P Pinang Umum Duit Raya Rm1 200 Untuk Guru Takmir


 
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid berkata guru takmir banyak membantu kerajaan negeri dan MAINPP dalam mengimarahkan masjid, surau, dan agensi terpilih lain. (Gambar Bernama)
BUKIT MERTAJAM: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan pemberian sagu hati Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada setiap 218 guru takmir di negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Yang Dipertua MAINPP Mohamad Abdul Hamid, yang juga timbalan ketua menteri I, berkata jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan oleh MAINPP adalah sebanyak RM261,200.
Katanya, pemberian itu bertujuan memastikan kebajikan guru-guru takmir yang banyak membantu kerajaan negeri dan MAINPP dalam mengimarahkan masjid, surau, dan agensi terpilih seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Saya berharap inisiatif itu dapat membantu meringankan beban dan memberikan suntikan semangat kepada para asatizah untuk terus menyebarkan ilmu Islam kepada masyarakat.
“Sesungguhnya, peranan guru takmir amat penting dalam mendidik umat, membentuk akhlak, dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam,” katanya semasa berucap pada Majlis Iftar Jamaie Guru-Guru Takmir Pulau Pinang dan pelancaran Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP.
Mohamad berkata kerajaan negeri juga amat komited alam memartabatkan syiar Islam di Pulau Pinang di mana pada tahun ini, pihaknya melalui MAINPP telah memperuntukkan RM959,800 bagi membiayai pelbagai program keilmuan dan penganjuran kursus bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru takmir.
Mengulas mengenai SPB MAINPP, katanya inisiatif itu adalah selaras dengan agenda nasional untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus, dan responsif terhadap keperluan masyarakat.
Katanya menerusi sistem itu, pengurusan masjid dan kariah akan menjadi lebih sistematik, memudahkan komunikasi antara MAINPP dan pentadbir masjid, serta meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam.
“Mesyuarat MAINPP meluluskan kertas cadangan dan peruntukan RM2 juta untuk menampung kos keseluruhan pembelian sistem tersebut. Dengan keputusan itu, pentadbiran masjid dapat diringankan, sekali gus memastikan semua masjid di negeri ini dapat menggunakan sistem tersebut secara seragam.
“Hal ini akan membolehkan masjid-masjid di seluruh negeri memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengimarahan dan aktiviti dakwah yang berkesan, selaras dengan harapan untuk memunculkan masjid ummatik di Pulau Pinang,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/p-pinang-umum-duit-raya-rm1200-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Bagi Duit Raya Guna Duit Negeri Terengganu Pula Harap Persekutuan Bayarkan

Pulau Pinang Bagi Duit Raya Guna Duit Negeri Terengganu Pula Harap Persekutuan Bayarkan

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 212 hits
IDUP CINA DAPHarapandailyMarch 25 2025OLEH A ZAHIDMasih segar dalam ingatan bagaimana Menteri Besar Terengganu dari Pas Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar emberi gred D kepada Kerajaan MADANI dalam satu podcast terkenal di tanah air Padahal ban...
Koleksi Popular Sampul Duit Raya Edisi Terhad 2025

Koleksi Popular Sampul Duit Raya Edisi Terhad 2025

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 279 hits
Bila tiba Aidilfitri salah satu perkara yang paling dinanti nantikan bukan sahaja ketupat dan rendang tetapi juga sampul duit raya Lebih lebih lagi kalau dapat sampul duit raya edisi terhad yang eksklusif dan rare Setiap tahun pelbagai jena...
Bangga Pa Duit Raya Pun Minta Sedekah

Bangga Pa Duit Raya Pun Minta Sedekah

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 180 hits
Apa lebai nak bangga dengan perintah 4 negeri kalau keempat empat negeri yang PAS perintah Umpama orang yang beristeri empat Dia bangga ada 4 isteri Konon Tapi anak anak terbiar Tiap bulan nak beli beras dan lauk Anak pergi sekolah pun seba...
Nak Simpan Duit Raya Anak Jangan Dalam Bank Pilih Cara Ini Lebih Untung

Nak Simpan Duit Raya Anak Jangan Dalam Bank Pilih Cara Ini Lebih Untung

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 223 hits
Setiap kali musim perayaan kanak kanak pasti teruja menerima duit raya Bagi ibu bapa pula timbul persoalan di mana tempat terbaik untuk menyimpan duit raya anak anak Ramai yang memilih untuk memasukkannya ke dalam akaun bank kerana dianggap...
Jangan Lupa Baca Doa Ini Bila Sedekah Beri Duit Raya

Jangan Lupa Baca Doa Ini Bila Sedekah Beri Duit Raya

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 168 hits
Pada bulan mulia ini sudah tentu ada yang berniat untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak yatim Untuk bersedekah ada caranya Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini Doa ketika bagi duit raya atau sedekah 1 Tiba 10 ...
Duit Raya 2025

Duit Raya 2025

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 223 hits
Duit raya pertama tahun ini rezeki dari adik ipar Alhamdulillah Terima kasih Dr B Empat sampul dia kirim yang tiga tu untuk anak3 ai Untuk abang dia tak payah Kekeke p s nbsp Baru teringat ai blom pecah duit raya pun tahun ni
Cara Tukar Duit Raya Guna Aplikasi Bank Islam Tak Payah Beratur Panjang

Cara Tukar Duit Raya Guna Aplikasi Bank Islam Tak Payah Beratur Panjang

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 196 hits
Menukar duit raya untuk diberikan kepada anak anak di hari raya nanti menjadi kewajipan bagi kita dengan niat untuk bersedekah Namun proses menukar duit ini membuatkan kita jadi malas kerana terpaksa beratur panjang di bank Tak perlu beratu...
Guna Khidmat Runner Tukar Duit Raya Uai Kongsi Cara Nak Elak Riba

Guna Khidmat Runner Tukar Duit Raya Uai Kongsi Cara Nak Elak Riba

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 186 hits
Guna khidmat runner tukar duit raya UAI kongsi cara nak elak riba Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul Guna Khidmat Runne...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord