Malaysia Di Jordan [VIDEO]
The post Caprice Mengaku Bersalah Terlalu Emosi Dan Mohon Maaf Bukan Hanya Ebit Lew appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/07/19/caprice-mengaku-bersalah-terlalu-emosi-dan-mohon-maaf-secara-terbuka/